Monday, March 9, 2009

Salam

Salam Maulid Nabi 1430 hijrah. Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah swt dihari yang mulia dan perbanyakkan bacaan selawat & salam ke atas jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, Nabi Muhammad adalah Nabi yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Kemulian baginda SAW sentiasa segar diingatan kita walaupun kita umatnya yang tidak pernah melihat rupa paras akan tetapi dapat kenal melalui sirah nabawiyah dan melalui kitab al-Quran.

Setiap tahun, kita umat islam sentiasa menyambut haru yang sejarah didalam kelandar Islam. Hari ini, sambutan ulangtahun keputeraan Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW. Majlis memperingati keputeraan baginda disambut diseluruh Negara sama ada diperingkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri. Negeri Terengganu tidak ketinggalan menyambutnya untuk diperingkat negeri.

Apabila melihat akan perjuangan baginda, setelah diwahyukan oleh Allah swt menjadi Rasul. Baginda sentiasa ditentang, dihina, dikeji malah ada diancam bunuh oleh kerana baginda membawa risalah kebenaran dari Allah swt. Dengan semangat yang kental dan disemai dengan baja-baja kesabaran, baginda mampu membawa obor islam tersebar luas sehingga ke pelusuk dunia sehingga ke hari ini. Amat malang sekali hari ini, semangat yang telah ditunjukkan oleh baginda tidak diambil iktibar oleh umat islam sehingga memprejudis dan tunduk kepada musuh-musuh islam. Umat islam hari ini tidak mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain oleh kerana semangat jihad, semangat untuk menuntut ilmu, semangat untuk mendalami ilmu sains teknologi sudah luntur. Hanya berserah kepada bangsa lain untuk memajukan.

Sebagai contoh di Malaysia, 2 hari lepas satu demostrasi jalanan telah dilakukan oleh mereka-meraka yang tidak faham akan visi dan misi yang akan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan “Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI)”. Bagi pandangan saya, saya bersetuju dengan cadangan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam soal PPSMI. Langkah tersebut bukan sahaja memberi kebaikan kepada bangsa Melayu untuk menguasai bahasa inggeris malah memberi pendedahan awal kepada para pelajar di peringkat sekolah rendah. Hari ini, kebanyakkan pelajar terutama Melayu gagal menguasai Bahasa Inggeris sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah malah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Mereka gagal untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan tidak tahu kemahiran untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Sememangnya langkah awal yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah langkah yang terbaik untuk memajukan bangsa Melayu dan Islam agar menguasai pelbagai sains teknologi yang pada hari ini kebanyakkannya datangnya dari Barat.

Sudah sampai masanya, orang Melayu berpikiran terbuka dan menerima kemajuan yang akan dibuat oleh Kerajaan. Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an, sewaktu YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan bahawa Malaysia akan mencipta sendiri kereta buatan Malaysia. Orang yang lantang mengkritik pada waktu itu, adalah orang Melayu. Tapi hari ini, Kita bangga dengan kemajuan yang telah dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan kita mampu berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan Negara-negara yang telah mencapai kemerdekaan lebih awal daripada kita. Saya berdoa dan menyarankan kepada semua rakyat Malaysia, hentikan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada kita semua dengan melakukan demostrasi, reformasi serta rusuhan dijalanan. Ekoran daripada perbuatan sedemikian, Malaysia satu masa lagi akan dilabel sebagai Negara yang ganas dan tidak bertamadun.

1 comment:

  1. Tulisan ini menyentuh dasar kerajaan khususnya dasar Pendidikan,saya kira sebagai ibubapa yang mempunyai anak murid yang sedang mengikuti pembelajaran PPSMI perlu melahirkan pendirian masing masing,salah satu jalan yang terbaik jika sekiranya PIBG juga turut membincangkan isu ini, jadikan juga suara PIBG turut sama bolih menentukan dasar yang akan dibuat olih Kementerian Pendidikan itu sendiri.Sudah sampai masanya PIBG kena membincangkan dasar pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini didalam agenda mesyuarat tahunan mereka, kerana dasar ini telah banyak dipersoalkan,mungkin dikampung kampung pendalaman,soal ini para ibubapanya menjadi pak turut sahaja atas alasan semua dasar yang dibuat olih kerajaan kononya untuk kebaikan,ini merupakan satu dahyah yang diperkenalkan olih kerajaan dengan alasan suara selain daripada datang olih kerajaan itu sendiri dianggap hanya suka membangkang secara melulu.

    Sebanarnya kalau kita baca maklumat dari wadah rakyak melalui internet misalnya pasti kita dapati kenapa tidak sama dengan apa yang dipaparkan dari kaca televison, Jawapannya ialah kerana apa yang dipaparkan itu semata mata mengikut sebelah kacamata (kerajaan) sahaja dan bukannya memenuhi kehendak dan suara rakyat terbanyak.Jika kerajaan mengambil tanggungjawab memuaskan hati semua pehak,kita pasti tidak akan berlaku perarakan besar besaran baru baru ini untuk menyerah memorandum kepada Duli yang maha mulia Raja yang DiPertuan Agong.Rakyak sudah tiada "flatform" lain selain berarak dijalan raya dan jika ada pun orang politik yang terlibat dalam perarakan tersebut ini bukan bermakna mereka telah dijadikan alat atau ada dalang disebalik isu PPSMI ini.Kehadiran orang politik mungkin sekadar tanda cakna dan turut prihatin serta bersimpati dengan masa depan bahasa melayu yang dilihat dari sehari kesehari kedudukannya semakin terhakis,yang menghakiskan nasib bahasa ini bukan orang asing, bukan bangsa asing tetapi olih satu bangsa yang bernama melayu itu sendiri.Dengan ini isu PPSMI ini tidak bolih dilihat ianya telah dipolitikkan.

    Kita bukan ingin sempitkan fikiran,kerana anak anak dizaman ini perlu diberi pendidikan mengikut peredaran masa mereka,akan tetapi persoalannya apakah kita mahu melihat 20 ke 30 tahun akan datang kesemua 26 juta rakyat Malaysia yang mempunyai anak pada hari ini kesemuanya ingin melihat anak mereka menjadi seorang pakar akauntan,menjadi seorang pakar saintis,jika begitu bagaimana dengan kerjaya seorang ahli sastrawan dan wartawan,bagaimana kerjaya seorang ustaz,bagaimana dengan kerjaya seorang wirawan seperti tentera dan polis dan sebagainya.Apakah kita perlu mewajibkan mereka turut sama lulus cemerlang pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa inggeris ini.Apakah bahasa inggeris "pertuturan" sahaja tidak mencukupi .Bagaimana dengan kerjaya politikus yang hanya tahu memakan labu kononnya dengan niat untuk membaiki labu tersebut.Ini jelas Isu PPMSI ini diera tahun 60an dulu kita sudah ada dasar pelajaran dua pilihan iaitu satu aliran sastera/agama dan satu lagi aliran Inggeris,olih itu sebabnya kita lihat ada keputusan LCE dan juga MCE.Olih yang demikian kita dapati dasar PPSMI ini satu racun yang akan membunuh bahasa melayu secara beransur ansur. percayalah....

    Jika kita lihat dari sudut kaca mata agama,ada batasan batasan dalam cara beribadat,sebagai contoh kita lihat seorang muslim/islam ada dalam bidang bidang tertentu seperti pengkhususan dalam bidang ilmu ahli falak,ahli ilmu wahyu,usulluddin,bidang perundangan syariat dan muamalat. Olih yang demikian islam sendiri ada tokoh saintis yang termasur dalam bidang perubatan iaitu Ibnu Sinar,Jadi persoalannya apakah pehak kerajaan tidak mahu selesaikan isu pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini sebagai fardhu kifayah (memberi pilihan) kepada rakyat yang kurang bersetuju dengan dasar PPSMI ini? kerana hanya inilah sahaja jalan cara penyelesaian yang terbaik memulihkan keyakinan rakyat (yang semakin geram) terhadap isu ini supaya tidak terus berlanjutan...

    Artikel seterusnya bolih dibaca dalam http://berkatilah.blogspot.com

    ReplyDelete