Thursday, March 19, 2009

Dugaan UMNO - Lembaga Disiplin

Salam.

Terima kasih kepada kalian yang setia melayari blog saya ini. Pertama-tama sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat ke PWTC kepada para perwakilan yang mewakili bahagian masing-masing dan juga kepada para pemerhati. Selamat memilih kepimpinan UMNO. Satu undi adalah penting untuk membawa kepada perubahan UMNO.-Insya-allah.

Saya ingin mengulas tentang serba sedikit berkaitan dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO berkaitan dengan salah laku / etika calon yang ingin merebut jawatan dalam parti pada 24-28 Mac 2009.Kita sedia maklum bahawa, beberapa pemimpin yang telah disabitkan kesalahan samada dilarang untuk bertanding atau diberi amaran dan sebagainya. Di sini, saya ingin tegaskan bahawa, saya tidak anti pada seseorang individu. Cuma, apa prinsip yang perlu ada pada setiap individu sama ada pemimpin atau pun yang dipimpin perlu akur dengan kesalahan yang dikenakan.

Tertarik dengan saranan bekas Presiden UMNO yang Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam temubual exclusive dengan utusan melayu bahawa Lembaga Disiplin UMNO agar tidak melayan rayuan yang dibuat oleh pesalah. Ini kerana, UMNO perlu pulihkan nama baik yang tercemar selepas pilihanraya 12 yang lalu. UMNO perlu menjenama semula agar ianya disegani oleh kawan mahu pun lawan. Kerana UMNO lah, Malaysia dapat menikmati kemajuan yang dikecapi sehingga ke hari ini. UMNO adalah tunjang kepada politik di Malaysia dan UMNO juga merupakan wardah perjuangan orang-orang Melayu, Islam.

Oleh yang demikian, pihak lembaga disiplin UMNO haruslan menjada imej yang baik dan membuat tindakan yang seadil-adilnya kepada semua peringkat samada pemimpin agung mahu pun peringkat bawahan. Kita mahu pulih semula nama baik UMNO. Dengan prinsip yang dipegang oleh setiap pemimpin, Insya-allah UMNO dapat dipulihkan dan membawa kejayaan yang lebih besar. Saya juga ingin melontar beberapa pendapat serta cadangan agar semula pihak khususnya ahli-ahli UMNO sama ada peringkat cawangan, bahagian mahu pun tertinggi agar muhasabah diri ada faham akan prinsip asal penubuhan parti keramat UMNO.

Selain itu juga, diharapkan agar para penyokong, perayu undi dan sebagainya agar bertindak dengan bijaksana dan jangan menjadikan pemimpin sebagai tempat untuk menagih simpati dan keuntungan diri. Marilah kita sama-sama berkerjasama untuk memajukan wardah perjuangan islam dan memikirkan untuk mengubah minda orang melayu agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain. UMNO perlu juga bergerak berlandaskan kepada Al-Quran & Al-Sunnah sebagai landasan perjuangan islam yang syumul. Konsep islam hadari yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi harus dipratikkan dan diamalkan. Syabas saya ucapkan kepada YB Dato Seri Idris Jusoh ( Adun Jertih )pemimpin yang pertama mempratikkan prinsip islam hadari untuk memajukan ummah di Negeri Terengganu Darul IMan.Konsep ulul-abad, pintar al-Quran, khatam beramai-ramai, Taman Tamadun Islam, Taman Taman Ilmu dan banyak lagi yang membawa kepada perubahan di dalam lanskap Islam di negara kita khususnya Negeri Terengganu.

Akhir kata, saya mengucap tahniah dan syabas sekali lagi kepada Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan seadil-adilnya tidak mengira pangkat, darjat serta keturunan. Yang bersalah tetap bersalah, yang benar tetap benar. Insya-allah, dengan slogan tersebut UMNO akan dihormati lagi dan digeruni oleh semua pihak terutama Pembangkang PAS yang selama ini menuduh UMNO mengawalkan rasuah dan sebagainya. Tiba masanya kita BUKTIKAN bahawa UMNO Bersih,Suci,Murni dan diyakini.

Hidup UMNO
Hidup UMNO.

3 comments:

  1. saya nak tanya,leni mb baru kita adakah masih lagi meneruskan agenda mb dulu terutama dalam konteks islam hadhari terengganu bistari?kerana leni saya lihat konsert2 hiburan yang tak sesuai makin bercambah di trg.

    ReplyDelete
  2. Gambar tu kat atas bila nak tukar"Moyok " je

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Parti yg berpenyakit cancer tahap 4 tunggu masa utk berkubur...tak nampak UMNO mahukan perubahan .. lihat saja presiden barunya, seorg yg penuh dgn skandal yg belum dibersihkan, populariti yg jauh lebih rendah drp Pak Lah. Hairan dgn ahli2 UMNO... melaung sana sini inginkan perubahan tapi hakikatnya tiada yg berani memilih pemimpin yg benar2 bersih... UMNO is going from bad to worst under new presiden.. percayalah... memudahkan lagi pembangkang mengambilalih kuasa selepas p/r 13 nanti.

    ReplyDelete