Sunday, February 8, 2009

1999 vs 2004

Salam Bloggers.

Masihkah kau ingat dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 1999 di Negeri Terengganu?
Masihkah kau ingat dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 2004 di Negeri Terengganu?

Tarikh tersebut akan menjadi sejarah yang sangat berharga khasnya kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Tahun 1999, Kerajaan Barisan Nasional jatuh ke tangan Parti PAS. 90% Dewan Udangan Negeri Terengganu menjadi milik PAS. Hanya yang tinggal, Dun Kemasik, Dun Ajil, Dun Seberang Takir dan Dun Telemong. Pada malam keputusan pilihanraya ke 11, penyokong2 fanatik PAS bertindak diluar kawalan dan perasaan. Mereka tahu, PAS mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, sanggup bertindak diluar kawalan. Kereta bekas exco BN telah dirampas ditengah jalan, bangunan wisma darul iman diserbu dan sebagainya. Mereka berpesta di jalan2 raya kerana keseronokan. Bagi kepimpinan BN dan ahli BN menerima kekalahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan terbuka.Walaupun kesedihan dan sukar untuk menerima kenyataan tersebut.

Saya amat sedih dengan peristiwa tersebut. PAS tidak menggunakan pendekatan yang lembut dan beradab. Semua aset kerajaan dirampas begitu sahaja, tanpa penyerahan yang baik. Presiden PAS mengumumkan Terengganu cuti walaupun majlis angkat sumpah belum diadakan. Inilah perangai PAS.

Tetapi lain berlaku pada tahun 2004. Kerajaan yang diterajui oleh Hadi Awang tumbang dengan 90% dewan undangan negeri menjadi milik BN. Bermakna BN berjaya membentuk kerajaan. Akan tetapi, kita tidak bertindak diluar kawalan sepertimana yang berlaku pada tahun 1999. Merampas semua aset kerajaan dengan cara tidak beretika. Syabas, Dato' Seri Idris Jusoh dan kepimpinan UMNO/BN yang bertungkus lumus untuk menawan semula hati rakyat. Inilah kematangan politik yang ada pada kepimpinan BN/UMNO. Kita semua tahu, jawatan dalam kerajaan adalah hak rakyat. Rakyat yang menentukan. Saya dengan rendah hati berterima kasih kepada penduduk di kawasan tepuh yang memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada saya selama 2 penggal. Insya-allah, saya akan laksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah,ikhlas dan jujur.

Rakyat Terengganu merupakan rakyat yang bijak menilai. Yang mana intan dan yang mana kaca. Mungkin, kesilapan pada tahun 1999 dalam kepimpinan BN/UMNO leka dengan permasalahan rakyat. Rakyat ingin cuba beralih angin. Ternyata mereka silap. 4 tahun masa berlaku, cukup merugikan kepada kita semua. Tiada pembangunan, tiada perancangan yang baik. Yang ada, ceramah2 menghentam kerajaan, menfitnah dan sebagainya. walaupun dia menj adi kerajaan.PAS hanya juara ceramah. Benda2 yang lain, dia kebelakang.

Saya yakin dengan kepimpinan UMNO/BN samada di peringkat Pusat dan peringkat kepimpinan Negeri Terengganu, Terengganu akan menjadi negeri yang tersohor dan maju dalam segala aspek samada pendidikan, pertanian, pembangunan, perindustrian, pelancongan dan sebagai. Kita bukan pandai bercakap sahaja, tetapi kita buat apa yang mampu kita laksana. Ternyata dalam tempoh 4 tahun pelbagai pembangunan yang telah kita buat. Antaranya yang dapat saya sebut :-

  • Lahirnya Universiti Darul Iman
  • Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man)
  • Taman Taman Ilmu
  • Monsun Cup
  • Program e-siswazah
  • Lebuh Raya Pantai Timur
  • e-zakat
  • e-munakahat

Saya begitu kagum dengan YB Dato'Seri Idris Jusoh sewaktu menjadi Menteri Besar menyatakan "Kita akan membawa Terengganu ke Seluruh Dunia". Terengganu Hebat, Terengganu Maju dan sebagainya. Pembangunan tersebut telah diteruskan oleh YAB Dato Ahmad said. Insya-allah, akan datang banyak lagi perancangan yang akan dibuat.




2 comments:

  1. ssalam datok,tak nak ulas ke masa perlantikan mb tahun 2008 dulu tu?????kami mahu idris, natangggg!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam YB,
    Kalau PAS diberi kuasa menguruskan wang royalti sebanyak RM7.3 billion sebagaimana diperuntukkan utk kerajaan BN Trg dari 2004 hingga 2007 bukan saja univ., taman ilmu, masjid, lebuhraya dapat dibina tapi yg lebih penting kehidupan rakyat t'ganu tidak sedaif sekarang ... sebaliknya lebih RM20 billion hasil minyak t'ganu sejak tahun 70an di bawah kerajaan BN hanya menjadikan t'ganu negeri kedua termiskin di Msia... inilah sebenarnya hadiah BN utk rakyat marhaen.

    ReplyDelete