Saturday, March 7, 2009

PRK+DAP+PAS - Filem P Ramle.

Salam.

Terima kasih sahabat2 yang melawati blog ini. Saya hargai kalian semua. Saya tertarik dalam blog YB Dato Rosol wahid berkaitan dengan Kerajaan Pasola & Pasir Berdegung.

Negara sekali lagi menerpa sejarah bilamana Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak diadakan dibawah pokok. Ini menunjukkan bahawa PR tidak mempunyai intergriti, profesional dalam membuat sesuatu keputusan yang ingin dilakukan.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu, belum ada lagi mesyuarat atau persidangan yang dikira penting bagi negara dilakukan ditempat yang sukar diterima oleh akal yang waras. Saya tidak tahu dimana intergriti YB2 PR sanggup menjual maruah dengan melakukan perkara yang sedemikian. Insaflah wahai YB PR.

Terimalah keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku Sultan Azlan Shah. Tuaku lebih berpengalaman dalam soal pentadbiran sama ada peringkat negeri mahu pun negara. Inilah lambang dan contoh yang boleh kalian menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Jawatan Speaker seolah-olah lebih berkuasa daripada Tuanku Al-Sultan dan YDP. Saya sendiri tidak mampu untuk memikir berkaitan dengan isu tersebut. Jawatan Speaker lebih kebal dan berkuasa daripada undang-undang. Wahai penyokong PAS, lihatlah, sedarlah, fikirlah apa yang dilakukan oleh kepimpinan mu dalam kemelut yang berlaku di Negeri Perak.

Walaupun sebelum ini, kepimpinan PAS Terengganu lantang mengkritik kepimpinan UMNO Terengganu derhaka kepada Tuanku Sultan. Akan tetapi, kita akur akan keputusan yang dibuat oleh Tuanku berkaitan dengan kemelut perlantikan Menteri Besar tahun yang lalu. Tetapi, apa yang berlaku di Perak bukan sahaja derhaka malah sanggup untuk menyaman dan sebagai serta tidak mahu menerima keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan.Sebab itulah, perangai kepimpinan PAS samada diperingkat tertinggi sehingga ke peringkat bawahan sama sahaja. Kiranya sesuatu perkara menyebelahinya, maka semua itu adalah betul dan adil. Jika sebaliknya, semua itu tidak betul, rasuah, jahat, zalim dan sebagainya. Inilah perangai PR.

Kiranya P Ramle masih hidup, beliau akan menyaksikan babak2 filem dalam filem arahan. Benar-benar berlaku. Kerajaan Pasola. So, mulai hari ini rakyat Malaysia boleh menukar PR kepada KP iaitu Kerajaan Pasola. Lawak dan kelakar.Jangan pandai menuding jari sahaja.

:-) Pikir-pikirlah yang mana betui, yang mana salah.

Yang Mana Kerajaan Mesra,Cekap, Intergiriti
or Yang Maha Kerajaan Pasola Pasir Berdegung.

4 comments:

  1. betul tu YB..
    buat malu kaum jer

    ReplyDelete
  2. Salam YB,
    Bila lah pulak MB Mat Said Nak buat rombakan Exconya.
    Sesungguhnya YB lebih layak sebagai exco agama daripada YB Khazan.YB lebih Mampu, YB lebih beretika, YB lebih berwawasan.Hari-hari saya doakan semoga YB sehari nanti akan menjadi exco.
    Elok rasanya semua Masjid Dun Tepoh kita buat solat hajat agar YB jadi Exco.
    Thanks.

    ReplyDelete
  3. Satu lagi YB, boleh tak masuk gambar YB yang agak cantik sikit kat atas tu, gambar yang ada tu bukan tak cantik tapi tak menarik...Nampak "Moyok" je

    ReplyDelete
  4. salam,tak baik yb kata begitu(Kiranya P Ramle masih hidup, beliau akan menyaksikan babak2 filem dalam filem arahan. Benar-benar berlaku. Kerajaan Pasola. So, mulai hari ini rakyat Malaysia boleh menukar PR kepada KP iaitu Kerajaan Pasola. Lawak dan kelakar.Jangan pandai menuding jari sahaja.)yb kan sorang ustaz,jangan menghina nanti balik ke diri sendiri

    ReplyDelete