Thursday, August 27, 2009

Lompat PKR- YA ?

1. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

2. The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa sebilangan ahli dewan undangan negeri Terengganu yang mewakili UMNO akan melompat atau menyeberang kepada PKR.Adakah Ya atau tidak?

3. Saya ingin menafikan sekeras-keras khabar angin yang bertiup kencang itu. Saya dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah berbincang, bertemu atau bersua muka untuk melompat parti terutama kepada parti PKR. Ini merupakan fitnah yang cukup besar bagi melemahkan semangat kami dari parti UMNO & satu tektik untuk menjatuhkan reputasi UMNO Terengganu.

4. Makluman semua, tiada sebab musabah untuk kami menyeberang kepada PKR. Saya akan bersama dengan UMNO selagi mana perjuangan kepada agama,bangsa & negara terus diperjuangkan. Oleh yang demikian, rakyat Terengganu tidak harus mendengar khabar angin tersebut. Itu adalah satu khabar angin.

5. Saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang yang ingin tahu status kemelut kepincangan UMNO Terengganu & kelesuan persidangan yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2009. Cuma, apa yang boleh saya perkatakan bahawa, kemelut tersebut masih berlaku & mungkin ada usaha pemulihan dilakukan.

6. Kemelut kepimpinan ini bukan mudah diselesaikan kiranya satu pihak sahaja. Ianya perlu hadir daripada kedua-dua belah pihak. Memang perjumpaan lepas berlaku diantara kami dengan YB serta ketua-ketua Bahagian. Namun, pertemuan tersebut sekadar boleh dikatakan melepaskan batuk ditangga. Pada pertemuan tersebut, kita sudah menyuarakan segala kepincangan yang berlaku, namun setakat ini dipihak kepimpinan atasan tidak nampak usaha atau mengkaji pertemuan yang dibuat sebelum-sebelum ini. Saya berpendapat, terutama kepimpinan tertinggi harus melihat & meneliti luahan serta komen yang telah disuarakan oleh kami terhadap kemelut tersebut.

7. Pada persidangan yang berlangsung dua hari lepas, saya sendiri tidak mengambil bahagian untuk sesi perbahasan. Ini kerana, tiada apa yang maklumat atau persoalan yang ingin saya bahaskan. Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan atau berpendirian kerajaan negeri dalam dewan sedangkan kita pun tiada maklumat.

8. Saya berharap, kepimpinan Atasan terutama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengkaji semula berkaitan dengan kemelut yang berlaku.

2 comments:

  1. jangan takut

    Memang benar wakil rakyat BN mana mana di Malaysia ini hendak kumpul harta, hatta wakil rakyat Bn Terengganu sekali.

    Sekarang ini kedudukkan wakil rakyat Terengganu memang sudah gagal untuk mengumpul harta, kerana menentang Ahmad Said.

    Dalam UMNO sesiapa yang menentang ketua sudah tentu gagal buat apa sahaja hatta mahu kumpul harta.

    Kumpulan Datuk Rosol Wahid jangan diharap kamu berjaya untuk mengumul harta selagi kamu tidak sokong Ahmad Said, kecuali Datuk Idris Jusoh yang sudah banyak harta.

    Idis Jusoh tidak kesal sangat dengan harta, sebab dia sudah banyak harta. Tapi bagaimana dengan orang lain.

    Kalau kamu menentang ahmad Said dan menyokong Idis Jusoh maka itulah nasib kamu. Kamu akan menerima nasib malang yang sangat malang.

    Oleh itu jangan takut lompat parti, kerana kedudukan kamu sudah tidak selamat lagi.

    Kalau kamu kekal dalam UMNO sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, sudah tentu nama kamu tiada lagi dalam senarai calon.

    percayalah.

    Jangan diharap kamu akan dipilih menjadi calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

    Percayalah.

    Saya kenal Ahmad Said. Beliau adalah seorang pendendam macam juga Idris Jusoh.

    Jadi, jangan takut untuk lompat parti. itu pun kalau mahu selamat dalam politik semasa macam macam ada hari ini.

    Percayalah jika orang yang menentang Ahmad Said tidak lompat parti maka kreria politik mereka pasti berakhir juga akhirnya.

    Jika tentang ketua dalam mana mana parti politik sekalipun pasti malanglah nasib mereka.

    Oleh itu jangan takut buat perhitungan. Lompatlah agar hati tidak sakit macam sakitnya hati masing masing semasa jadi wakil rakyat sekarang.

    Kalau lompat pasti selesai, malah ada yang jadi menteri besar dan barisan EXCO dan barangkali boleh kekal menjadi calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

    InsyaAllah. Mudah mudahan penyakit yang dihidapi sembuh tidak lagi menderita dan kecewa.

    ReplyDelete
  2. Guane2 pun..perjuangan tidak semestinya melalui perjuangan politik..
    Jangan takut kalah kalau berani perjuangkan kebenaran.
    i respect u Ustaz Ramli.

    ReplyDelete