Tuesday, April 14, 2009

SMS Ugutan - Siapa?

Salam

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan kepada semua rakyat negeri Terengganu Darul Iman berkaitan dengan satu lagi peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku iaitu SMS ungutan yang diterima oleh sahabat saya dari Dun Ajil, Dun Paka dan Dun Permasuiri selepas tidak sampai sehari pembukaan sidang dewan undangan negeri ke 12 dirasmikan oleh pemangku raja. Ugutan tersebut yang berbunyi " baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".SMS tersebut gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab yang menfitnah kami dari kalangan YB agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB. Tuduhan tersebut boleh menyebabkan kepimpinan UMNO Terengganu akan berpecah belah. Saya menafikan sekeras-kerasnya di antara YB BN yang tidak hadir ke sidang dewan pagi tadi akan perancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya. Amatlah tidak adil bagi pihak tertentu melabelkan kami seolah-olah untuk menjatuhkan kepimpinan sekarang. Oleh kerana keselamatan kami YB BN terancam, kami bersepakat untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan tersebut.

Saya berharap, rakyat Terengganu agar bertenang dengan insiden yang tidak diingini berlaku. Daripada rentetan tersebut, laporan polis telah dibuat bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

4 comments:

  1. YB, tak kena ugut sms pun, kenapa YB tak hadir sidang DUN? Tak semena-mena YB tak pergi, ini mesti kes boikot kan? ini mesti kes ugut PM

    ReplyDelete
  2. Salam YB,

    Selain meneliti kesahihan berita tersebut, elok juga di teliti kenapa perkara itu berlaku. Dari mana desas-desus untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB?

    Jika sebelum ini mantan MB telah belanja besar bagi mewajahkan negeri & rakyat tidak layak meneruskan agendanya. Banyak pembaziran wang...

    Adakah MB sekarang yang tidak nampak apa telah dibelanjakan tidak layak jugak. Ha... ada ke? oh ya, dah buat zoo pun masih tak layak?

    Siapakah YB BN yang layak mengetuai barisan kerajaan, spiker boleh ke... :)

    http://gsenduk.blogspot.com/2009/04/pandai-bijak.html

    ReplyDelete
  3. kelakar cara ustaz berpolitik..macam budak hingusan di tadika kemas..kena ugut sikit nangis..berjiwa besarlah sikit..buat malu tranung je,,riuh satu negara.

    ReplyDelete
  4. YB, benarkah dikatakan dalam satu mesyuarat YB bersumpah dengan nama Allah menyatakan sms itu dihantar oleh pegawai kanan kerajaan?
    jika benar YB perlu memohon maaf kepada insan berkenaan.

    ReplyDelete