Thursday, March 26, 2009

Mesyuarat Agung UMNO-Keputusan Saf Baru UMNO

Salam.

Pertama-tama sekali, saya salah seorang perwakilan ke perhimpunan Agung UMNO 2009 yang mana perhimpunan bagi diri saya adalah perhimpunan yang cukup unic oleh kerana peralihan kuasa, pemilihan pucuk pimpinan baru dan umno akan menghadapi pilihanraya kecil serentak di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Dimasa terluang ini, selepas tamat hari ini amanat Presiden dan perbahasan usul Presiden YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amanat beliau yang terakhir apabila dihayati menyentuh hati sanubari. Akan tetapi, YAB Dato Seri Abdullah adalah seorang yg cukup kental, jujur, ikhlas, sabar dan sebagainya dalam menghadapi liku-liku politik tanahair terutama politik dalam UMNO.

Saya ingin mengucap tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, Ybhg Dato Sharizat Abd Jalil memenangi jawatan Ketua Wanita dan YB Dato Rosnah memenangi Ketua Puteri UMNO. Selain daripada itu, tahniah juga kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin Selaku Timbalan Presiden, Naib Presiden Dato Seri Shafie Afdal, Dato Seri Hishamuddin dan Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi. Salam tahniah juga kepada wakil negeri Terengganu yang tidak asing lagi iaitu YB Dato Seri Idris Jusoh dan Dato Shabery Chek memenangi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Semoga, Terengganu dapat memberi nafas baru ekoran kemenangan wakil-wakil negeri Terenggganu.Oleh itu, saya berharap kepimpinan yang baru ini dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap parti keramat UMNO. Semoga UMNO akan disegani oleh pihak lawan. Insya-Allah.

1 comment:

  1. Catatan : SMS di bawah ini telah tersebar dua hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO. Saya percaya ramai yang menerimanya, terutama para perwakilan. Namun atas beberapa faktor termasuk boleh ‘mempengaruhi’ keputusan pemilihan pucuk pimpinan baru UMNO, SMS ini ditunda penyiarannya dan di bawah ini diperturunkan sepenuhnya SMS berkenaan (tanpa pindaan, termasuk ayat dan ejaan).

    Para Perwakilan : Tolong ikhtiarkan kpd bakal PM, agar MB Tganu diganti oleh ADUN UMNO yg lain tak kira sape pun (asalkan selain Ahmad Said).. Beliau dan kuncunya Penyebab UMNO Tganu semakin retak berpecah belah. Pegawai Kerajaan Negeri kecewa dgn campurtangan melampau. Tiada apapun pembangunan dibuat. melantik kroni yg mengampu kedalam GLC & Agensi negeri walaupun tiada keupayaan& kelayakan akademik,..kini Umno Negeri dan Kerajaan Tganu TERCALAR KREDIBLITI dan semakin LUMPUH…. From : LUNCAI EMAS

    ReplyDelete