Sunday, March 29, 2009

Penawarrindu

Salam.

Terlebih dahulu, saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada saudari "penawar rindu" yang selalu melayari blog ini. Akan tetapi, diakui bahawa saudari berlainan logo dengan saya. . Perbezaan logo tidak mempunyai masalah untuk berbahas untuk mencari titik-titik kebenaran.

Cuma, saya kesali bahawa saudari seorang guru & terlibat secara aktif didalam politik. Saya nasihatkan bahawa, pada pilihanraya 13 nanti saudari bertanding untuk mewakili muslimat di Negeri Terengganu. Saya kesal dengan kenyataan yang saya kiranya menjaga tepi kain orang. Inilah sikap & sifat semulajadi yang ada pada anggota PAS. Terbaru,penawarrindu membuat kenyataan boleh dinyatakan sebagai menghasut kepimpinan UMNO Negeri Terengganu untuk berpecah belah.Saya menafikan bahawa mesej yang dinyatakan oleh penawarrindu adalah pembohongan & tektik kotor untuk porak peranda kepimpinan UMNO. Kami wakil rakyat UMNO Terengganu tidak sesekali berbuat kenyataan sedemikian. Bilamana melihat kepada ucapan DS Najid Tun Abd Razak, beliau mahukan perubahan. Kami di Terengganu tidak sesekali mendesak agar DS Najid menggantikan MB Tganu sekarang dengan ahli YB lain asalkan MB Tganu sekarang dilucutkan. Ini adalah pembohongan yang nyata.

Penawarrindu,

cukuplan saudari menjaga tepi kain orang. Jagalah diri & menjaga pendidikan yang membawa kebaikan kepada semua rakyat. Bersyukurlah dengan apa kerana BN buat selama ini terutama kepada profesian perguruan. Anda harus melihat kepincangan yang berlaku di dalam PAS yang mana selama ini sanggup mengkafirkan UMNO sematan berkerjasama dengan parti komponen di dalam BN. Tapi hari ini, PAS sanggup berkerjsama dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud bilamana Pakatan Rakyat kiranya dapat mengambil alih kerajaan Malaysia.


Saya berharap pembaca blog yang melayari blog ini agar tidak terpengaruh dengan tomahan yang dibuat oleh penawarrindu. Islam menegaskan bahawa, bilamana seseorang itu mendapat berita atau utusan, maka perkara yang pertama adalah selidiki dahulu akan kesahihan berita/utusan yang disampaikan itu.

5 comments:

  1. Salam YB,

    Ada benarnya dari apa yang dikatakan oleh penawarindu. Beliau seorang pendidik, sudah tentu dalam golongan orang-orang tahu...

    Cuma apa yang saya kesal beliau telah gagal melaksanakan saranan pemerentah. Tidak semua pelajar beliau dijadikan cemerlang malah bekas pelajar beliaulah antara yang merempit.

    Di zaman rasulullah & sahabat, ada orang Islam kene hukuman tak...? ada si kafir buat salah yang dimaafkan tak...?

    ReplyDelete
  2. YB Kena Sabar, jangan emosianal, budak penawarrinduku tu dah berhenti mengajar, saya tahu yang YB Rosol dan YB Zawawi kenal sangat dengan guru tu, sama sama orang Hulu.

    ReplyDelete
  3. Ustaz Mohd Sadri Tengah, AJK Umno Kuala Nerus adalah pegawai pendidikan kumpulan A, terlibat dengan aktif. Wajarkah kerana dia Umno?mana intergriti yang Ustaz dok laung-laung tu...jangan double Standard pulak ustaz.

    ReplyDelete
  4. Salam.. Uztaz.. jangan layan sangat puok2 ni,
    tahu saja lah..bukan boleh beri idea/ sumbangan nok bantu anok bangsa Melayu pun..
    merosokkan anok murid ade ler.
    dah didesignkan membangkang..membangkanglah kerjanye.

    ReplyDelete
  5. Benar uztaz,jgn layan sangat dengan penawar rindu tu.. mmg keje die membangkang,sie2 jd guru kerajaan.tapi tak boleh nak terima idealisme kerajaan.
    Penawar rindu,tak rase makan gaji haram ke?
    Mungkin hari ini hati mereka belom terbuka,biarkan uztaz..
    Satu hari kebenaran pasti diketahui,kalau kita di pihak yang benar,kita pasti diberkati..
    tapi kalau nak diikutkan,jika benar Allah bersama pejuang PAS,lama dah kot PAS diberi kemenangan untuk mentadbir negara.
    Wallahualam.

    ReplyDelete