Saturday, February 7, 2009

16 Septermber 2008 vs 6 Januari 2009

Salam.

Terima kasih kepada kalian yang melayari blog saya ini dan juga yang memberi komen serta cadangan. Insya-allah, dari semasa ke semasa saya akan tingkatkan.

Saya mengambil kesempatan ingin mengucap tahniah kepada sahabat saya di Perak iaitu YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir yang dilantik oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah menjadi Menteri Besar yang baru menggantikan YB Mohd Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya semua itu berlaku ada hikmat yang besar di sisi Allah swt. Walaupun pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari 2008 yang lalu, BN gagal mengekalkan kerusi tersebut. Namun, Negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang dalam sekelip mata. Inilah yang dinamakan hikmat dan qada & qadar Allah swt. Allah swt maha mengetahui. Kita semua tahu, penasihat parti keadilan yang juga ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim menyatakan pada 16 Sept 2008 yang lalu, kerajaan BN yang diterajui oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang. Tetapi apa yang berlaku pada 6 Januari 2009, sebaliknya. Kerajaan pakatan rakyat yang tumbang di negeri Perak.

Saya cukup tidak faham dengan pihak pembangkang. Bilamana Adun Bota keluar parti selama 10 hari masuk PKR. Apa yang mereka katakan adalah "itulah demokrasi di Malaysia". Akan tetapi bila 2 adun PKR keluar parti. Mereka menggesa kerajaan mengadakan undang-undang lompat parti. Kepada rakyat Malaysia, buka lah mata. Melihat apa muslihat yang puak2 pembangkang buat. Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu semasa Pilihanraya kecil P36 yang lalu. Kementerian Dalam Negeri telah mengerahkan Polis di seluruh negera untuk mengawal keadaan di Kuala Terengganu. Apa yang mereka katakan, kerajaan membazir dan sebagainya. Pelbagai tomahan jahat yang dilakukan ke atas Polis dan Kerajaan BN. Kutukan juga kepada SPR. Apabila mereka menang pada P36 yang lalu, Presiden PAS dalam satu sidang media menyatakan "terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatan sepanjang berlangsung kempen pilihanraya dan juga terima kasih kepada SPR kerna menjalankan tugas dengan baik". Itu kerana pilihanraya tersebut menyebelahinya. Kalau kalah, pelbagai tomahan dan fitnah dan sebagainya. Pengundi hantu, toyol, jembalang dan sebagainya dilemparkan kepada BN.

Kepada rakyat Malaysia, saya berharap buka lah mata. Apa yang kita mahu kepada pembangkang terutamanya PAS. Anda mahukan Islam?Sebenarnya, UMNO yang lebih baik daripada PAS dari segi kemajuan dan sebagainya. Islam merupakan dasar yang utama di dalam perjuangan UMNO.UMNO tidak sesekali membelakangi ISlam. Insya-allah, akan datang saya akan ulasan mengenai berkaitan topik yang lain.

1 comment:

  1. Bezanya PR mengalu-alukan wakil rakyat yg ikhlas utk berhijrah secara sukarela drp parti yg korup... BN bertindak macam lanun... mengugut Adun dan menawarkan rasuah... sungguh menakutkan... rakyat perak memberontak bukan kerana menderhaka kepada sultan tapi mereka tidak boleh menerima hakikat kepimpinan yg mereka pilih dilucutkan dgn cara yg begitu ganas..

    ReplyDelete