Tuesday, August 18, 2009

Kepimpinan UMNO Perlu Berubah

Assalamualaikum wrt wbt & Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu, saya memohon banyak-banyak kemaafan oleh kerana hampir sebulan setengah tidak mengemaskini blog ini. Ini kerana, kesibukan tugas untuk mengambil masa menulis coretan dalam blog ini. Semoga tulisan kali ini, dapat membuka balik inspirasi baru untuk saya menulis & kalian semua dapat membaca serta memberi cadangan sekiranya ada.

2. Cuma, kali ini saya ingin membawa isu mungkin yang agak penting berkaitan dengan kepimpinan dalam UMNO sama ada diperingkat akar umbi mahu pun tertinggi perlu berubah. Umum ketahui bahawa, perjuangan UMNO masih suci, bersih & masih releven. Namun, didalam suci terselit kekotoran & kesilapan yang dicipta oleh mereka-mereka yang berjuangan diatas dasar kepentingan peribadi.

3. Sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa ada dikalangan orang kuat UMNO sendiri merasa kecewa dengan perjuangan asal. Mungkin, tiada ruang untuk mereka bersuara atau tidak mendapat habuan daripada perjuangan di dalam UMNO. Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

4. Apa kekecewaan yang tersemat dalam hati saya kali ini adalah berhubung dengan kepimpinan UMNO. Kepimpinan UMNO masih menggunakan pendekatan cara yang lama & tidak menghiraukan isyarat atau dengan kata lain "singal" yang telah diberikan oleh akar umbi mahu pun golongan diatas pagar. Sebagai contoh, keluhan demi keluhan berhubung dengan 'conflict' dalam parti atau teguran ahli cerdik pandai. Bagi saya, kepimpinan atasan perlu duduk dengar apa perkara yang sebenarnya2 berlaku & cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bukan menyelesaikan sekadar melepaskan batuk ditangga.

5. Saya minta maaf, kiranya kepimpinan atasan melihat pandangan ini adalah teguran yang boleh memberi kesan kepada UMNO. Tapi, hakikatnya ianya terbaik untuk UMNO kembali menawan balik hati rakyat yang terguris terutama PRU 12 yang lalu. Ayuh, cubalah kepimpinan atasan mencari jalan yang terbaik untuk menghapuskan conflict dalam parti dengan cara berhemat & mendatangkan hasil yang terbaik demi kebaikan semua agama, bangsa & negara.

6. Saya memang tidak layak untuk bercakap berhubung dengan ini oleh kerana saya sendiri Ahli YB biasa. Namun, saya bercakap diatas dasar sayangkan perjuangan UMNO sejak penubuhan sehinggalah sekarang.

Sekian..

2 comments:

  1. Salam YB Ustaz,
    Sudah lama tak mendengar beritar dan coretan Ustaz,

    Tenguran, luahan rasa hati dan pandang Ustaz dalam soal kegawatan dalam UMNO ini memanglah sesuatu yang sepatutnya telah disedari oleh semua lapisan dan peringkat kepimpinan UMNO. Tapi sayang mereka ada telinga, mereka ada mata buka mereka tidak mendenagr bukan mereka tidak melihat tetapi banyak dari kalangan mereka menjaga kepentingan diri dan kroni...

    maaf saya telah lama menyuarakan tetapi tiada apa yang mampu kerana Allah belum memakhbulkan nya...

    ReplyDelete
  2. Tiada masalah dengan teguran seperti ini. Untuk pastikan ianya betul atau tidak, pergi tanya sendiri orang2 tua kat kampung yang dah hidup sejak sebelum merdeka lagi..

    Bagaimana perasaan mereka dengan UMNO sekarang...













    Komuniti 1 Malaysia
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete