Sunday, February 15, 2009

Jangan Ulangi Kesilapan Lepas - Pemilihan Calon

Salam.

Negara sekali lagi akan mengadakan Pilihanraya Kecil ekoran kematian penyadang Parlimen Bukit Gantang dan peletakan jawatan adun bebas Bukit Selambau. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi. Persoalan yang berlegar-legar disetiap parti samada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat (PR) mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Pilihanraya Kecil ini merupakan pilihanraya kali ke 3 selepas PRU 12 tahun lepas dan selepas Pilihanraya Kecil P037 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009.

Persoalan sekarang siapa yang bakal menjadi calon yang sesuai? Saya tertarik dengan kenyataan dan cadangan bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Tajol Rosli Ghazali yang menyatakan bahawa. Kita daripada pihak BN jangan tersilap pilih calon untuk bertanding. Jadikan pengalaman yang lepas-lepas sebagai pengajaran yang berguna kepada kita. UMNO yakin, sekiranya calon yang sesuai untuk menjadi calon. Mustahil kita dapat rampas kembali semua kerusi samada di Peringkat Parlimen mahupun Dun. Kembalilah kepada pucuk pimpinan diakar umbi yang menentukan. Adalah penting untuk kita mendengar daripada kepimpinan bawahan. Bagi cadangan saya, UMNO/BN perlu berubah dari segi pemilihan calon.

Memang diakui, setiap kepimpinan dalam UMNO/BN berminat untuk menawar diri untuk bertanding. Akan tetapi, rakyat yang menentukan. Isu pemilihan calon perlu menjadi agenda penting dalam pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Selain itu, cadangan, pandangan dari akar umbi perlu didengari agar ianya menjadi saluran yang tepat. Kepimpinan akar umbi yang tahu, yang mana calon yang sesuai, ciri-cirinya dan pemimpin yang sesuai untuk menjadi wakilnya. UMNO juga jangan pingkirkan mereka-mereka yang layak dari segi pendidikan yang tinggi samada dalam bidang agama, akademik, sosial dan lain. Jangan pilih calon hanya yang pandai bercakap tetapi tidak ada agenda , misi dan visi untuk membantu kawasan yang akan diwakili.

Seluruh jentera UMNO/BN, ayuh kita bantu rakan-rakan seperjuangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. USah kita bermusuh, memencil diri, kecewa. Kemenangan Calon UMNO/BN, adalah kemenangan parti yang mewakili rakyat.

Insya-allah.

4 comments:

  1. bagus blog ustaz ...
    dapat rakyat mendekati ustaz dengan lebih mudah lagi.
    teruskan usaha murni

    ReplyDelete
  2. Tahniah..kini yb dah ada blogs sendiri. 2.Mengenai salah pilih calon tu...sukar untuk kita ketahui calon yang dipilih itu calon yang silap pilih atau betul, ukurannya yang menang itu dianggap betul; yg kalah itu dianggap silap letak calon. jadi manalah kita ketahui dari awal yang mana akan menang dan yg mana akan tewas...itu ilmu Allah. 3. jemputlah semuakedai ikan celup tepung dan ikan bakar saya, KEDAI PESISIR AIR, Pantai Telok Ketapang, Seberang Takir (pantai belakang kem askar). jumpa di sana...400petang- 100 mlm/ pagi...langtelipot@yahoo.com (0199843802).

    ReplyDelete
  3. Silap calon pulok... masa kempen dulu bukan main disanjung... calon terbaik, tidak sombong, mesra rakyat, pendidikan tinggi, disenangi ramai... siap kluar TV/akhbar tunjuk calon bagi bantuan kpd org miskin.. siap hantar ke hospital lagi... huh huh.. alih2 calon pulok disalahkan... postmortem dah buat lum? kalau belum buatlah mesyuarat, retreat, uzlah, brainstorming session... gunakan method 'tulang ikan Ishikawa', SWOT analysis dll barulah buat kesimpulannya... sebab saya rasa bukan silap calon saja... byk faktor lain lagi

    ReplyDelete
  4. Saya kepilkan komen Bekas Mufti Perlis (DrMaza)mengenai UMNO untuk menbantu dlm proses post mortem, semoga membantu:

    "Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu ‘allergic’ dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

    Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya ‘terjumpa’ seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: “Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri”. Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.
    Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban"

    ReplyDelete