Wednesday, April 29, 2009

PBPUT - DS Hishamuddin

Salam.

1. Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden UMNO diatas perlantikan DS Hishamuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu (PBPUT) yang baru setelah kemelut demi kemelut UMNO Terengganu. Saya yakin tindakan Presiden UMNO adalah tindakan yang tepat dan bijaksana bagi memulihkan kemelut kepimpinan UMNO Terengganu kembali pulih. Tetapi, persoalan yang bermain difikiran anggota pucuk pimpinan parti iaitu " Adakah dikalangan pemimpin UMNO Terengganu tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut?" tepuk dada, tanya iman. Saya tidak mahu mengulas lebih panjang berkaitan tersebut. Saya menerima pengumuman tersebut dengan hati terbuka dan menghormati keputusan yang dibuat oleh jemaah MT UMNO yang bersidang pada jumaat lepas.

2. Saya secara peribadi berharap, DS Hishamuddin dapat menyegerakan perancangan bagi menyelesaikan kemelut dalaman kepimpinan UMNO Terengganu agar UMNO Terengganu kembali kuat dan bersatu selepas 1 tahun mengalami kemelut yang tidak kesudahan. Walau apa2 pun, setiap anggota kepimpinan UMNO agar bersatu padu demi perpaduan parti. Yang lebih penting, perjuangan parti harus diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi masing-masing. Saya juga diajukan soalan berkaitan dengan kepimpinan MB sekarang. Cuma, saya tidak ada idea untuk memberi komen dan berserah kepada penilaian masing-masing. Saya tidak layak untuk memberi komen berkaitan soalan sedemikian.

3. Selain daripada itu, kita semua sedar bahawa kemelut dalaman parti yang menyebabkan Parlimen Kuala Terengganu terlepas kepada PAS pada Jan 2009 yang lalu. Allayarham Dato Razali Ismail telah meletakkan asal yang kukuh sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Rata-rata rakyat dikawasan Allahyarham sama ada dari kalangan UMNO mahu pun PAS berpuas hati dengan khidmat Allahyarham. UMNO Terengganu kehilangan permata yang cukup bernilai kepada rakyat mahu pun kepimpinan dalam UMNO. Semoga, akan lahir dari kalangan kepimpinan UMNO sekarang seperti Allahyarham.

4. Kemelut dalaman kepimpinan UMNO Terengganu telah dijadikan modal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menggunakan media elektronik seperti blog, laman-laman web dan sebagainya. Selain daripada itu, ceramah demi ceramah dibuat bagi mengelirukan rakyat Terengganu terhadap kemelut ini. Saya ingin tegaskan bahawa, kemelut ini tidak menjejaskan pentadbiran di pejabat-pejabat kerajaan. Kemelut ini adalah kemelut dalaman parti dan tidak melibatkan kepentingan rakyat sejagat. Ibarat pepatah melayu, sedangkan lidah lagi tergigit.

5. Selain daripada itu, pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan seperti sedia kala. Tidak ada sebarang masalah. Cuma, saya melahirkan rasa kekesalan dariapda laporan dalam media arus pembangkang yang sering kali mengaitkan kemelut UMNO Terengganu sebagai isu yang besar & perlu dibubarkan dewan undangan negeri.

5 comments:

  1. Salam YB;

    Bila agaknya akan berada di atas, jika belum pun melangkah anak tangga dah berebut-rebut untuk memanjat tangga. Terlalu teliti memilih yang layak memanjat tangga pun satu hal…

    ReplyDelete
  2. Memang takde yg layak terpaksa import drp Johor. Menteri kabinet pon sorang jer walaupun antara negri yg BN menang... lainlah kalau PAS yg memerintah... PM pon org T'ganu, sekurang 4 menteri penuh drp T'ganu...
    Pemimpin UMNO asyik bergaduh aje kejenye ...takde sapa yg peduli nasib rakyat

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan dengan lancar,,,InsyaAllah
    http://idanatrah.fotopages.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Y.B,

    Bukankah bekas Y.B Bukit Payong, Dr. Latiff Awang punya personaliti yang sama macam arwah Dato' Razali. Tetapi kenapa Dr. Latiff dicantas sebegitu rupa? Kenapa kumpulan Derih dan kumpulan Mat Said tak suka kepada dia? Sebab dia pemimpin UMNO yang hanya buat kerja, masuk politik untuk membangunkan negeri, bukan masuk politik untuk kepentingan peribadi. Y.B mesti tau sebab Y.B pernah kerja dengan dia masa Y.B pegawai agama daerah dulu. Betul? Kenapakah pemimpin seperti ini dibuang? Atas alasan apa? Adakah dibuang semata-mata kerana Dr. Latiff adalah ancaman kepada pemimpin UMNO Trg yang lain? Y.B sendiri mesti tahu perkembangan pendidikan di Trg semasa Dr. Latiff menjadi EXCO. Bukankah orang seperti ini yang perlu diangkat? Pengetahuan agama tinggi, pendidikan yang tinggi, tidak menggunakan politik utk kepentingan sendiri. Nah, Y.B perlu lakukan sesuatu untuk naikkan orang sebegini. Pernahkah Y.B terfikir bahawa kejatuhan Idris Jusoh drp menjadi MB disebabkan sikap tamak dan gila kuasa beliau yang secara jelas singkirkan Dr. latiff drp jadi calon PRU yang lepas. Kenapa? Beliau kata ini pilihan PM (masa tu). Betul ke? Kenapa belia ingat rakyat ini bodoh ke, pemilihan calon tu recommendation drp siapa? Mesti daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Trg kan? Jadi, nasihat saya, Y.B orang agama. Sepatutnya kita naikkan orang mcm Dr. Latiff ini, bunkan golongan macam Derih Jusoh ataupun Mat Said sebagai pemimpin. Barulah orang PAS terus tak berani nak lawan. Jalankan tugas Y.B dengan amanah. Suarakan kehendak rakyat, bukan kroni2 yang perlukan kebendaan dan materialistik.

    ReplyDelete