Friday, April 10, 2009

Jemaah Menteri - Baru

Salam.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucap salam tahniah kepada para Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik untuk menganggotai barisan baru jemaah menteri di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najid B Tun Razak. Jemaah yang baru ini mempunyai kelainan sedikit berbanding sebelum-sebelum ini. Ramai bekas Menteri tidak tersenarai dan ramai muka-muka baru serta ada dikalangan menteri yang dilantik bukan dari kalangan ahli politik. Terengganu mendapat seorang Menteri Penuh iaitu YB Dato Ahmad Shabbery Chek selaku Menteri Belia & Sukan.

Insya-allah, dengan keazaman YAB Perdana Menteri untuk menarik semula kenyakinan rakyat terhadap BN yang tercalar teruk ekoran PRU 12 sehingga berlarutan kepada pilihanraya kecil Pematang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Apa yang dapat dirumuskan, rakyat mahu melihat semua YB yang dilantik agar berkhidmat dengan penuh bertanggungjawab, amanah, jujur, ikhlas, berjiwa rakyat, tidak rasuah dan sebagainya. Inilah kriteria yang dapat saya simpulkan. Saya dengan rasa rendah hati akan menyahut dan sentiasa berkorban demi agama, bangsa dan negara. Kepada rakyat di kawasan yang diwakili oleh saya iaitu Dun Tepuh, sekiranya mempunyai masalah, cadangan dan sebagainya salurkan kepada saya. Saya akan cuba selesaikan dengan seberapa mampu yang boleh dengan jawatan dan tanggungjawab yang diberikan ini.

Aku manusia biasa,
Aku adalah hamba kepada rakyat,
Datang ku adalah untuk membantu rakyat,
Mendengar rintihan rakyat,
Menyelesaikan masalah rakyat.

Aku bukan datang untuk mengumpul harta,
Untuk hidup senang dan lenang,
Tanpa hala dan tujuan,
Prinsip & Misi adalah panduan,
Al-Quran & Al-Sunnah sebagai pegagan.

Ayuh,
Marilah bersama-sama dengan ku,
Memajukan bangsa dan negeri ku,
Melebarkan syariat ISlam,
Bertunjangkan Kitabullah & Sunnah.
Islam dijulang, syariat dijuang.

-Muhammad Ramli Hj Nuh-

4 comments:

  1. Salam YB;

    Bersama mengiringi ucapan tahniah.

    Terharu menghayati... merendah, bersedia & berperinsip untuk membantu. Itulah yang menjadi harapan semua. Terkadang tak sampai apa yang dimaksudkan. Terpijak ekor, mematuk ke belakang.

    Umpama haruan di kolam, tabur makanan tak sampai ke sasaran, kurang makanan anak ditelan. Nak dibuang, hanya itulah ramuan ubatan.

    Apa pun moga esok lebih baik dari hari ini.


    http://gsenduk.blogspot.com/2009/04/telus-tulus.html

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Eloklah tu Ust kurangkan menghentam parti pembangkang, tumpukan pada apa yg boleh dilakukan dengan amanah & t/jawab yg diberi oleh rakyat.. rakyat dah jemu dgn politik fesyen lama ni... wakil rakyat dipilih utk membela nasib rakyat, bukan nak hentam lawan jer kejenya dari satu p/raya ke satu p/raya. Rakyat pilih pembangkang dlm p/raya ke 12 dan baru2 ini tentu ada sebabnya, mereka memberi kepercayaan kepada org yg boleh membela nasib mereka.
    Apa yg perlu dilakukan oleh UMNO ialah "walk the talk', sudah byk janji2 utk berubah yg diberi sampai naik jemu mendengarnya... jgn jadi seperti Ayam jantan berkokok berderai-derai tapi ekor penuh dengan tahi...

    ReplyDelete
  3. YB, Selamat mengundi Usul Undi Tidak Percaya terhadap YAB Ahmad Said.
    "Serik doh weh"

    ReplyDelete
  4. Setuju..undi tidak percaya pada Mat Said.Rosol Wahid lebih layak jadi MB.Saya pelik mcmmana dia boleh lantik khazan jadi exco.Ustaz lebih senior..lawan ustaz lawan.

    ReplyDelete