Thursday, February 12, 2009

Zoo Terengganu

Salam Bloggers.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap tahniah kepada YAB Dato' Ahmad Said diatas perasmian Zoo Terengganu baru-baru yang terletak di Bukit Takal, Kemaman. Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosi dan menjadikan Negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi pelancongan di Pantai Timur. Kita percaya, selain daripada hasil royalti minyak sebanyak 5% setahun dari Petronas, kita juga mempunyai sumber yang lain untuk dijadikan sumber bagi Kerajaan. Percayalah, kerajaan yang pandai membuat perancangan sahajalah boleh mengurus tadbir sesebuah negeri dan negara menjadi membangun, tersohor dan sebagainya.

Terengganu kaya dengan sumber-sumber semulajadi yang boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hanya yang tinggal adalah usaha yang berterusan daripada rakyat serta kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak. Tiada kesenangan yang datang tanpa usaha gigih.

"Terengganu Boleh"
"Terengganu Impianku"

1 comment:

  1. Salam bloggers...

    YB Ustaz...

    Hampir semua MB Terengganu membawa balik projek ke parlimen masing-masing. Dulu TS Wan Mukhtar lagi banyak mengubah lanskap daerah Kemaman. Mantan MB Datuk Idris juga telah membawa Universiti Darul Iman dan Masjid Hadhari ke Besut. Tahniah kerana membawa kemajuan daerah masing-masing.

    Apa yang mendukacitakan ialah kenapa daerah/parlimen lain seperti Setiu,Hulu Terengganu,dan Kuala Nerus sepi dari arus pembangunan. Tiada projek mega di daerah ini? Kuala Terengganu telah menjadi bandaraya manakala majlis daerah kemaman dan dungun telah dinaiktaraf sebagai majlis perbandaran. Akan menyusul dalam 10 tahun akan datang ialah Majlis Perbandaran Besut! Daerah Setiu akan berterusan mundur sehingga 2020 kerana kepimpinan hari ini tidak langsung melihat setiu untuk membangunkan. Tambahan pula sebagai daerah yang bongsu dan pendapatan tahunan MDS adalah yang terendah di Terengganu. Setiu sesuai hanya untuk jelapang pertanian. Setiu pernah diwakili oleh Timbalan Menteri Pertanian!!

    Ustaz,
    Bagi saya Zoo Terengganu amat sesuai di tempatkan di Lata Tembakah, Besut, Terengganu. Ini sebagai nilai tambah kepada pusat pelancongan tersebut yang mana kini telah diawasi sepenuhnya olej Jabatan Perhutanan Terengganu.

    Ustaz,
    DUN Tepoh apa pulak rancangan pembangunan oleh MB Terengganu? Mungkinkah sama semenjak 2004 - 2008, 2008 - 2012 ? ataupun sampai 2020? MB kini pernah cakap, untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah baru di Terengganu! Bila yea??

    Terima kasih.

    ReplyDelete