Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Sudah Dijangka-jangka-Permatang Pasir

1. Salam Ramadhan buat sekalian umat islam.

2. Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir sudah dijangka-jangka. PAS akan memenangi pilihanraya tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut ketika Anwar Ibrahim berada di dalam BN, adalah kubu kuat BN. Tetapi, setelah Anwar dipecat daripada UMNO. Penduduk di kawasan tersebut terikut-ikut angin perubahan yang dibuat oleh Anwar menyokong pembangkang sehingga ke hari ini.

3. Walaubagaimanapun, saya mengucap syabas kerana calon BN Rohaizat bertungkus lumus dan berkerja kuat untuk meraih sokongan penduduk. Insya-allah, ada hikmat disebalik kekalahan tersebut.

4. Kita masih ingat, Tun Dr Mahathir pernah menanggis kerana mengenangkan bangsa Melayu yang sentiasa lupa & mudah lupa. Kawasan Permatang Pasir merupakan majoriti orang melayu. Saya bukan nak berbicara hal keburukan kepada bangsa saya sendiri, hakikatnya Melayu Mudah Lupa.

5. Cuba pengundi Permatang Pasir imbas kembali,berkaitan dengan isu kampung buah Pala. Penduduk di kg Buah Pala terpaksa menyelesaikan masalah sendiri tanpa dibantu oleh wakil rakyat PKR,DAP & PAS. Sedangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat seharusnya turun padang membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Bukannya membiarkan rakyat menanggis, merayu, membantah seorang diri tanpa pembelaan daripada kerajaan yang memerintah yang selama ini mendakwa Pakatan Rakyat mesra rakyat. Saya merasakan orang melayu selesa dengan kerajaan Pulau Pinang sekarang. Tepuk dada, tanya iman.

6. Walaupun, saya agak kecewa dengan kekalahan di Permatang Pasir. Namun menerima dengan hati terbuka & menghormati undi yang diberikan oleh rakyat. Saya juga berpendapat, rakyat di Permatang Pasir tidak mahu perubahan dan selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Saya merasakan bahawa, kerajaan pusat tidak perlu menyalurkan pembangunan atau apa-apa pembangunan di Permatang Pasir dan sekitarnya.

7. Saya juga merayu kepada ahli UMNO/BN, janganlah prejudis masa depan anak bangsa kita. Tersilap langkah, kita yang membinasakan masa depan generasi akan datang. Selain daripada itu, janganlah cepat melatah & membuat keputusan terburu-buru dengan melompat parti lain sedangkan parti yang dilompat tidak memberi apa-apa faedah kepada nya. Oleh kerana marah pada seseorang individu, kita sanggup melompat parti.

8. Saya berharap juga, kepimpinan UMNO/BN peringkat atasan agar lebih mesra dengan rakyat & cuba menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa membiarkan ianya menjadi tertangguh-tangguh. Dengarlah rintihan rakyat, keluhan rakyat disamping cuba menyegerakan masalah. Kepada ahli YB, jangan merasakan selesa berada di kerusi YB, setiap 5 tahun sekali rakyat akan memberi penilaian. Apa yang diharapkan, bilamana penilaian yang diberikan oleh rakyat, rakyat menilaian dengan baik tanpa prejudis. Selepas pilihanraya, bukan masa YB tidur & mengejar harta kekayaan & kroni2. Tetapi, masa yang harus bekerja keras untuk rakyat.

9. Ambillah pengajaran daripada pilihanraya kecil yang lepas-lepas, bilamana berlaku pilihanraya kecil. Kerajaan mula berjanji untuk menjadikan anak emas bila menang, dijanjikan dengan projek dan sebagainya. Masa tersebut bukan sesuai lagi. Sepatutnya, kerajaan sepatutnya mengkaji & meneliti seblm daripada itu. Limpahan pembangunan harus disamaratakan antara kawasan.

No comments:

Post a Comment