Tuesday, June 2, 2009

Bogeyman - Dr Khir Toyo

1. Sekalung tahniah buat YB Mansor Othman yang dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru sekaligus menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 tidak beberapa hari lagi. Walaupun,BN tidak meletak calon pada pilihanraya kecil dun penanti. Namun, isu yang dimainkan oleh pihak lawan terutama PR cukup menghairankan. Apa kena dengan PR?

2. Saya bersetuju dengan YB Dato'Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan istilah PR sebagai "Bogeyman". Istilah tersebut amat sesuai dan tepat bilamana saya sendiri perhalusi definisi disebalik "bogeyman" yang dibuat oleh beliau. Segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN semuanya dikatakan salah & tidak betul.

3. Adakah sepanjang negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, BN tidak memberi apa2 manfaat kepada rakyat? adakah segala kemajuan yang dibuat oleh BN tidak mendatangkan faedah kepada rakyat? kita sedar bahawa terdapat segelintir dikalangan kita yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan yang ada pada BN. Akan tetapi, terdapat juga diantara kita yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt & berterima kasih kepada BN diatas kemajuan yang dicapai selama ini. Tidak cukup dengan itu, ramai rakyat asing seperti indonesia, pakistan, bangladesh, nepal dsbnya datang ke Malaysia semata-mata sama ada secara betul ataupun secara haram untuk mencari rizki bagi menyara hidup ekoran di negara mereka tidak ada peluang seperti di Malaysia. Adakah kita bersyukur dengan menjadi warganegara Malaysia?sedarlah wahai sekalian, jangan kita menanggis bilamana nikmat yang ada sekarang ditarik balik oleh Allah swt. Nazubillah. Dimana kita mahu pergi?Siapa yang sudi membantu kita?Adakah kita mempunyai pertalian saudara-mara di negara lain?tepuk dada tanya iman.

4. Saya berharap, PR harus sedar akan keamanan yang dikecapi hari ini adalah usaha yang dibuat oleh BN & tidak harus digadai begitu sahaja demi kepentingan politik sempit masing-masing. Selepas PRU 12 yang lalu, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengungkit perasaan perkauman dikalangan rakyat Malaysia agar BN dipersalahkan. Tidak adil rasanya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil penanti yang lalu walaupun BN tidak meletakkan calon namun dalam ceramah yang dibuat ,BN adalah menjadi sasaran utama untuk menyalahkan dalam pelbagai aspek. Sepatutnya, mereka menerangkan kepada rakyat bahawa dasar-dasar meraka yang akan dibuat & bukannya mencari kesalahan orang apabila mereka tidak mampu mentadbir dengan baik negeri yang dikuasai.

5. Kemerosotan undi yang diperolehi oleh YB Mansor Othman daripada PKR menandakan bahawa rakyat di Dun Penanti sudah cukup meluat & menyampah akan agenda yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah pergolakan dalaman mereka. Saya percaya bahawa, tindakan YAB Dato'Seri Mohd Najid & kepimpinan BN membuat ketetapan untuk tidak meletakkan calon dun penanti yang lalu adalah tindakan yang tepat & betul. Memang kedengaran suara-suara yang menyatakan bahawa, BN takut untuk meletakkan calon dan mendakwa akan kalah. Kalah & menang adalah realiti yang harus diterima. Kita sentiasa mengiktiraf SPR menjalankan tugas dengan baik,efisien dsbnya semasa samada pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Sebaliknya, PR tidak akan mengiktirafkan kiranya kemenangan tersebut berpihak kepada BN & iktiraf kiranya berpihak kepadanya. Inilah politik yang diamalkan oleh PR. Tidak pernah bersyukur diatas apa kemajuan & kemakmuran yang dibuat oleh BN.

6. Cukup kelakar pilihanraya dun penanti, sebelum ini PR akan menahan bas yang masuk ke kawasan pilihanraya serta mendakwa membawa pengundi hantu. Sebaliknya di dun penanti agak pelik, PR menahan bas untuk tidak keluar dari kawasan pilihanraya yng mendakwa BN menganjur lawatan kepada pengundi di dun penanti untuk mengelak daripada pergi membuang undi. Inilah sikap yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat. Sebab itulah, apabila desas desus BN tidak akan meletakkan calon. Kepimpinan PR sudah gelisah & tektik yang dibuatnya tidak menjadi. Inilah gimik & sandiwara politik sempit PR yang hanya menyusahkan rakyat. Makluman semua, SPR terpaksa membelanja sejumlah RM 40,000 untuk mengurus pilihanraya tersebut. Sebab itulah, BN tidak mahu terlibat dalam pembaziran tersebut.Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya pada pilihhanraya umum 13 nanti.

1 comment:

  1. Salam YB Ustz;

    Adapun sesetengah pihak yang ada kepentingan dan ingin menyesatkan, akan mencari-cari maksud mengikut selera hatinya.

    Melainkan bagi mereka yang berfikir dan bersabar akan mentakwilkan ke jalan yang benar.

    ReplyDelete