Wednesday, March 18, 2009

Berteduh Di Rumah Usang - Sinar Harian

Salam.

Saya mengambil kesempatan mengucap terima kasih kepada akhbar sinar hari yang mendedahkan kepada umum berkaitan dengan seorang warga emas yang meneruskan sisa-sisa hidup di rumah usang. Walaupun, saya bukan mewakili bagi kawasan Kuala Terengganu tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Terengganu bagi saya simpati dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap sinar harian dapat memberi maklumat dengan tepat di kampung apa berkaitan dengan warga emas tersebut.

Oleh yang demikian, agar memudahkan pihak Kerajaan Negeri dapat memberi sumbangan dan bantuan dengan kadar segera. Makluman semua, Kawasan tersebut adalah di kawasan Ahli Parlimen PAS, YB Abdul Wahid Endut ( Dun Wakaf Mempelam , Parlimen Kuala Terengganu).

Insya-allah, saya berharap keluarga yang terdekat dapat menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat untuk memohon bantuan dengan kadar segera atau menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

YB Ust Hj Muhammad Ramli Hj Nuh
Adun Tepuh,Terengganu.

2 comments:

  1. salam,saya nak tanya mengapa tak yb saja yang menghubungi jkm,biarlah kita proaktif sedikit.

    ReplyDelete
  2. YB, Biro kebajkan DUN atau Umno Kuala Terengganu lah patut bertindak....
    apa pula main-main suruh....alahi...

    ReplyDelete