Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

1. Saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ramadhan merupakan bulan yang mulia disisi Allah swt. Di dalamnya mempunyai satu malam, yakni Malam Lailatul-Qadar. Marilah sama-sama kita rebut peluang bonus yang diberikan oleh Allah swt kepada umat Nabi Muhammad SAW.

2. Saya juga mengucap terima kasih diatas maklumbalas berkaitan dengan artikel yang lepas berkaitan dengan "Konsep 1Malaysia". Ada maklumbalas yang diterima secara positif dan ada juga berbentuk negatif. Namun, saya sebagai manusia biasa menerima dengan hati terbuka segala pandangan, kritikan serta komen. Apa yang diperkatakan, adalah terbaik untuk kita semua.-Insya-allah. Saya berharap, pihak-pihak tertentu jangan mengambil kesempatan diatas tajuk tersebut.

3. Saya terkejut & terkilan dengan pengumuman Adun Lunas, YB Muhd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada masa yang sesuai untuk lapisan masyarakat menilai sendiri apa hala tuju, misi & visi perjuangan PKR. Alasan yang diberikan oleh YB Lunas, PKR menyimpang dari perjuangan asalnya. Memang itu yang selalu diperkatakan oleh UMNO / BN. PKR bukan berjuangan diatas kepentingan rakyat, tetapi berjuang diatas individu tertentu. Sudah ramai kepimpinan PKR keluar parti oleh kerana tidak tahan dengan penipuan & helah yang berlaku dikalangan anggota PKR.

4. Sejak penubuhan PKR semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum. PKR ditubuh setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Presiden UMNO. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri ketika itu, Ybhg Tun Mahathir Mohammad. Kalangan orang kuat Anwar Ibrahim berjuang dengan membuat reformasi jalanan & menubuh satu parti baru iaitu Keadilan Rakyat. Ketika itu, ramai rakyat tertipu & simpati dengan Anwar yang mendakwa Tun Mahathir zalim dsbnya. Pelbagai kejian, hinaan, makian dibuat terhadap Tun. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun, rakyat sudah boleh menerima tindakan Tun Mahathir.

5. Selain daripada itu, Saudara Ezam Mohd Noor juga bertindak keluar daripada PKR & seterusnya kembali kepada pangkuan UMNO. Selama ini, PKR menuduh kalangan UMNO mementingan kroni & puak2 tertentu. Sekarang, PKR sendiri mengamalkan amalan kroni dsbnya. Saya berharap, rakyat Malaysia buka lah mata seluas-luas dengan isu tersebut. Saya doakan agar rakyat Malaysia tidak sekali lagi tertipu dengan helah yang dimainkan oleh parti pembangkang.

6. Sudah sampai masa, UMNO melihat kepincangan dalam pakatan rakyat untuk dijadikan iktibar & mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan rakyat, mesra dengan rakyat dan mengambil tahu hal rakyat. Diharapkan kepimpinan atasan UMNO sentiasa mendengar keluahan, rintihan, suara serta pandangan rakyat. Tiada tempat lagi rakyat untuk mengadu. Nak mengharapkan kepada PR, jauh sekali. Kepada UMNO lah tempat yang diharapkan walaupun cemuhan, kejian & hinaan.

7. Saya berharap didalam UMNO tiada lagi konsep KRONI dan sewaktunya. Berilah layan sama rata dikalangan masyarakat samada rakyat diperingkat bawahan, sederhana ataupun golongan profesional. Janganlah pilih yang sebulu atau kroni2 sahaja untuk diberi pertolongan atau sebagainya. UMNO/BN adalah parti rakyat. Bukan golongan tertentu sahaja. Insya-allah, sekiranya konsep MESRA RAKYAT, YB & Kepimpinan sentiasa turun padang mendengar luahan rakyat, PRU 13. Saya yakin BN boleh mencapai kejayaan yang membanggakan. Semua negeri dibawah PR boleh kembali kepada BN. Percayalah...rakyat sebenarnya masih sayang kepada BN, tetapi berkecil hati dengan segelintir pemimpin yang kurang mesra dengan rakyat. Oleh kerana itu, PRU 12 meraka merajuk dengan memakah PR. Insya-allah, PRU akan datang mereka akan kembali kepada pangkuan UMNO/BN.

"Salam Ramadhan 1430'
Ust Muhammad Ramli Nuh
-Adun Tepuh-

No comments:

Post a Comment