Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum & 1Malaysia.

16 Mei setiap tahun, kita rakyat Malaysia tidak pernah lupa akan tarikh keramat tersebut. Merupakan hari yang diistiharkan sebagai "sambutan hari guru". Dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru pada tahun 2011. Makluman semua, saya kini berada di Moroco bagi menyiapkan satu lagi siri program Syahadah yang akan disiarkan di tv1 pada bulan ramadhan yang bakal tiba nanti. Kelapangan waktu rehat ini, saya penuhi dengan menulis serba sedikit blog saya yang sudah lama ditinggalkan.

Kerjaya sebagai guru bukanlah kerjaya yang mudah. Memang kita melihat bahawa, tugas sebagai guru hanya separuh hari sahaja. Tetapi, description tugasnya adalah sangat berat. Tugas seorang guru bukan hanya mengajar sahaja, tetapi ianya meliputi soal pembentukan sahsiah seseorang pelajar dan sebagai ibubapa nombor 2 kepada pelajar. Memang tidak dinafikan bahawa, kerjaya guru di masa sekarang adalah terhad bukan seperti di zaman 1970an dahulu. Kerjaya tersebut sukar diminati dan payah untuk mencari individu yang layak menjadi guru.

Selain daripada itu juga, kerjaya guru di zaman 1970an berbeza dengan sekarang. Begitu juga dengan pelajar dan ibubapa. Dahulu, ibubapa menyerah 100% kuasa kepada guru untuk membentuk sahsiah anak-anak. Rotan dan hukuman menjadi perkara biasa di dalam pengajaran dahulu. Guru tidak akan memukul murid-murid sesuka hati sekiranya murid-murid tidak melakukan kesalahan. Begitu juga sebaliknya. Murid-murid takut ingin mengadu kepada ibubapa dengan hukuman yang dikenakan oleh guru kepadanya. Dikhuatiri ibubapa akan menambah lagi kepada anak-anak. Selain itu juga, pelajar-pelajar dahulu sangat menghormati guru dan sanjung. Tetapi, berbeza sekarang. Lihatlah kebelakangan ini, ada segelintir pelajar menumbuk guru, mengugut guru, memukul guru dan sebagainya. Dimana lagi sikap dan budi bahasa pelajar sekarang.

Ingatlah bahawa, tanpa guru. Kita tidak mengenal huruf dan pandai membaca. Janganlah kita sombong dengan kejayaan yang dicapai. Ini kerana, kejayaan tersebut bermula daripada seorang guru. Saya berbangga dengan kerjaya seorang guru lebih-lebih lagi mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga demi mendidik anak-anak bangsa. Guru diibarat sebagai satu batang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Insya-Allah, balasan yang hebat kepada guru yang ikhlas, jujur, amanah demi kejayaan orang lan.

Akhir kata, sekali lagi. Saya mengucapkan selamat hari guru khsusnya kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih cikgu.

-M Ramli Nuh-

2 comments:

  1. Selamat hari guru..








    Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi Haram. Adik2 wajib bersumpah tidak mengundi BN. Sayang adik :-)
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete