Wednesday, August 19, 2009

Konsep 1Malaysia Perlu Jelas

1. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Nahkoda Malaysia masih kabur & kurang jelas. Masih ada dipihak akar umbi masih tertanya-tanya, apa itu konsep yang sebenar konsep 1Malaysia. Adakah ianya sekadar slogan? atau pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru.

2. Kita masih ingat, Tun Abdullah mempunyai slogan yang tersendiri semasa mengambil alih kuasa daripada Tun Mahathir. "Cemerlang,Gemilang & Terbilang". Selain daripada itu, konsep "Islam Hadari" juga diperkenalkan walaupun ianya dilabel sebagai islam sesat oleh sesetengah pihak yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan. Namun, konsep tersebut sedikit sebanyak memberi kefahaman apa hala tuju Islam Hadari. Walaupun, dipihak kerajaan BN memberi penerangan berkaitan konsep tersebut, akan tetapi pihak pembangkang masih menuduh islam hadari sebagai islam rekaan & sesat. Inilah, sifat & sikap semulajadi pihak pembangkang.

3. Berbalik kepada konsep 1Malaysia, saya sendiri kurang jelas apa hala tuju sebenar konsep tersebut. Saya berharap, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan tidak mengadai hak keistimewaan bangsa melayu & Bumiputera sabah & Sarawak. Saya melihat, konsep 1Malaysia belum sampai ke tahap yang diharapkan. Sebagai contoh berkaitan PPSMI yang dimansuhkan baru-baru ini. Sepatutnya, kerajaan mengambil inisiatif baru untuk memperkenalkan semula pengajaran & pembelajaan matematik & sains di dalam Bahasa Melayu. Bukannya berbalik kepada asal, bangsa cina mengajar dalam bahasa cina & bangsa india belaja dalam bahasa india. Ini sudah lari daripada konsep 1Malaysia. Kita cuba lihat, di Negara Indonesia, rakyat indonesia hidup dalam berbilang bangsa & agama. Akan tetapi, bahasa pertuturannya adalah bahasa Indonesia. Tiada bahasa selain daripada bahasa indonesia. Di Malaysia, saya merasakan ianya tidak sampai lagi ke tahap 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

4. Selain daripada itu, hak bangsa melayu tidak harus dipertikaikan. Bangsa-bangsa lain harus menghormati apa yang terkandung didalam perlembangaan Malaysia. Hari ini, dalam kalangan bangsa kita sendiri masih yg kabur dengan hala tuju 1Malaysia. Ada yang risau bilamana konsep 1Malaysia diperkenalkan, maka segala keistimewaan bangsa malayu dihapuskan & diberi layanan kesamarataan dengan bangsa-bangsa yang lain. Saya pernah ditanya oleh rakyat & kenalan berkaitan dengan konsep 1Malaysia, tetapi saya cuba menjawab diatas kapasiti sebagai wakil rakyat & melihat contoh konsep negara indonesia. Saya tidak tahu, objektif & visi yang sebanar konsep 1Malaysia yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri.

2 comments: