tag:blogger.com,1999:blog-9542020914394742892024-02-21T10:29:03.658+08:00YB Ust Muhammad Ramli Hj NuhYB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.comBlogger47125tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-36766323616173238612011-05-16T23:03:00.003+08:002011-05-16T23:21:05.173+08:00Selamat Hari Guru 2011Assalamualaikum & 1Malaysia.

16 Mei setiap tahun, kita rakyat Malaysia tidak pernah lupa akan tarikh keramat tersebut. Merupakan hari yang diistiharkan sebagai "sambutan hari guru". Dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru pada tahun 2011. Makluman semua, saya kini berada di Moroco bagi menyiapkan satu lagi siri program Syahadah yang akan disiarkan di tv1 pada bulan ramadhan yang bakal tiba nanti. Kelapangan waktu rehat ini, saya penuhi dengan menulis serba sedikit blog saya yang sudah lama ditinggalkan.

Kerjaya sebagai guru bukanlah kerjaya yang mudah. Memang kita melihat bahawa, tugas sebagai guru hanya separuh hari sahaja. Tetapi, description tugasnya adalah sangat berat. Tugas seorang guru bukan hanya mengajar sahaja, tetapi ianya meliputi soal pembentukan sahsiah seseorang pelajar dan sebagai ibubapa nombor 2 kepada pelajar. Memang tidak dinafikan bahawa, kerjaya guru di masa sekarang adalah terhad bukan seperti di zaman 1970an dahulu. Kerjaya tersebut sukar diminati dan payah untuk mencari individu yang layak menjadi guru.

Selain daripada itu juga, kerjaya guru di zaman 1970an berbeza dengan sekarang. Begitu juga dengan pelajar dan ibubapa. Dahulu, ibubapa menyerah 100% kuasa kepada guru untuk membentuk sahsiah anak-anak. Rotan dan hukuman menjadi perkara biasa di dalam pengajaran dahulu. Guru tidak akan memukul murid-murid sesuka hati sekiranya murid-murid tidak melakukan kesalahan. Begitu juga sebaliknya. Murid-murid takut ingin mengadu kepada ibubapa dengan hukuman yang dikenakan oleh guru kepadanya. Dikhuatiri ibubapa akan menambah lagi kepada anak-anak. Selain itu juga, pelajar-pelajar dahulu sangat menghormati guru dan sanjung. Tetapi, berbeza sekarang. Lihatlah kebelakangan ini, ada segelintir pelajar menumbuk guru, mengugut guru, memukul guru dan sebagainya. Dimana lagi sikap dan budi bahasa pelajar sekarang.

Ingatlah bahawa, tanpa guru. Kita tidak mengenal huruf dan pandai membaca. Janganlah kita sombong dengan kejayaan yang dicapai. Ini kerana, kejayaan tersebut bermula daripada seorang guru. Saya berbangga dengan kerjaya seorang guru lebih-lebih lagi mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga demi mendidik anak-anak bangsa. Guru diibarat sebagai satu batang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Insya-Allah, balasan yang hebat kepada guru yang ikhlas, jujur, amanah demi kejayaan orang lan.

Akhir kata, sekali lagi. Saya mengucapkan selamat hari guru khsusnya kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih cikgu.

-M Ramli Nuh-YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-37651503691048312182011-05-15T09:41:00.003+08:002011-05-15T09:58:56.890+08:00Ulangtahun UMNO 65Assalamualaikum wrt wbt

Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada para sahabat bloggers sekalian oleh kerana saya tidak dapat mengemaskini laman blog saya ini sudah hampir 8 bulan. Ini adalah kesibukan dan kesuntukan masa berada di kawasan dan di luar kawasan.

Dikesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke-65 tahun. Kalau diikutkan bahawa, usia UMNO sudah lebih separuh abab kematangan umur seseorang manusia.

Syukur, Alhamdulillah kita berada di bumi bertuah ini Malaysia yang aman damai dan hidup dalam rukun dan damai menikmati segala kenikmatan yang Allah swt kurniakan melalui pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan tunjangnya adalah UMNO. UMNO merupakan parti yang ditubuhkan oleh orang melayu bagi mewakili bangsa melayu di tanah melayu.

Ironinya, ramai diantara tidak sedar bahawa. Segala kenikmatan yang kita kecapi hari ini adalah usaha keras pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu.Saya akui bahawa, saya juga dilahirkan bukan di dalam zaman darurat dan bukan dizaman penjajahan Jepun. Saya dilahirkan semasa ekonomi tanah melayu hampir berkembang. Alhamdulillah, berkat usaha tersebut, UMNO banyak berjasa kepada saya dengan memberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, saya masih lagi tertanya-tanya, macam mana untuk saya membalas jasa yang UMNO berikan kepada saya dan generasi saya?

Namun, diatas kesedaran tersebut. Saya akan cuba membalas balik segala UMNO berikan kepada saya semampu yang boleh. Marilah para sahabat sekalian, muhasabah kepada diri sendiri, apa jasa kita kepada UMNO? jangan kita tanya apa jasa UMNO pada kita. Memang tidak dinafikan bahawa, dengan kudrat yang kita ada ini, kita tidak mampu untuk membalas apa yang UMNO lakukan kepada kita semua. Malah, kewujudan PAS,PKR,DAP dan lain-lain parti politik adalah daripada usaha yang UMNO lakukan.

Kalau membaca kepada sejarah, bukan mudah penubuhan UMNO. Segala rintangan,halangan, dugaan dan kepayahan UMNO lalui. Oleh itu, kita sebagai generasi yang dilahirkan selepas penubuhan UMNO haruslah berterima kasih atas segala jasa-jasa yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tanpa UMNO, saya tidak tahu agaknya macam mana.

Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun UMNO ke 65.

Hidup UMNO!

Salam Takzim,
-Muhammad Ramli Nuh-YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-55043240535062495122010-08-31T01:42:00.002+08:002010-08-31T02:08:24.162+08:00Salam Ramadhan & Salam KemerdekaanAssalamualaikum wrt wbt

Pertama-tama sekali, saya ingin mengucap selamat menempuh di bulan Ramadhan 1431 Hijrah yang mulia ini. Walaupun, sudah hampir penghujung bulan ramadhan rasanya tidak terlewat lagi bagi saya untuk mengucap selamat berpuasa dan meningkatkan amal ibadah sepanjang kehadiran bulan ramadhan ini. Sama-samalah kita memanfaatkan kedatangan tetamu Allah ini dengan semaxsimun yang mulia. Kita belum tahu, Ramadhan yang akan datang kita dapat berjumpa lagi.

Sykurlah Alhamdulillah, hari ini kita sekali lagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang kita cintai dan sayangi kali ke 53 tahun. Tahun ini, kita menyambut ulangtahun kemerdekaan dibulan Ramadhan yang mulia. Ini adalah pertanda, bahawa ulangtahun kemerdekaan kita jatuh pada bulan yang mulia. Walaupun, tiada perarakan seperti sebelum-sebelum ini, namun kita tetap menyambutnya.

Setiap tahun, apabila tiba tarikh keramat 31 Ogos. Seluruh rakyat Malaysia baik di dalam atau di luar negara akan mengimbas kembali bahawa. Negara diistiharkan bebas daripada penjajah dan merdeka. Justeru itu, sejauh manakah generasi hari ini dapat rasa syukur oleh kerana Malaysia sudah merdeka dan bebas dari kongkongan penjajah. Kita sedar bahawa, dikalangan generasi hari ini tidak merasakan kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh Alhamarhum Datuk & Nenek kita sebelum negara mencapai tarikh keramat 31 Ogos. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ekonomi negara tidak berkembang dan kita perlu akur akan tuntutan penjajah terhadap kita. Orang melayu hanya mewarisi pekerjaan mengikut hireaki kekeluargaan. Kiranya ayah dan ibu sebagai petani, maka anak-anak akan mewarisi sebagai petani. walaupun potensi anak lebih daripada itu. Prasarana tidak mencukupi.

Saya sendiri lahir selepas negera sudah mencapai kemerdekaan. Walaupun, saya tidak melalui detik-detik kepayahan dan keperitan sperti ayah dan ibu serta nenek moyang. Namun, saya juga datang dari keluarga yang sederhana jika dibandingkan dengan anak-anak pada hari. Jika diimbas, tahun 1970 an, negeri Terengganu masih lagi berada ditahap negeri miskin. Berkat kesungguhan dan kepimpinan yang terdahulu, Malaysia telah jauh berbeza sepertimana tahun 1970an. Maklumat dihujung jari dan prasana lengkap sehingga didepan rumah. Alangkah bertuahnya mereka yang dilahirkan terutama zaman millineum ini.

Akhir kalam, saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama bersykur diatas rahmat ulantahun kemerdekaan kali ke-53 ini. Doakan agar Malaysia sentiasa aman sentoasa dibawah kepimpinan negara terutama YAB Dato Seri Perdana Menteri. Insya-Allah.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-63577107636058675242010-07-28T19:12:00.004+08:002010-07-28T19:28:46.754+08:00Perpaduan UMNO vs PAS.Salam & Salam 1Malaysia sahabat bloggers sekalian. Saya mohon maaf oleh kerana hampir 3 bulan tidak mengemaskini laman blog ini. Ini kerana, masa yang tidak mengizinkan dan kesibukan dengan tugas. Segala cadangan dan pandangan daripada sahabat-sahabat sekalian, sentiasa diambil perhatian. Adakala pandangan tersebut perlu dikaji dan ada juga perlu diketepikan dahulu.

Oleh demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian yang meluangkan masa melayari blogspot ini.

Isu perpaduan diantara UMNO dan PAS sudah lama dibincangkan. Namun, isu tersebut kadang kala menjadi isu yang tidak releven untuk dibincangkan lagi. Saya bukan membantah atau tidak menyokong isu perpaduan UMNO vs PAS. Secara peribadi, saya sangat-sangat bersetuju sekiranya UMNO vs PAS dapat menjalinkan hubungan yang harmoni demi kemaslahatan sejagat agama, bangsa dan negara.

Seharusnya, saya juga sedih dan terkilan dengan kepimpinan tertinggi PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa, UMNO vs PAS tidak boleh bekerjasama lagi selagi UMNO dapat mengubah dasar yang sedia ada. Ingin saya bertanya, apakah dasar yang UMNO yang perlu ubah?kenapakah PAS boleh bergabung menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat yang mana bekerjasama dengan parti Keadilan dan DAP? kenapa PAS tidak membentuk satu visi dan misi bagi Pakatan Rakyat?

Wahai sahabat PAS. Sedarlah bahawa, UMNO vs PAS merupakan parti politik yang mewakili orang melayu. Cuma berlainan ideologi perjuangan dan dasar. Oleh kerana perbezaan dasar, PAS sanggup memulaukan UMNO dan boleh bekerjasama dengan parti yang tidak mewakili majoriti masyarakat melayu. Saya bukan mewujudkan anti-perkauman dikalangan masyarakat di Malaysia. Saya percaya, masyarakat berbilang kaum menerima baik dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato'Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kebelakangan ini, Mufti Perak Tan Sri Dato'Harussani Zakaria dihamburkan dengan kata-kata kesat dengan gelaran yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang ulama yang ingin melihat UMNO dan PAS bersatu dibawah panji-panji islam. Saya doakan Tan Sri tidak cepat melatah dengan gara-gara mereka yang cetek ilmu tentang agama.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-83541293125825240262010-04-17T08:08:00.004+08:002010-04-17T08:32:10.957+08:00Hulu SelangorSalam Sahabat sekalian.

Pertama-tama sekali, saya mohon maaf diatas kelewatan untuk mengemaskini blog ini diatas kekangan masa dan tidak terluang untuk menulis. Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini sentiasa maklumat atau komen-komen terbaru soal isu semasa.

Saya juga ingin mohon maaf, ramai kalangan sahabat facebook saya mengucap selamat ulangtahun kelahiran saya. Tarikh tersebut tidak tepat, saya lupa untuk mengemaskini. Apa2, saya ucap terima kasih diatas keperihatian sahabat-sahabat kepada saya. Semoga, Allah swt merahmati sahabat-sahabat sekalian.

Saya sekarang berada di Korea, atas lawatan kerja anjuran Pejabat Yayasan Islam, Terengganu. Saya mengucap tahniah kepada calon Barisan Nasional di Parlimen Hulu Selangor yang dipilih mewakili calon bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Walaupun, di kawasan tersebut majoriti adalah pengundi melayu, namun konsep yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah tepat pada masanya. Konsep rukun dan damai serta keharmonia kaum di Malaysia.

Saya juga teruja bilamana melihat PKR meletak calon yang keluar dari UMNO mewakili PKR. Semasa di dalam UMNO, semua perkara adalah baik & betul. Setelah tidak mendapat apa-apa kepentingan di dalam UMNO, UMNO menjadi mangsa fitnah & sebagainya. Inilah yang berlaku kepada pemimpin yang tidak memahami prinsip perjuangan UMNO.

Marilah sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama buktikan bahawa UMNO masih releven untuk mentadbir Malaysia ini. Kita akui, dalam setandang kelapa mustahil tiada yang rosak. Mesti ada yang rosak. Begitu juga dalam UMNO. Bukan semua pemimpin UMNO bermasalah. Jadi, kita tidak harus meletakkan kesilapan 100% kepada UMNO.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-51644449024892363712010-03-17T00:57:00.002+08:002010-03-17T01:21:03.548+08:00Lompat lompat.....BebasAssalamualaikum & Salam 1Malaysia

Saya mohon maaf pada sahabat- sahabat sekali kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman sesawan ini ekoran tugas dan tidak mempunyai masa yang sesuai untuk menulis dalam laman ini. Memang ramai yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan laman ini. Adakah sekadar ada laman blog sahaja?

Tidak sahabat-sahabat sekalian. Kesuntukan masa untuk menulis adalah kekangan yang pertama. Begitu juga, laman facebook. Saya jarang online dan tidak memberi maklum balas. Saya baca segala cadangan dan komen yang diterima serta saya ambil perhatian sekadar tugas yang termaktub sebagai Ahli YB Adun.

Tajuk kali ini, saya ingin mengulas berhubung dengan sejak kebelakangan ini ramai ahli YB khususnya dari kalangan Pakatan Rakyat yang keluar parti dan menjadi bebas. Saya ingat, ini senario yang jarang berlaku di negara kita. Tidak sampai 2 tahun bergelar YB mewakili pembangkang, mereka tidak selesa untuk berada di kerusi tersebut. Adakah kerusi PR adalah kerusi berpuaka?tepuk dada tanya iman masing-masing.

Saya juga terkilan dan kecewa dengan senario yang berlaku. Saya bukan menyokong PR, namun apa yang ingin saya komen berhubung mengapa YB PR keluar parti? itu persoalan yang harus ditanya? Kita masih ingat, DS Anwar pernah mengistiharkan bahawa 16 September 2008, PR akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN. Namun, tarikh tersebut sudah berlalu..DS Mohd Najib Tun Razak masih utuh menjadi Perdana Menteri ke 6. Adakah ini propaganda PR untuk menjatuhkan BN?

Harus diingat bahawa, menjadi pemimpin bukan perkara yang mudah dan diambil ringan. Orang yang tidak berada di kerusi YB mereka akan mengata dan mengencam pelbagai-bagai. Saya akui, saya yang mewakili daripada kerusi Kerajaan tidak terlepas daripada kritikan oleh pihak pembangkang. Segala perancangan yang dibuat oleh Kerajaan adalah tidak betul dan salah. So, sekarang cuba sahabat-sahabat perhatikan di Selangor, Pulau Pinang, kelantan dan Kedah. Apa yang sudah berlaku?adakah ekonomi di ke 4 buah negeri ini semakin maju? yang menjadi jawapan di pihak PR adalah pihak Kerajaan Pusat menganak tirikan.Kesilapan pada diri sendiri tidak dilihat, akan tetapi semua kesalahan diletak 100% kepada kerajaan BN.

Selain daripada itu,kiranya dipihak BN keluar parti. PR dengan bangganya tidak membantah akan perbuatan tersebut. Kiranya PR keluar parti, pelbagai tomahan yang dibuat. Ada yang menfitnah BN memberi YB tersebut. Adakah ini adil? Saya agak kecewa dengan Pesuruhjaya PAS Perak yang membuat solat hajat kepada Ahli Parlimen Bagan Serai agar mengosongkan kerusi tersebut atau apa2 yang berlaku padanya..Ini perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah swt.

Oleh yang demikian, rakyat perlu sedar yang mana intan permata dan yang mana kaca yang tidak berharga. Syukur alhamdulillah, YB dari Kerajaan tidak seperti di pihak PR. Saya tidak salahkan YB yang keluar parti, mungkin dia sudah tidak selesai untuk mewakili rakyat di kerusi pembangkang serta idologi,prinsip dan misi PR yang diperjuang selama ini sudah tersasar jauh dari landasan utama. Ayuh, rakyat sekali. Janganlah PRU 13 nanti, sahabat-sahabat sekalian tersilap sekali lagi memilih.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-50999978758203810152010-01-14T01:27:00.002+08:002010-01-14T01:41:41.548+08:00Selamat Bersara Khas Dato' SUK.Assalamualaikum wrt wbt.

1. Pertama-tama sekali saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat bloggers yang sentiasa mengikuti blog ini. Oleh kerana, hampir beberapa bulan saya tidak mengemaskini informasi yang penting. Saya agak sibuk dengan tugas dan masa yang tidak terluang untuk menulis. Saya juga mengucap terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang melayari blog ini.

2. Tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 & Selamat tahun baru 2010. Semoga kita sama-sama menanam azam yang tinggi semoga kedatangan tahun baru 2010 memberi kebaikan daripada tahun-tahun yang sudah berlalu meninggalkan kita. Tahun 2009 telah meninggalkan kenangan manis dan tidak kurang jugak pahit selaku saya YB (Yang Berkhidmat) kepada rakyat. Dari rakyat saya datang dan kepada rakyat saya serahkan penilaiannya.

3. Saya sedih & terharu dengan persaraan YB Dato' SUK. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bersara. Perkhidmatan yang Dato' taburkan selama ini cukup memberi impak yang besar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Saya kagum dengan ucapan yang beliau ucapkan dan memberi pesanan ikhlas kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk juga kepada saya selaku pengerak jentera Kerajaan. "Setinggi mana pangkat yang kita sandang, jangan lupa orang di bawah kita kerana mereka juga perlu diberi perhatian". Insya-Allah, YB Dato', akan saya abadikan nukilan ikhlas itu. Walaupun, saya tidak berpeluang untuk mengikuti majlis persaraan yang diadakan di Wisma DArul Iman akan tetapi disudut hati saya, saya juga sedih kerana kehilangan sebuah pertama yang bernilai tinggi.

Akhir kata, Khas Buat Dato'SUK.

Jasamu akan dikenang hingga akhir hayat.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-8887447577319177902009-10-12T03:39:00.002+08:002009-10-12T04:18:44.013+08:00Bagan Pinang - Tan Sri IsaSalam.

1. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers yang melayari blog ini. Oleh kerana, saya tidak berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Diharapkan, kalian semua dapat faham tentang tugas yang perlu disegarakan.

2. Dikesempatan ini juga, rasanya tidak terlambat lagi untuk saya mengucap selamat hari raya aidilfitri & Maaf Zahir batin. Semoga, aidilfitri 1430 Hijrah ini memberi semangat & kekuatan kepada kita semua mendekatkan diri kepada Allah swt.

3. Syukur kepada Allah swt, berita yang kita terima semua bahawa pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang,Negeri Sembilan adalah milik BN yang juga bekas Menteri Besar N9, Tan Sri Isa Abd Samad. Semoga, kemenangan ini akan memberi momentum kepada BN untuk berkerja kuat lagi kepada rakyat sepertimana slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Rakyat didahulukan , dan prestasi diutamakan.

4. Walaupun, pembangkang memainkan isu peribadi Tan Sri Isa, pengundi di Dun Bagan Pinang tidak langsung terpengaruh dengan permainan politik sempit pembangkang. Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Isa & BN amnya.

5. Kemenangan Dun Bagang Pinang adalah sokongan moral untuk BN merampas kembali negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat & kerusi yang terlepas kepada pembangkang. Sekiranya slogan 1Malaysia dipratikan oleh semua kepimpinan disemua peringkat. Insya-allah, PRU 13 dan seterusnya kita akan merampas kembali & mempunyai majoriti lebih 2/3.

6. Selain daripada itu, kemenangan Bagang Pinang dengan majoriti besar diharapkan kita semua berasa selesa. Kemenangan besar ini, adalah petanda rakyat sudah menerima kembali BN.

Pikir-pikirkan..YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-27668297019904262222009-09-03T01:07:00.005+08:002009-09-03T01:29:52.114+08:00Salam Kemerdekaan 52, BN / UMNO masih releven?1. Salam al-Mubarak 13 Ramadhan 1430 Hijrah.

2. Kita sekarang berada di fasa kedua bulan ramadhan al-mubarak. Tahun ini, negara cukup bertuah kerana menyambut ulang tahun kemerdekaan pada bulan ramadhan al-mubarak yang penuh dengan keberkatan. Semoga, ALlah swt limpahkan rahmat keamaan yang berkekalan kepada rakyat Malaysia.

3. Negara mencapai 52 tahun. Mungkin, dari segi usia kemerdekaan. Ianya berada setengah abad @ suku abad pertama. Bermakna, UMNO/BN telah membawa kemajuan kepada rakyat selama 52 tahun. Insya-allah, kalau dipanjangkan umur kita akan menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 pada 2012 / 2013. Itu semua bergantung kepada keputusan YAB Perdana Menteri selaku Ketua Nahkoda negara yang berhak membubarkan dewan Parlimen.

4. Apa yang menjadi tanda tanya saya, adakah BN/UMNO masih boleh mengekalkan kerajaan yang dipimpin selama 52 tahun ? kalau dari segi pemerhatian secara kasar, UMNO/BN berada dalam keadaan tidak selesa. 50/50. Mungkin lebih rendah daripada itu. Kalau dilihat kepada pilihanraya kecil yang dijalankan, UMNO/BN tidak berjaya merampas kerusi yang dimenangi pembangkang dan kerusi yang dimenangi UMNO terlepas kepada pembangkang. Saya khuatir bahwa sekiranya diadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar UMNO/BN menjadi pembangkang di Malaysia. Tiada lagi intergriti pada UMNO.

5. Banyak sejarah kerajaan yang tumbang setelah 50 tahun memerintah. walhal, dalam tempoh 50 tahun pertama, kerajaan yang memerintah banyak membuat pembangunan dari segi ekonomi, infrastktur,modal insan dan lain-lain. Namun, jasa 50 tahun tersebut seolah-olah tidak dihargai oleh rakyatnya. Terbaru parti LDP di Jepun tumbang menyembah ke bumi setelah berkuasa selama 54 tahun. Saya takut, nasib yang akan menimpa kepada UMNO/BN. Saya doakan, agar Allah swt limpahkan rahmat kepada UMNO/BN memerintah negara Malaysia.-Insya-allah.

6. Tapi, nasib masa depan pilihanraya 13 kita tidak boleh tentukan. Cuma Allah swt sahaja yang maha mengetahui & bijaksana. PRU 12 yang lalu, negeri yang tidak pernah terlepas kepada Pembangkang seperti Selangor & Perak jatuh menyembah ke bumi. Memang tidak disangka-sangka berlaku.

7. Cuma apa yang harus dilakukan oleh UMNO/BN, bermula daripada saat ini hendaklah mencari formula yang tepat untuk mencari jalan penyelesaian untuk rakyat menyokong kembali UMNO/BN. Pilihlah pemimpin yang berkaliber, berpendidikan tinggi + agama, amanah & jujur dalam segala aspek. Insya-allah, rakyat akan mendampingi kita kembali.

8. Selain daripada itu, kepimpinan atasan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan hati sendiri. Bersatu & dengar pandangan dari semua lapisan masyarakat & kepimpinan. Pergolakan yang berlaku harus disegerakan selesai. Bukan sampai bertahun-tahun bermasalah, hampir dengan pilihanraya baru masing-masing sibuk untuk berdamai. Ibarat perpatah melayu, nasi sudah menjadi bubur.

9. Isu pergolakan kepimpinan UMNO Tganu, semoga kepimpinan atas menggunakan pendekatan yang inovatif & kreatif untuk selesaikan masalah. Saya amat bimbang & PRU 13, Tganu akan tumbang sekali lagi sepertimana pada tahun 1999 yang lalu. Pemulihan kepimpinan harus disegarakan secepat mungkin sebelum ianya menjadi kanser / barah yang sukar dipulih.

Salam kemerdekaan 52 tahun.
Ust Muhammad Ramli Hj NuhYB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-75233085082622222402009-08-27T00:48:00.002+08:002009-08-27T01:06:37.478+08:00Lompat PKR- YA ?1. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

2. The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa sebilangan ahli dewan undangan negeri Terengganu yang mewakili UMNO akan melompat atau menyeberang kepada PKR.Adakah Ya atau tidak?

3. Saya ingin menafikan sekeras-keras khabar angin yang bertiup kencang itu. Saya dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah berbincang, bertemu atau bersua muka untuk melompat parti terutama kepada parti PKR. Ini merupakan fitnah yang cukup besar bagi melemahkan semangat kami dari parti UMNO & satu tektik untuk menjatuhkan reputasi UMNO Terengganu.

4. Makluman semua, tiada sebab musabah untuk kami menyeberang kepada PKR. Saya akan bersama dengan UMNO selagi mana perjuangan kepada agama,bangsa & negara terus diperjuangkan. Oleh yang demikian, rakyat Terengganu tidak harus mendengar khabar angin tersebut. Itu adalah satu khabar angin.

5. Saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang yang ingin tahu status kemelut kepincangan UMNO Terengganu & kelesuan persidangan yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2009. Cuma, apa yang boleh saya perkatakan bahawa, kemelut tersebut masih berlaku & mungkin ada usaha pemulihan dilakukan.

6. Kemelut kepimpinan ini bukan mudah diselesaikan kiranya satu pihak sahaja. Ianya perlu hadir daripada kedua-dua belah pihak. Memang perjumpaan lepas berlaku diantara kami dengan YB serta ketua-ketua Bahagian. Namun, pertemuan tersebut sekadar boleh dikatakan melepaskan batuk ditangga. Pada pertemuan tersebut, kita sudah menyuarakan segala kepincangan yang berlaku, namun setakat ini dipihak kepimpinan atasan tidak nampak usaha atau mengkaji pertemuan yang dibuat sebelum-sebelum ini. Saya berpendapat, terutama kepimpinan tertinggi harus melihat & meneliti luahan serta komen yang telah disuarakan oleh kami terhadap kemelut tersebut.

7. Pada persidangan yang berlangsung dua hari lepas, saya sendiri tidak mengambil bahagian untuk sesi perbahasan. Ini kerana, tiada apa yang maklumat atau persoalan yang ingin saya bahaskan. Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan atau berpendirian kerajaan negeri dalam dewan sedangkan kita pun tiada maklumat.

8. Saya berharap, kepimpinan Atasan terutama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengkaji semula berkaitan dengan kemelut yang berlaku.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-7425154040890688372009-08-25T20:47:00.004+08:002009-08-26T02:37:24.229+08:00Keputusan Sudah Dijangka-jangka-Permatang Pasir1. Salam Ramadhan buat sekalian umat islam.

2. Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir sudah dijangka-jangka. PAS akan memenangi pilihanraya tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut ketika Anwar Ibrahim berada di dalam BN, adalah kubu kuat BN. Tetapi, setelah Anwar dipecat daripada UMNO. Penduduk di kawasan tersebut terikut-ikut angin perubahan yang dibuat oleh Anwar menyokong pembangkang sehingga ke hari ini.

3. Walaubagaimanapun, saya mengucap syabas kerana calon BN Rohaizat bertungkus lumus dan berkerja kuat untuk meraih sokongan penduduk. Insya-allah, ada hikmat disebalik kekalahan tersebut.

4. Kita masih ingat, Tun Dr Mahathir pernah menanggis kerana mengenangkan bangsa Melayu yang sentiasa lupa & mudah lupa. Kawasan Permatang Pasir merupakan majoriti orang melayu. Saya bukan nak berbicara hal keburukan kepada bangsa saya sendiri, hakikatnya Melayu Mudah Lupa.

5. Cuba pengundi Permatang Pasir imbas kembali,berkaitan dengan isu kampung buah Pala. Penduduk di kg Buah Pala terpaksa menyelesaikan masalah sendiri tanpa dibantu oleh wakil rakyat PKR,DAP & PAS. Sedangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat seharusnya turun padang membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Bukannya membiarkan rakyat menanggis, merayu, membantah seorang diri tanpa pembelaan daripada kerajaan yang memerintah yang selama ini mendakwa Pakatan Rakyat mesra rakyat. Saya merasakan orang melayu selesa dengan kerajaan Pulau Pinang sekarang. Tepuk dada, tanya iman.

6. Walaupun, saya agak kecewa dengan kekalahan di Permatang Pasir. Namun menerima dengan hati terbuka & menghormati undi yang diberikan oleh rakyat. Saya juga berpendapat, rakyat di Permatang Pasir tidak mahu perubahan dan selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Saya merasakan bahawa, kerajaan pusat tidak perlu menyalurkan pembangunan atau apa-apa pembangunan di Permatang Pasir dan sekitarnya.

7. Saya juga merayu kepada ahli UMNO/BN, janganlah prejudis masa depan anak bangsa kita. Tersilap langkah, kita yang membinasakan masa depan generasi akan datang. Selain daripada itu, janganlah cepat melatah & membuat keputusan terburu-buru dengan melompat parti lain sedangkan parti yang dilompat tidak memberi apa-apa faedah kepada nya. Oleh kerana marah pada seseorang individu, kita sanggup melompat parti.

8. Saya berharap juga, kepimpinan UMNO/BN peringkat atasan agar lebih mesra dengan rakyat & cuba menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa membiarkan ianya menjadi tertangguh-tangguh. Dengarlah rintihan rakyat, keluhan rakyat disamping cuba menyegerakan masalah. Kepada ahli YB, jangan merasakan selesa berada di kerusi YB, setiap 5 tahun sekali rakyat akan memberi penilaian. Apa yang diharapkan, bilamana penilaian yang diberikan oleh rakyat, rakyat menilaian dengan baik tanpa prejudis. Selepas pilihanraya, bukan masa YB tidur & mengejar harta kekayaan & kroni2. Tetapi, masa yang harus bekerja keras untuk rakyat.

9. Ambillah pengajaran daripada pilihanraya kecil yang lepas-lepas, bilamana berlaku pilihanraya kecil. Kerajaan mula berjanji untuk menjadikan anak emas bila menang, dijanjikan dengan projek dan sebagainya. Masa tersebut bukan sesuai lagi. Sepatutnya, kerajaan sepatutnya mengkaji & meneliti seblm daripada itu. Limpahan pembangunan harus disamaratakan antara kawasan.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-12914448889287263382009-08-24T02:18:00.002+08:002009-08-24T02:45:05.632+08:00Marhaban Ya Ramadhan1. Saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ramadhan merupakan bulan yang mulia disisi Allah swt. Di dalamnya mempunyai satu malam, yakni Malam Lailatul-Qadar. Marilah sama-sama kita rebut peluang bonus yang diberikan oleh Allah swt kepada umat Nabi Muhammad SAW.

2. Saya juga mengucap terima kasih diatas maklumbalas berkaitan dengan artikel yang lepas berkaitan dengan "Konsep 1Malaysia". Ada maklumbalas yang diterima secara positif dan ada juga berbentuk negatif. Namun, saya sebagai manusia biasa menerima dengan hati terbuka segala pandangan, kritikan serta komen. Apa yang diperkatakan, adalah terbaik untuk kita semua.-Insya-allah. Saya berharap, pihak-pihak tertentu jangan mengambil kesempatan diatas tajuk tersebut.

3. Saya terkejut & terkilan dengan pengumuman Adun Lunas, YB Muhd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada masa yang sesuai untuk lapisan masyarakat menilai sendiri apa hala tuju, misi & visi perjuangan PKR. Alasan yang diberikan oleh YB Lunas, PKR menyimpang dari perjuangan asalnya. Memang itu yang selalu diperkatakan oleh UMNO / BN. PKR bukan berjuangan diatas kepentingan rakyat, tetapi berjuang diatas individu tertentu. Sudah ramai kepimpinan PKR keluar parti oleh kerana tidak tahan dengan penipuan & helah yang berlaku dikalangan anggota PKR.

4. Sejak penubuhan PKR semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum. PKR ditubuh setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Presiden UMNO. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri ketika itu, Ybhg Tun Mahathir Mohammad. Kalangan orang kuat Anwar Ibrahim berjuang dengan membuat reformasi jalanan & menubuh satu parti baru iaitu Keadilan Rakyat. Ketika itu, ramai rakyat tertipu & simpati dengan Anwar yang mendakwa Tun Mahathir zalim dsbnya. Pelbagai kejian, hinaan, makian dibuat terhadap Tun. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun, rakyat sudah boleh menerima tindakan Tun Mahathir.

5. Selain daripada itu, Saudara Ezam Mohd Noor juga bertindak keluar daripada PKR & seterusnya kembali kepada pangkuan UMNO. Selama ini, PKR menuduh kalangan UMNO mementingan kroni & puak2 tertentu. Sekarang, PKR sendiri mengamalkan amalan kroni dsbnya. Saya berharap, rakyat Malaysia buka lah mata seluas-luas dengan isu tersebut. Saya doakan agar rakyat Malaysia tidak sekali lagi tertipu dengan helah yang dimainkan oleh parti pembangkang.

6. Sudah sampai masa, UMNO melihat kepincangan dalam pakatan rakyat untuk dijadikan iktibar & mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan rakyat, mesra dengan rakyat dan mengambil tahu hal rakyat. Diharapkan kepimpinan atasan UMNO sentiasa mendengar keluahan, rintihan, suara serta pandangan rakyat. Tiada tempat lagi rakyat untuk mengadu. Nak mengharapkan kepada PR, jauh sekali. Kepada UMNO lah tempat yang diharapkan walaupun cemuhan, kejian & hinaan.

7. Saya berharap didalam UMNO tiada lagi konsep KRONI dan sewaktunya. Berilah layan sama rata dikalangan masyarakat samada rakyat diperingkat bawahan, sederhana ataupun golongan profesional. Janganlah pilih yang sebulu atau kroni2 sahaja untuk diberi pertolongan atau sebagainya. UMNO/BN adalah parti rakyat. Bukan golongan tertentu sahaja. Insya-allah, sekiranya konsep MESRA RAKYAT, YB & Kepimpinan sentiasa turun padang mendengar luahan rakyat, PRU 13. Saya yakin BN boleh mencapai kejayaan yang membanggakan. Semua negeri dibawah PR boleh kembali kepada BN. Percayalah...rakyat sebenarnya masih sayang kepada BN, tetapi berkecil hati dengan segelintir pemimpin yang kurang mesra dengan rakyat. Oleh kerana itu, PRU 12 meraka merajuk dengan memakah PR. Insya-allah, PRU akan datang mereka akan kembali kepada pangkuan UMNO/BN.

"Salam Ramadhan 1430'
Ust Muhammad Ramli Nuh
-Adun Tepuh-YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-60561805479104348152009-08-19T00:51:00.003+08:002009-08-19T01:28:47.333+08:00Konsep 1Malaysia Perlu Jelas1. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Nahkoda Malaysia masih kabur & kurang jelas. Masih ada dipihak akar umbi masih tertanya-tanya, apa itu konsep yang sebenar konsep 1Malaysia. Adakah ianya sekadar slogan? atau pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru.

2. Kita masih ingat, Tun Abdullah mempunyai slogan yang tersendiri semasa mengambil alih kuasa daripada Tun Mahathir. "Cemerlang,Gemilang & Terbilang". Selain daripada itu, konsep "Islam Hadari" juga diperkenalkan walaupun ianya dilabel sebagai islam sesat oleh sesetengah pihak yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan. Namun, konsep tersebut sedikit sebanyak memberi kefahaman apa hala tuju Islam Hadari. Walaupun, dipihak kerajaan BN memberi penerangan berkaitan konsep tersebut, akan tetapi pihak pembangkang masih menuduh islam hadari sebagai islam rekaan & sesat. Inilah, sifat & sikap semulajadi pihak pembangkang.

3. Berbalik kepada konsep 1Malaysia, saya sendiri kurang jelas apa hala tuju sebenar konsep tersebut. Saya berharap, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan tidak mengadai hak keistimewaan bangsa melayu & Bumiputera sabah & Sarawak. Saya melihat, konsep 1Malaysia belum sampai ke tahap yang diharapkan. Sebagai contoh berkaitan PPSMI yang dimansuhkan baru-baru ini. Sepatutnya, kerajaan mengambil inisiatif baru untuk memperkenalkan semula pengajaran & pembelajaan matematik & sains di dalam Bahasa Melayu. Bukannya berbalik kepada asal, bangsa cina mengajar dalam bahasa cina & bangsa india belaja dalam bahasa india. Ini sudah lari daripada konsep 1Malaysia. Kita cuba lihat, di Negara Indonesia, rakyat indonesia hidup dalam berbilang bangsa & agama. Akan tetapi, bahasa pertuturannya adalah bahasa Indonesia. Tiada bahasa selain daripada bahasa indonesia. Di Malaysia, saya merasakan ianya tidak sampai lagi ke tahap 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

4. Selain daripada itu, hak bangsa melayu tidak harus dipertikaikan. Bangsa-bangsa lain harus menghormati apa yang terkandung didalam perlembangaan Malaysia. Hari ini, dalam kalangan bangsa kita sendiri masih yg kabur dengan hala tuju 1Malaysia. Ada yang risau bilamana konsep 1Malaysia diperkenalkan, maka segala keistimewaan bangsa malayu dihapuskan & diberi layanan kesamarataan dengan bangsa-bangsa yang lain. Saya pernah ditanya oleh rakyat & kenalan berkaitan dengan konsep 1Malaysia, tetapi saya cuba menjawab diatas kapasiti sebagai wakil rakyat & melihat contoh konsep negara indonesia. Saya tidak tahu, objektif & visi yang sebanar konsep 1Malaysia yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-48058161334391470562009-08-18T02:03:00.002+08:002009-08-18T02:19:09.242+08:00Kepimpinan UMNO Perlu BerubahAssalamualaikum wrt wbt & Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu, saya memohon banyak-banyak kemaafan oleh kerana hampir sebulan setengah tidak mengemaskini blog ini. Ini kerana, kesibukan tugas untuk mengambil masa menulis coretan dalam blog ini. Semoga tulisan kali ini, dapat membuka balik inspirasi baru untuk saya menulis & kalian semua dapat membaca serta memberi cadangan sekiranya ada.

2. Cuma, kali ini saya ingin membawa isu mungkin yang agak penting berkaitan dengan kepimpinan dalam UMNO sama ada diperingkat akar umbi mahu pun tertinggi perlu berubah. Umum ketahui bahawa, perjuangan UMNO masih suci, bersih & masih releven. Namun, didalam suci terselit kekotoran & kesilapan yang dicipta oleh mereka-mereka yang berjuangan diatas dasar kepentingan peribadi.

3. Sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa ada dikalangan orang kuat UMNO sendiri merasa kecewa dengan perjuangan asal. Mungkin, tiada ruang untuk mereka bersuara atau tidak mendapat habuan daripada perjuangan di dalam UMNO. Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

4. Apa kekecewaan yang tersemat dalam hati saya kali ini adalah berhubung dengan kepimpinan UMNO. Kepimpinan UMNO masih menggunakan pendekatan cara yang lama & tidak menghiraukan isyarat atau dengan kata lain "singal" yang telah diberikan oleh akar umbi mahu pun golongan diatas pagar. Sebagai contoh, keluhan demi keluhan berhubung dengan 'conflict' dalam parti atau teguran ahli cerdik pandai. Bagi saya, kepimpinan atasan perlu duduk dengar apa perkara yang sebenarnya2 berlaku & cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bukan menyelesaikan sekadar melepaskan batuk ditangga.

5. Saya minta maaf, kiranya kepimpinan atasan melihat pandangan ini adalah teguran yang boleh memberi kesan kepada UMNO. Tapi, hakikatnya ianya terbaik untuk UMNO kembali menawan balik hati rakyat yang terguris terutama PRU 12 yang lalu. Ayuh, cubalah kepimpinan atasan mencari jalan yang terbaik untuk menghapuskan conflict dalam parti dengan cara berhemat & mendatangkan hasil yang terbaik demi kebaikan semua agama, bangsa & negara.

6. Saya memang tidak layak untuk bercakap berhubung dengan ini oleh kerana saya sendiri Ahli YB biasa. Namun, saya bercakap diatas dasar sayangkan perjuangan UMNO sejak penubuhan sehinggalah sekarang.

Sekian..YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-64440184314946038232009-06-24T18:49:00.002+08:002009-06-24T18:53:54.605+08:00Facebook AkaunSalam.

Saya ingin maklumkan bahawa, saya ada mempunyai akaun facebook. Sehubungan dengan itu, saya tidak dapat memberi maklumat yang lengkap tentang peribadi saya oleh kerana keselamatan. Justeru itu, diharapkan saudara / saudari tidak ragu-ragu dengan akaun tersebut.

Artikel Terkini Berita Harian

SINGAPURA: Syarikat kawalan dan keselamatan IT, Sophos, hari ini memberi amaran kepada pengguna internet supaya tidak memasukkan maklumat peribadi mereka di internet kerana ia boleh digunakan pihak lain untuk penipuan identiti.

Amaran Sophos itu dibuat selepas laman web rangkaian sosial popular Facebook didapati mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam mengakses maklumat sensitif profil mengenai mana-mana laman yang mempunyai lebih 200 juta pengguna itu.

Dalam satu kenyataan, Sophos berkata, data seperti tarikh lahir, tempat lahir, jantina, anggota keluarga, status hubungan dan pandangan politik serta agama boleh diguna untuk melakukan penipuan identiti.

Pencipta blog, FBHive.com, mendapati hanya melalui godaman yang mudah boleh menunjukkan semua yang disenarai dalam panel "Maklumat Asas" ahli Facebook, walaupun maklumat itu disembunyikan oleh pengguna dengan mewujudkan keselamatan laman web.

Menggunakan kelemahan keselamatan, FBHive boleh mengakses maklumat peribadi mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg; Pengasas Digg, Kevin Rose dan bloger terkenal, Cory Doctorow, kata Sophos.

Bagaimanapun, ia berkata, kekurangan itu kini diperbaiki oleh Facebook, tetapi tidak diketahui sama ada penggodam sudah menggunakan maklumat yang didedah oleh kelemahan keselamatan itu untuk tujuan jenayah.

Syarikat IT menasihatkan adalah lebih baik pengguna internet untuk tidak meletakkan maklumat peribadi mereka dalam internet. - BernamaYB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-55313422258712974382009-06-19T02:30:00.004+08:002009-06-20T02:07:16.613+08:00Melayu + Islam = PerpaduanHasrat Presiden PAS & Timbalannya berkaitan dengan muzakarah atau dengan kata lain berbincang berkaitan soal perpaduan dikalangan masyarakat terutama sesama parti melayu iaitu UMNO + PAS disalah ertikan oleh sesetengah pihak terutama dalam kepimpinan PAS sendiri. Pelbagai andaian, komen serta kritikan terbuka dibuat oleh kepimpinan PAS berkaitan soal perpaduan.

Bagi pandangan peribadi saya, saya melihat Presiden PAS merasakan sudah tiba masanya kedua2 parti 100% yang mewakili orang melayu perlu duduk semeja dan berbincang tentang nasib bangsa melayu & islam sebagai agama yang dianuti. Oleh kerana, kita sendiri sedia makluman, orang melayu + islam jauh ketinggalan kebelakang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Ini ditegaskan bahawa, perjumpaan kedua2 sayap kanan parti UMNO + PAS bukan bermakna untuk menafikan hak-hak bangsa lain. Cuma,perbincangan tersebut sedikit sebanyak untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalah yang berlaku kepada orang melayu.

Saya sarankan bahawa, kepimpinan PAS sama ada diperingkat Pusat & negeri bersetuju dengan hasrat murni ketua mereka yang memberi kebaikan kepada kedua2 parti. Kita akui, sekiranya keikhlasan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak, Insya-allah saya yakin ianya akan membawa hasil & memberi kekuatan kepada orang melayu untuk terus berjuang demi kepentingan bangsa,agama & negara.

Adalah tidak adil Nik Aziz melemparkan tuduhan melulu terhadap Timbalan Presiden PAS & seolah-olah UMNO adalah parti yg rakus dan pelbagai negatif yang dipikirkan. UMNO sama seperti PAS. Tindakan Nasaruddin Mat Isa terhadap isu perpaduan ini tidak harus diambil remeh oleh kerana ianya melibatkan bangsa & agama islam itu sendiri. Orang melayu hari ini memang berpecah oleh kerana perbezaan ideologi & perbezaan pendapat. Malah ada diantaranya memutus tali silaturahim gara-gara berlainan logo & warna. Perkara tersebut tidak harus berlaku sama sekali. Islam tidak membezakan darjat, pangkat,keturunan,warna kulit dan sebagainya, tetapi Allah swt menilai seseorang hambanya terhadap sikap taqwa yang ada padanya.Marilah kita bermuhasabah diri kita sejauh mana ketaatan kita kepada pada nya & kasih sayang yang ada dalam diri kita sesama muslim.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-75496888527041576002009-06-16T17:21:00.005+08:002009-06-18T23:51:36.508+08:00Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Perpecahan?Isu kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS pada muktamar lepas telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Keikhlasan yang disuarakan oleh Presiden PAS menjadi kecaman beberapa pemimpin dalaman PAS termasuk Nik Aziz sendiri. Kenyataan Nik Aziz menyelar anggota PAS yang menyokong idea untuk berunding dengan UMNO sebagai "boneka UMNO". Malah, ianya menjadi isu perdebatan hangat dalam media masa sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Sebenarnya, UMNO tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan kerajaan perpaduan atau perbincangan dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Malah menerima siapa sahaja atau idea daripada mana-mana pihak yang ingin berbincang dengan UMNO/BN demi perpaduan ummah terutama kepada bangsa melayu & islam yang semakin hari dilihat berlaku perpecahan di dalam masyarakat ekoran perbezaan ideologi & fahaman sempit politik masing-masing.

Bagi UMNO, sesuatu yang baik akan diterima dengan hati yang terbuka. Kita semua perlu sedar bahawa, perpecahan dikalangan orang-orang melayu inilah yang akan menyebabkan bangsa kita mundur dan ketinggalan jauh kebelakang daripada bangsa yang lain.Kita perlu ingat, keamanan, kedamaian & kenikmatan yang kita rasai selama ini tidak akan kekal selama-lamanya, kira ianya tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Saya tidak anti pada mana-mana bangsa lain. Tetapi, Allah swt banyak berfirman di dalam al-Quran yang mana orang-orang kafir tidak akan bersetuju dengan agama islam walau baik sekali mana pun kepada kita. Kita bukan bermusuh dengan orang kafir @ bukan islam, akan tetapi perlu beringat-ingat akan firman Allah swt di dalam al-Quran itu jelas sekali akan berlaku. Jangan sesekali kita mengadai bangsa & agama semata-mata kepentingan peribadi atau politik sempit masing-masing.

Soal kerajaan perpaduan sepatutnya tidak menjadi isu atau masalah bagi PAS untuk berbincang atau duduk semeja dengan UMNO. UMNO adalah bangsa melayu & menganut agama islam. Manakala PAS adalah bangsa melayu juga & menganut agama islam. Kedua-dua parti politik datangnya dari rumpun yang sama & agama yang sama. Cuma bezanya adalah dari segi dasar & ideologi masing-masing. Adakah selama ini UMNO membawa ajaran islam yang sesat? Adakah selama ini UMNO tidak memberi apa-apa kepada orang melayu & islam? Jangan disebabkan nilai setitik, habis susu satu belangga.

Saya berdoa agar kepimpinan PAS terbuka hati dan demi pertunjuk oleh Allah swt berkaitan dengan keikhlasan & keterbukaan oleh Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS dalam soal perbincangan serta muzakarah dengan UMNO.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-53952370150403824652009-06-10T16:16:00.000+08:002009-06-10T16:17:19.044+08:00Muzakarah UMNO vs PASSaya mengucap tahniah kepada pucuk pimpinan PAS yang baru setelah pemilihan anggota tertinggi PAS pada muktamar lepas. Semoga, dengan kepimpinan yang baru ini akan memberi sinar yang baru kepada PAS.

1. Pertama-tama sekali, saya bersetuju dengan cadangan Presiden PAS untuk mengadakan muzakarah dengan kepimpinan UMNO. Bagi pandangan peribadi, muzakrah tersebut harus dilakukan dengan secepat mungkin bagi mencari jalan penyelesaian bagi kedua-dua parti melayu di Malaysia. Selain daripada itu, perbincangan tersebut harus berlandaskan kepada syariat islam yang berkehendakan segala perbezaan fahaman & idelogi hendaklah kembali kepada kitabullah & sunatullah.

2. Rasulullah saw bersabda " aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh kepadanya iaitu Al-Quran & Al-sunnah. Oleh yang demikian, haruslah kedua-dua kepimpinan parti sama ada dari PAS mahupun UMNO kembali kepada jalan yang dianjurkan oleh islam.

3. Haruslah kedua-dua parti tidak bersifat ego & sombong dalam soal ini. Saya tidak menyatakan PAS adalah salah & UMNO adalah betul begitu juga sebaliknya. Bagi saya, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua.

4. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS tidak harus mengenakan apa-apa syarat untuk bermuzakarah. Sebaliknya menetapkan tarikh & masa yang sesuai untuk mengadakannya. Selain itu, isi kandungan semasa muzakarah haruslah memberi manfaat bersama demi Islam & melayu. Kita sedar bhawa, selama ini kita sentiasa jauh terpesong daripada landasan yang betul. Sememangnya, dengan kepimpinan baru dalam bagi kedua-dua pihak, ini masa yang sesuai untuk dibahaskan dan dibincangkan.

5. PAS tidak harus berprasangka buruk terhdap keikhlasan & kejujuran UMNO yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Kita akui, perbezaan fahaman & ideologi parti yang menyebabkan bangsa melayu berpecah belah sehingga dikalangan masyarakat kita saling tidak menghormati satu sama lain. Ingatlah bahawa, Islam melarang keras perbuatan sedemikian & haruslah kembali kepada landasan yang dianjurkan oleh Islam. Kita tidak dilarang sama sekali mempunyai perbezaan pendapat & ideologi, namum perbezaan tersebut tidak menyebabkan umatnya berpecah belah. Ini mendorong kepada musuh-musuh islam untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan yang ada.

6. Justeru, demi kebaikan semua pihak, saya berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah. Kepada YB Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS serta anggota tertinggi PAS sedarkan akan kepentingan muzakarah ini. Gunakanlah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid & Tan Sri Muhiyidin Yassin.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-16373315801787529922009-06-08T17:03:00.002+08:002009-06-08T17:12:54.317+08:00Facebook-LaunchingSalam.

Saya ingin maklum, saya ada membuka akaun facebook sebagai landasan antara saya dengan rakyat, orang perseorangan dan lain-lain untuk berhubung terus dengan saya melalui alam maya ini. Saya berharap, ianya memberi manfaat kepada saya & anda semua. Anda boleh add sy sebagai kawan dengan mencari menggunakan email saya iaitu aduntepuh@gmail.com.

Sekian, terima kasih.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-84184424612059865072009-06-07T21:14:00.002+08:002009-06-07T21:40:16.657+08:00Daulat Tuanku - YDP Sultan Mizan Zainal Abidin1. Pertama-tama sekali saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Daulat Tuaku" ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDP Tuanku Mizan Zainal & Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah semperna ulang tahun keputeraan baginda pada 6 Jun. Semoga Allah swt sentiasa merahmati baginda berdua.

2. Baginda bertitah agar rakyat Malaysia tidak mengira bangsa & agama supaya menghayati konsep 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid Tun Razak. Ternyata konsep tersebut menarik perhatian Tuanku agar rakyat Malaysia hidup saling bermuafakat & harmoni diantara satu sama lain.

3. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana Malaysia bebas daripada segala sifat & kekacauan seperti mana yang berlaku di negara jiran atau negara-negara yang lain. Ketidakstabilan politik, ekonomi yang menyebabkan sesebuah negara mengalami masalah sedemikian. Akn tetapi, unik di Malaysia kita saling hidup dalam suasana muhibah diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain & berlainan agama. Inilah konsep yang sukar utk dilihat selain di Malaysia.

4. Namun, konsep murni yang diperkenalkan oleh PM selalu disalahtafsirkan oleh mereka-meraka yang berkepentingan politik sempit & mencari jalanan untuk mengagalkan konsep tersebut. Kita juga mendengar desas desus yang menyatakan konsep tersebut akan mengadaikan maruah & keistimewaan bangsa melayu. Amat malang sekali, mereka yang cetek pengetahuan akan konsep tersebut membuat apa sahaja demi agenda mereka tercapai. Perdana Menteri telah menegaskan bahawa, beliau tidak akan mengubah perlembagaan & hak keistimewaan orang-orang melayu yang termaktub di dalam perlembagaan.

5. Kita masih ingat, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep "Islam Hadari". Pihak-pihak tertentu telah menggunakan istilah tersebut sebagai modal untuk menghentam konsep tersebut. Ada yang menyatakan bekas Perdana Menteri memperkenalkan "islam baru". Walhal konsep tersebut telah banyak diterangkan melalui media massa, elekronik dan sebagainya. Tiada pengubahan di dalam konsep islam hadari. Segala isi kandungan islam tidak diubah sepertimana pihak-pihak yang berkepentingan. Sedarlah kita, bahwa setiap konsep yang diperkenalkan itu telah dikaji & diteliti sebelum ianya dilancarkan.

6. Konsep islam hadari juga mendapat pengiktirafan daripada negara-negara islam yang lain. Ada yang ingin menjadikan Malaysia sebagai "role model" bagi negara meraka. Amat sedih sekali, segelintir rakyat malaysia yang berfikiran politik sempit tidak mengiktiraf konsep tersebut.

7. Saya berharap, rakyat Malaysia amnya & khususnya rakyat negeri Terengganu agar tidak terpengaruh dengan kritikan & propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan konsep tersebut. Marilah kita sama-sama menghayati konsep tersebut demi kesejahteraan hidup yang bersama.

***YB Ust Muhammad Ramli Hj Nuh***YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-3465342771824895142009-06-02T21:31:00.002+08:002009-06-02T22:47:18.319+08:00Bogeyman - Dr Khir Toyo1. Sekalung tahniah buat YB Mansor Othman yang dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru sekaligus menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 tidak beberapa hari lagi. Walaupun,BN tidak meletak calon pada pilihanraya kecil dun penanti. Namun, isu yang dimainkan oleh pihak lawan terutama PR cukup menghairankan. Apa kena dengan PR?

2. Saya bersetuju dengan YB Dato'Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan istilah PR sebagai "Bogeyman". Istilah tersebut amat sesuai dan tepat bilamana saya sendiri perhalusi definisi disebalik "bogeyman" yang dibuat oleh beliau. Segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN semuanya dikatakan salah & tidak betul.

3. Adakah sepanjang negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, BN tidak memberi apa2 manfaat kepada rakyat? adakah segala kemajuan yang dibuat oleh BN tidak mendatangkan faedah kepada rakyat? kita sedar bahawa terdapat segelintir dikalangan kita yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan yang ada pada BN. Akan tetapi, terdapat juga diantara kita yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt & berterima kasih kepada BN diatas kemajuan yang dicapai selama ini. Tidak cukup dengan itu, ramai rakyat asing seperti indonesia, pakistan, bangladesh, nepal dsbnya datang ke Malaysia semata-mata sama ada secara betul ataupun secara haram untuk mencari rizki bagi menyara hidup ekoran di negara mereka tidak ada peluang seperti di Malaysia. Adakah kita bersyukur dengan menjadi warganegara Malaysia?sedarlah wahai sekalian, jangan kita menanggis bilamana nikmat yang ada sekarang ditarik balik oleh Allah swt. Nazubillah. Dimana kita mahu pergi?Siapa yang sudi membantu kita?Adakah kita mempunyai pertalian saudara-mara di negara lain?tepuk dada tanya iman.

4. Saya berharap, PR harus sedar akan keamanan yang dikecapi hari ini adalah usaha yang dibuat oleh BN & tidak harus digadai begitu sahaja demi kepentingan politik sempit masing-masing. Selepas PRU 12 yang lalu, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengungkit perasaan perkauman dikalangan rakyat Malaysia agar BN dipersalahkan. Tidak adil rasanya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil penanti yang lalu walaupun BN tidak meletakkan calon namun dalam ceramah yang dibuat ,BN adalah menjadi sasaran utama untuk menyalahkan dalam pelbagai aspek. Sepatutnya, mereka menerangkan kepada rakyat bahawa dasar-dasar meraka yang akan dibuat & bukannya mencari kesalahan orang apabila mereka tidak mampu mentadbir dengan baik negeri yang dikuasai.

5. Kemerosotan undi yang diperolehi oleh YB Mansor Othman daripada PKR menandakan bahawa rakyat di Dun Penanti sudah cukup meluat & menyampah akan agenda yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah pergolakan dalaman mereka. Saya percaya bahawa, tindakan YAB Dato'Seri Mohd Najid & kepimpinan BN membuat ketetapan untuk tidak meletakkan calon dun penanti yang lalu adalah tindakan yang tepat & betul. Memang kedengaran suara-suara yang menyatakan bahawa, BN takut untuk meletakkan calon dan mendakwa akan kalah. Kalah & menang adalah realiti yang harus diterima. Kita sentiasa mengiktiraf SPR menjalankan tugas dengan baik,efisien dsbnya semasa samada pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Sebaliknya, PR tidak akan mengiktirafkan kiranya kemenangan tersebut berpihak kepada BN & iktiraf kiranya berpihak kepadanya. Inilah politik yang diamalkan oleh PR. Tidak pernah bersyukur diatas apa kemajuan & kemakmuran yang dibuat oleh BN.

6. Cukup kelakar pilihanraya dun penanti, sebelum ini PR akan menahan bas yang masuk ke kawasan pilihanraya serta mendakwa membawa pengundi hantu. Sebaliknya di dun penanti agak pelik, PR menahan bas untuk tidak keluar dari kawasan pilihanraya yng mendakwa BN menganjur lawatan kepada pengundi di dun penanti untuk mengelak daripada pergi membuang undi. Inilah sikap yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat. Sebab itulah, apabila desas desus BN tidak akan meletakkan calon. Kepimpinan PR sudah gelisah & tektik yang dibuatnya tidak menjadi. Inilah gimik & sandiwara politik sempit PR yang hanya menyusahkan rakyat. Makluman semua, SPR terpaksa membelanja sejumlah RM 40,000 untuk mengurus pilihanraya tersebut. Sebab itulah, BN tidak mahu terlibat dalam pembaziran tersebut.Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya pada pilihhanraya umum 13 nanti.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-52078841497921282902009-05-16T23:14:00.003+08:002009-05-16T23:35:59.592+08:00Selamat Hari GuruSalam.

1. Saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat menyambut hari guru pada 16 Mei 2009 yang disambut di seluruh negara pada hari ini. Terima kasih juga kepada kerajaan pusat yang memberi kepercayaan kepada negeri Terengganu menjadi tuan rumah bagi sambutan majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu. Sambutan tersebut amat meriah disamping lanskap taman tamadun islam yang menjadi kebangaan seluruh rakyat negeri Terengganu.

2. Umum mengetahui bahawa, guru banyak berjaya kepada nusa dan bangsa. Tanpa guru, tidak akan lahir manusia yang berilmu & berpengetahuan tinggi. Saya tertarik dengan sajak yang ditulis oleh Allayarham Usman Awang salah satu rangkap didalam sajaknya, Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.(1979)

3. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dibangku sekolah rendah sehingga ke menara gading. Tanpa guru, saya tidak berada seperti sekarang. sewaktu dizaman persekolah saya, guru ibaratkan sebagai ibu & bapa yang kedua. Tidak pernah jemu mengajar & mendidik agar apa yang diajar difahami. Guru bukan sahaja mengajar tentang ilmu fardu kifayah seperti ilmu hisab, geografi, sejarah dsbnya akan tetapi sentiasa menekan aspek2 keislaman & akhlak yang mulia.

4. Tapi di zaman sekarang, profesian perguruan telah disalah tafsir oleh segelintir mereka2 yang berkehendakan jawatan & wang ringgit. Profesian perguruan bukan lahir daripada minat & sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa sepertimana guru2 di zaman awal 60 an - 80 an. Ada yang memilih bidang perguruan disebabkan desakan keluarga, payah untuk mendapatkan kerja, kurang sesuai dengan bidang yang diceburi dan sebagainya. Maka , akan lahirlah guru yang tidak faham akan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan. Apabila kita mengimbas kembali perjuangan pemimpin terdahulu, ramai pejuang-pejuang yang lahir daripada seorang guru. Saya berharap, kepada guru-guru yang muda jangan jadikan gaji sebagai asas untuk berada didalam perguruan. Tanamkan semangat & azam untuk mendidik anak bangsa & sanggup berkorban apa sahaja seperti pepatah melayu " Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan malam".

5. Akhir, saya juga mengucap tahniah kepada Y.Bhg Dato' Abd Rahim Tahir ( bekas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu ) yang merupakan salah seorang tokoh yang dipilih menerima anugerah guru pada tahun 2009.

5.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-32480797664784844492009-04-29T18:03:00.001+08:002009-04-29T18:05:17.959+08:00PBPUT - DS HishamuddinSalam.

1. Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden UMNO diatas perlantikan DS Hishamuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu (PBPUT) yang baru setelah kemelut demi kemelut UMNO Terengganu. Saya yakin tindakan Presiden UMNO adalah tindakan yang tepat dan bijaksana bagi memulihkan kemelut kepimpinan UMNO Terengganu kembali pulih. Tetapi, persoalan yang bermain difikiran anggota pucuk pimpinan parti iaitu " Adakah dikalangan pemimpin UMNO Terengganu tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut?" tepuk dada, tanya iman. Saya tidak mahu mengulas lebih panjang berkaitan tersebut. Saya menerima pengumuman tersebut dengan hati terbuka dan menghormati keputusan yang dibuat oleh jemaah MT UMNO yang bersidang pada jumaat lepas.

2. Saya secara peribadi berharap, DS Hishamuddin dapat menyegerakan perancangan bagi menyelesaikan kemelut dalaman kepimpinan UMNO Terengganu agar UMNO Terengganu kembali kuat dan bersatu selepas 1 tahun mengalami kemelut yang tidak kesudahan. Walau apa2 pun, setiap anggota kepimpinan UMNO agar bersatu padu demi perpaduan parti. Yang lebih penting, perjuangan parti harus diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi masing-masing. Saya juga diajukan soalan berkaitan dengan kepimpinan MB sekarang. Cuma, saya tidak ada idea untuk memberi komen dan berserah kepada penilaian masing-masing. Saya tidak layak untuk memberi komen berkaitan soalan sedemikian.

3. Selain daripada itu, kita semua sedar bahawa kemelut dalaman parti yang menyebabkan Parlimen Kuala Terengganu terlepas kepada PAS pada Jan 2009 yang lalu. Allayarham Dato Razali Ismail telah meletakkan asal yang kukuh sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Rata-rata rakyat dikawasan Allahyarham sama ada dari kalangan UMNO mahu pun PAS berpuas hati dengan khidmat Allahyarham. UMNO Terengganu kehilangan permata yang cukup bernilai kepada rakyat mahu pun kepimpinan dalam UMNO. Semoga, akan lahir dari kalangan kepimpinan UMNO sekarang seperti Allahyarham.

4. Kemelut dalaman kepimpinan UMNO Terengganu telah dijadikan modal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menggunakan media elektronik seperti blog, laman-laman web dan sebagainya. Selain daripada itu, ceramah demi ceramah dibuat bagi mengelirukan rakyat Terengganu terhadap kemelut ini. Saya ingin tegaskan bahawa, kemelut ini tidak menjejaskan pentadbiran di pejabat-pejabat kerajaan. Kemelut ini adalah kemelut dalaman parti dan tidak melibatkan kepentingan rakyat sejagat. Ibarat pepatah melayu, sedangkan lidah lagi tergigit.

5. Selain daripada itu, pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan seperti sedia kala. Tidak ada sebarang masalah. Cuma, saya melahirkan rasa kekesalan dariapda laporan dalam media arus pembangkang yang sering kali mengaitkan kemelut UMNO Terengganu sebagai isu yang besar & perlu dibubarkan dewan undangan negeri.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-21700804350515073032009-04-23T20:26:00.002+08:002009-04-23T20:49:52.711+08:004 Bulan Berlalu.Salam.

Hampir 4 bulan kewujudan blog ini.Saya berterima kasih ke atas semua komen yang negatif dan positif. Sudah lumrah alam, kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Semuanya saya ambil sebagai panduan dan pedoman di masa akan datang.Ada yang sekadar melayari sekadar hanya membaca dan membuat kesimpulan di meja2 kopi dan pelbagai. Ada yang melayari dan membuat komen kadang-kadang cukup sukar untuk diterima saya sebagai seorang hamba Allah yang kerdil.Namun ini adalah hakikat ahli politik. Rakan baik pun boleh menjadi seteru politik apabila kita tiada kuasa. Kawan yang senang mudah dicari tetapi kawan yang sanggup bersama sama ada ketika susah dan senang amat sukar dicari.

Persidangan yang lepas, beberapa YB dari pembangkang tidak henti-henti mengungkit bekas Menteri Besar Terengganu dan memuji MB yang baru. Inilah sikap dan sifat kepimpinan pembangkang yang suka mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku. Kejayaan Terengganu 20004 - 2008 amat sukar diterima oleh pembangkang. Sebabnya 1999 - 2004, Pembangkang pernah mentadbir Terengganu. Namun, sepanjang pemerintahannya tiada apa pembangunan yang dibuat. Apa yang dibuat hanya juara menganjurkan "ceramah politik".Memang mudah untuk kita membuat kesimpulan dan mengkritik sesuatu kejayaan yang dibuat. Kerana mengkritik lebih mudah dari melaksanakan sesuatu pekerjaan apatah lagi mencatat kejayaan. Jika amat mudah mencari kelemahan seseorang oleh kerana tiada manusia yang sempurna.

Orang tidak akan pandang kiranya kejayaan yang kita buat. Malah, kita akan dituduh,dilabel dengan pelbagai tomahan, fitnah, cercaan dengan kejayaan yang dimiliki. Seperti yang kita ketahui, Terengganu berjaya melaksanakan program pintar al-Quran, Pusat Pintar, Taman Tamadun Islam, Menganjurkan Piala Monsun Cup dan banyak lagi pembangunan yang dibuat sehinggakan Terengganu bukan sahaja tersohor di Malaysia malah di peringkat Antarabangsa. Tetapi, malangnya kejayaan yang dicapai dikritik hebat oleh pembangkang. Kalau difikirkan, sepanjang 4 tahun pembangkang mentadbir tiada satu pun program yang dibuat untuk menaikkan nama Terengganu.

Fikir-fikirkanlah...YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-954202091439474289.post-915011360202749402009-04-22T14:13:00.002+08:002009-04-22T14:24:19.172+08:00Benar atau PalsuSalam.

Terima kasih kepada kalian semua yang melayari blog ini. Syukur alhamdulillah berkat izin Allah swt, saya dapat diberi peluang oleh Allah swt untuk menulis dan memberi informasi yang terkini lebih-lebih lagi dengan kemelut yang terbaru melanda kepimpinan UMNO Terengganu dan Pentadbiran Terengganu.

Kita sedia maklum bahawa, ekoran sms ugutan kepada tiga sahabat saya. Kes ini berlarutan satu demi satu. Mungkin, ini adalah hikmat yang sangat besar disebalik ujian Allah swt untuk memperbetulkan keadaan yang sebenar bukan sahaja di peringkat Terengganu malah peringkat tertinggi. Insya-allah, dalam masa terdekat kita sama-samalah berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Apa yang ingin saya nyatakan bahawa, rakyat Terengganu samada warga UMNO, pemerhati, orang awam dan lain-lain agar tidak mudah percaya gembar gembur yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kadang-kadang berita yang diulas tidak tepat dan banyak rekaan. Bilamana kita melihat kepada malaysiakini.com, banyak berita kurang tepat dan adanya yang ditokok tambah. Diharapkan, semua usah percaya dengan berita2 yang ingin menaguk di air yang keruh.

MAkluman semua, kepimpinan Terengganu tidak berpecah sepertimana yang dilaporkan oleh laman-laman blog dan pembangkang. Cuma, kita tidak menafikan ada perbezaan pendapat terhadap kemelut yang berlaku.

Sekian.YB Ust Muhammad Ramli Bin Haji Nuhhttp://www.blogger.com/profile/03868066346448114078noreply@blogger.com0