Sunday, June 7, 2009

Daulat Tuanku - YDP Sultan Mizan Zainal Abidin

1. Pertama-tama sekali saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Daulat Tuaku" ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDP Tuanku Mizan Zainal & Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah semperna ulang tahun keputeraan baginda pada 6 Jun. Semoga Allah swt sentiasa merahmati baginda berdua.

2. Baginda bertitah agar rakyat Malaysia tidak mengira bangsa & agama supaya menghayati konsep 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid Tun Razak. Ternyata konsep tersebut menarik perhatian Tuanku agar rakyat Malaysia hidup saling bermuafakat & harmoni diantara satu sama lain.

3. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana Malaysia bebas daripada segala sifat & kekacauan seperti mana yang berlaku di negara jiran atau negara-negara yang lain. Ketidakstabilan politik, ekonomi yang menyebabkan sesebuah negara mengalami masalah sedemikian. Akn tetapi, unik di Malaysia kita saling hidup dalam suasana muhibah diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain & berlainan agama. Inilah konsep yang sukar utk dilihat selain di Malaysia.

4. Namun, konsep murni yang diperkenalkan oleh PM selalu disalahtafsirkan oleh mereka-meraka yang berkepentingan politik sempit & mencari jalanan untuk mengagalkan konsep tersebut. Kita juga mendengar desas desus yang menyatakan konsep tersebut akan mengadaikan maruah & keistimewaan bangsa melayu. Amat malang sekali, mereka yang cetek pengetahuan akan konsep tersebut membuat apa sahaja demi agenda mereka tercapai. Perdana Menteri telah menegaskan bahawa, beliau tidak akan mengubah perlembagaan & hak keistimewaan orang-orang melayu yang termaktub di dalam perlembagaan.

5. Kita masih ingat, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep "Islam Hadari". Pihak-pihak tertentu telah menggunakan istilah tersebut sebagai modal untuk menghentam konsep tersebut. Ada yang menyatakan bekas Perdana Menteri memperkenalkan "islam baru". Walhal konsep tersebut telah banyak diterangkan melalui media massa, elekronik dan sebagainya. Tiada pengubahan di dalam konsep islam hadari. Segala isi kandungan islam tidak diubah sepertimana pihak-pihak yang berkepentingan. Sedarlah kita, bahwa setiap konsep yang diperkenalkan itu telah dikaji & diteliti sebelum ianya dilancarkan.

6. Konsep islam hadari juga mendapat pengiktirafan daripada negara-negara islam yang lain. Ada yang ingin menjadikan Malaysia sebagai "role model" bagi negara meraka. Amat sedih sekali, segelintir rakyat malaysia yang berfikiran politik sempit tidak mengiktiraf konsep tersebut.

7. Saya berharap, rakyat Malaysia amnya & khususnya rakyat negeri Terengganu agar tidak terpengaruh dengan kritikan & propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan konsep tersebut. Marilah kita sama-sama menghayati konsep tersebut demi kesejahteraan hidup yang bersama.

***YB Ust Muhammad Ramli Hj Nuh***

2 comments:

  1. saya amat bersetuju dgn pandangan YB. Namun kajian mendapati kebimbingan harus dipandang serius khususnya kepada para pelajar di IPT yg sering melihat setiap kebaikan yg dilakukan oleh kerajaan sebagai satu tanggungjawab dan ini mengakibatkan mereka tidak menghargai rasa tanggungjawab yg telah dimainkan oleh kita. Utk mengucap terima kasih amat jauh sekali. Satu kajian yg sedang dilakukan oleh rakan saya yang sama-sama sedang siapkan Phd mendapati kalangan pelajar IPT tidak melihat kewajaran mereka utk berterimakasih kepada kerajaan. Kita semua harus memberi keutamaan kepada perkara ini ...drp Khairi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete