Wednesday, March 17, 2010

Lompat lompat.....Bebas

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Saya mohon maaf pada sahabat- sahabat sekali kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman sesawan ini ekoran tugas dan tidak mempunyai masa yang sesuai untuk menulis dalam laman ini. Memang ramai yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan laman ini. Adakah sekadar ada laman blog sahaja?

Tidak sahabat-sahabat sekalian. Kesuntukan masa untuk menulis adalah kekangan yang pertama. Begitu juga, laman facebook. Saya jarang online dan tidak memberi maklum balas. Saya baca segala cadangan dan komen yang diterima serta saya ambil perhatian sekadar tugas yang termaktub sebagai Ahli YB Adun.

Tajuk kali ini, saya ingin mengulas berhubung dengan sejak kebelakangan ini ramai ahli YB khususnya dari kalangan Pakatan Rakyat yang keluar parti dan menjadi bebas. Saya ingat, ini senario yang jarang berlaku di negara kita. Tidak sampai 2 tahun bergelar YB mewakili pembangkang, mereka tidak selesa untuk berada di kerusi tersebut. Adakah kerusi PR adalah kerusi berpuaka?tepuk dada tanya iman masing-masing.

Saya juga terkilan dan kecewa dengan senario yang berlaku. Saya bukan menyokong PR, namun apa yang ingin saya komen berhubung mengapa YB PR keluar parti? itu persoalan yang harus ditanya? Kita masih ingat, DS Anwar pernah mengistiharkan bahawa 16 September 2008, PR akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN. Namun, tarikh tersebut sudah berlalu..DS Mohd Najib Tun Razak masih utuh menjadi Perdana Menteri ke 6. Adakah ini propaganda PR untuk menjatuhkan BN?

Harus diingat bahawa, menjadi pemimpin bukan perkara yang mudah dan diambil ringan. Orang yang tidak berada di kerusi YB mereka akan mengata dan mengencam pelbagai-bagai. Saya akui, saya yang mewakili daripada kerusi Kerajaan tidak terlepas daripada kritikan oleh pihak pembangkang. Segala perancangan yang dibuat oleh Kerajaan adalah tidak betul dan salah. So, sekarang cuba sahabat-sahabat perhatikan di Selangor, Pulau Pinang, kelantan dan Kedah. Apa yang sudah berlaku?adakah ekonomi di ke 4 buah negeri ini semakin maju? yang menjadi jawapan di pihak PR adalah pihak Kerajaan Pusat menganak tirikan.Kesilapan pada diri sendiri tidak dilihat, akan tetapi semua kesalahan diletak 100% kepada kerajaan BN.

Selain daripada itu,kiranya dipihak BN keluar parti. PR dengan bangganya tidak membantah akan perbuatan tersebut. Kiranya PR keluar parti, pelbagai tomahan yang dibuat. Ada yang menfitnah BN memberi YB tersebut. Adakah ini adil? Saya agak kecewa dengan Pesuruhjaya PAS Perak yang membuat solat hajat kepada Ahli Parlimen Bagan Serai agar mengosongkan kerusi tersebut atau apa2 yang berlaku padanya..Ini perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah swt.

Oleh yang demikian, rakyat perlu sedar yang mana intan permata dan yang mana kaca yang tidak berharga. Syukur alhamdulillah, YB dari Kerajaan tidak seperti di pihak PR. Saya tidak salahkan YB yang keluar parti, mungkin dia sudah tidak selesai untuk mewakili rakyat di kerusi pembangkang serta idologi,prinsip dan misi PR yang diperjuang selama ini sudah tersasar jauh dari landasan utama. Ayuh, rakyat sekali. Janganlah PRU 13 nanti, sahabat-sahabat sekalian tersilap sekali lagi memilih.

No comments:

Post a Comment