Wednesday, June 10, 2009

Muzakarah UMNO vs PAS

Saya mengucap tahniah kepada pucuk pimpinan PAS yang baru setelah pemilihan anggota tertinggi PAS pada muktamar lepas. Semoga, dengan kepimpinan yang baru ini akan memberi sinar yang baru kepada PAS.

1. Pertama-tama sekali, saya bersetuju dengan cadangan Presiden PAS untuk mengadakan muzakarah dengan kepimpinan UMNO. Bagi pandangan peribadi, muzakrah tersebut harus dilakukan dengan secepat mungkin bagi mencari jalan penyelesaian bagi kedua-dua parti melayu di Malaysia. Selain daripada itu, perbincangan tersebut harus berlandaskan kepada syariat islam yang berkehendakan segala perbezaan fahaman & idelogi hendaklah kembali kepada kitabullah & sunatullah.

2. Rasulullah saw bersabda " aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh kepadanya iaitu Al-Quran & Al-sunnah. Oleh yang demikian, haruslah kedua-dua kepimpinan parti sama ada dari PAS mahupun UMNO kembali kepada jalan yang dianjurkan oleh islam.

3. Haruslah kedua-dua parti tidak bersifat ego & sombong dalam soal ini. Saya tidak menyatakan PAS adalah salah & UMNO adalah betul begitu juga sebaliknya. Bagi saya, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua.

4. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS tidak harus mengenakan apa-apa syarat untuk bermuzakarah. Sebaliknya menetapkan tarikh & masa yang sesuai untuk mengadakannya. Selain itu, isi kandungan semasa muzakarah haruslah memberi manfaat bersama demi Islam & melayu. Kita sedar bhawa, selama ini kita sentiasa jauh terpesong daripada landasan yang betul. Sememangnya, dengan kepimpinan baru dalam bagi kedua-dua pihak, ini masa yang sesuai untuk dibahaskan dan dibincangkan.

5. PAS tidak harus berprasangka buruk terhdap keikhlasan & kejujuran UMNO yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Kita akui, perbezaan fahaman & ideologi parti yang menyebabkan bangsa melayu berpecah belah sehingga dikalangan masyarakat kita saling tidak menghormati satu sama lain. Ingatlah bahawa, Islam melarang keras perbuatan sedemikian & haruslah kembali kepada landasan yang dianjurkan oleh Islam. Kita tidak dilarang sama sekali mempunyai perbezaan pendapat & ideologi, namum perbezaan tersebut tidak menyebabkan umatnya berpecah belah. Ini mendorong kepada musuh-musuh islam untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan yang ada.

6. Justeru, demi kebaikan semua pihak, saya berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah. Kepada YB Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS serta anggota tertinggi PAS sedarkan akan kepentingan muzakarah ini. Gunakanlah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid & Tan Sri Muhiyidin Yassin.

2 comments:

  1. Masa sudah tiba untuk kita melihat apa jue kebaikan dan setiap kebaikan harus kita dahulukan. Saya yakin dgn hati dan jiwa untuk melihat kesejahteraan negara, apa jue perbezaan mampu satukan dan mungkin apa yg dimaksudkan satu tu bukanlah sama tetapi mendahulukan kepentingan negara maka kita terima yang satu itu... inilah juga semangat 1Malaysia. Cuma dalam apa jue kebaikan yang sedang diusahakan ini, kita bimbang akibat drp terlalu banyak usaha promosi oleh media, langkah yg baik menimbulkan masalah yang baru pulak. Media harus melihat secara positif ..perkara yg baik usaha dilihat dgn pelbagai sudut krn bimbang hanya yg sedikit tidak baik dijadikan isu besar. Justeru itu olehlah diusahakan dahulu dan dihebohkan kemudian. Bilalah yg pakar mengusahakan..wassalam YB

    ReplyDelete
  2. Salam YB Ustz;

    Semalam Ku Bermimpi…

    Jika bulan dan matahari datang kepadanya alamat akan beroleh untung dunia dan akhirat. Jika perempuan, nescaya akan diminta orang.

    Semoga semuanya bukan hanya mimpi mainan tidur….!!

    ReplyDelete