Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Perpecahan?

Isu kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS pada muktamar lepas telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Keikhlasan yang disuarakan oleh Presiden PAS menjadi kecaman beberapa pemimpin dalaman PAS termasuk Nik Aziz sendiri. Kenyataan Nik Aziz menyelar anggota PAS yang menyokong idea untuk berunding dengan UMNO sebagai "boneka UMNO". Malah, ianya menjadi isu perdebatan hangat dalam media masa sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Sebenarnya, UMNO tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan kerajaan perpaduan atau perbincangan dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Malah menerima siapa sahaja atau idea daripada mana-mana pihak yang ingin berbincang dengan UMNO/BN demi perpaduan ummah terutama kepada bangsa melayu & islam yang semakin hari dilihat berlaku perpecahan di dalam masyarakat ekoran perbezaan ideologi & fahaman sempit politik masing-masing.

Bagi UMNO, sesuatu yang baik akan diterima dengan hati yang terbuka. Kita semua perlu sedar bahawa, perpecahan dikalangan orang-orang melayu inilah yang akan menyebabkan bangsa kita mundur dan ketinggalan jauh kebelakang daripada bangsa yang lain.Kita perlu ingat, keamanan, kedamaian & kenikmatan yang kita rasai selama ini tidak akan kekal selama-lamanya, kira ianya tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Saya tidak anti pada mana-mana bangsa lain. Tetapi, Allah swt banyak berfirman di dalam al-Quran yang mana orang-orang kafir tidak akan bersetuju dengan agama islam walau baik sekali mana pun kepada kita. Kita bukan bermusuh dengan orang kafir @ bukan islam, akan tetapi perlu beringat-ingat akan firman Allah swt di dalam al-Quran itu jelas sekali akan berlaku. Jangan sesekali kita mengadai bangsa & agama semata-mata kepentingan peribadi atau politik sempit masing-masing.

Soal kerajaan perpaduan sepatutnya tidak menjadi isu atau masalah bagi PAS untuk berbincang atau duduk semeja dengan UMNO. UMNO adalah bangsa melayu & menganut agama islam. Manakala PAS adalah bangsa melayu juga & menganut agama islam. Kedua-dua parti politik datangnya dari rumpun yang sama & agama yang sama. Cuma bezanya adalah dari segi dasar & ideologi masing-masing. Adakah selama ini UMNO membawa ajaran islam yang sesat? Adakah selama ini UMNO tidak memberi apa-apa kepada orang melayu & islam? Jangan disebabkan nilai setitik, habis susu satu belangga.

Saya berdoa agar kepimpinan PAS terbuka hati dan demi pertunjuk oleh Allah swt berkaitan dengan keikhlasan & keterbukaan oleh Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS dalam soal perbincangan serta muzakarah dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment