Wednesday, July 28, 2010

Perpaduan UMNO vs PAS.

Salam & Salam 1Malaysia sahabat bloggers sekalian. Saya mohon maaf oleh kerana hampir 3 bulan tidak mengemaskini laman blog ini. Ini kerana, masa yang tidak mengizinkan dan kesibukan dengan tugas. Segala cadangan dan pandangan daripada sahabat-sahabat sekalian, sentiasa diambil perhatian. Adakala pandangan tersebut perlu dikaji dan ada juga perlu diketepikan dahulu.

Oleh demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian yang meluangkan masa melayari blogspot ini.

Isu perpaduan diantara UMNO dan PAS sudah lama dibincangkan. Namun, isu tersebut kadang kala menjadi isu yang tidak releven untuk dibincangkan lagi. Saya bukan membantah atau tidak menyokong isu perpaduan UMNO vs PAS. Secara peribadi, saya sangat-sangat bersetuju sekiranya UMNO vs PAS dapat menjalinkan hubungan yang harmoni demi kemaslahatan sejagat agama, bangsa dan negara.

Seharusnya, saya juga sedih dan terkilan dengan kepimpinan tertinggi PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa, UMNO vs PAS tidak boleh bekerjasama lagi selagi UMNO dapat mengubah dasar yang sedia ada. Ingin saya bertanya, apakah dasar yang UMNO yang perlu ubah?kenapakah PAS boleh bergabung menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat yang mana bekerjasama dengan parti Keadilan dan DAP? kenapa PAS tidak membentuk satu visi dan misi bagi Pakatan Rakyat?

Wahai sahabat PAS. Sedarlah bahawa, UMNO vs PAS merupakan parti politik yang mewakili orang melayu. Cuma berlainan ideologi perjuangan dan dasar. Oleh kerana perbezaan dasar, PAS sanggup memulaukan UMNO dan boleh bekerjasama dengan parti yang tidak mewakili majoriti masyarakat melayu. Saya bukan mewujudkan anti-perkauman dikalangan masyarakat di Malaysia. Saya percaya, masyarakat berbilang kaum menerima baik dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato'Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kebelakangan ini, Mufti Perak Tan Sri Dato'Harussani Zakaria dihamburkan dengan kata-kata kesat dengan gelaran yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang ulama yang ingin melihat UMNO dan PAS bersatu dibawah panji-panji islam. Saya doakan Tan Sri tidak cepat melatah dengan gara-gara mereka yang cetek ilmu tentang agama.