Friday, January 30, 2009

UMNO Masih Releven

Salam bloggers dan kalian semua.

Saya mengambil kesempatan untuk mengulas mengenai artikel dari utusan melayu online yang berkaitan dengan kenyataan seperti berikut :-

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

UMNO /BN masih parti yang releven dan diterima oleh rakyat. Kekalahan pada pilihanraya kecil P36 yang lalu bukan bermakna rakyat menolak 100%. Majoriti 2000 tidak menunjukkan parti khususnya UMNO adalah parti yang didakwa oleh Nik Aziz sebagai pokok yang mati. Dato Wan Farid mendapat undi 30 000 dan Abd Wahid Endut mendapat 32 000. So bermakna, tiada perbezaan yang sangat ketara. Rakyat Malaysia ada lagi yang masih berterima kasih kepada perjuangan BN/UMNO sejak ditubuhkan.

Sebagai ahli politik, jangan kita sesekali mendabik dada akan kemenangan yang lalu. Mungkin kemenangan yang dinikmati hari ini ada sebagai ujian dan dugaan dariapada Allah swt. UMNO adalah parti yang matang dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Pengalaman demi pengalaman yang dihadapi, tetapi masalah tetap diselesaikan. Sebagai contoh, krisis tahun 1999. Hampir seluruh negara kepimpinan UMNO dan Ahli UMNO tersentap dengan pelucutan jawatan Anwar Ibrahim. Terengganu jatuh ke tangan PAS disebabkan oleh isu pemecatan dan simpati terhadap tersebut.

PAS adalah ibarat parti keluk klek. Tiada berpendirian dan setiap masa berubah2 mengikut isu-isu semasa. Pada masa lepas, kepimpinan PAS sanggup mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MIC,MCA,GERAKAN dsbnya. Tetapi hari ni, PAS sanggup menerima DAP dan bekerjsama dengannya oleh kerana agenda politik. Ini sikap dan sifat PAS dari dulu sampai sekarang. Saya amat2 sedih dengan misi dan visi PAS saban hari berubah-ubah. Bila mana isu hudud diungkit, puak2 PAs akan menuduh kerajaan BN/UMNO tidak lulus untuk laksanakan hukum. Isu hukum hudud selalu menjadi agenda dan menjadi modal pada ceramah2nya untuk menarik hati rakyat yang sebenarnya dia sendiri tidak mampu untuk laksanakan. Sebagai contoh di Terengganu, rakyat terengganu memberi peluang kepada PAS yang mana dalam manifesto tahun 1999 antara lain ingin melaksanakan hukum hudud. Tetapi, sampai 2004, tiada dilaksanakan. Inilah pembohongan yang nyata. Apa yang PAS buat selama 4 tahun adalah menghapuskan tol di jabatan Sultan Mahmud. Itu sahaja antara manifesto yang ditunaikan.

Saya berharap, rakyat pikirlah semasak2 akan agenda PAS yang menggunakan pelbagai helah dan tipu untuk memancing undi dalam pilihanraya. Usah terpedaya dengan agendannya.


6 comments:

  1. Salam Ustaz,
    Kalau lah ustaz dalam parti kita menulis maka yang lain lain menasabah jadi punah.
    Saya adalah mangsa betapa Umno sudah relevan, ustaz berjaya mengislahkan umno atau umno berjaya mengislahkan Ustaz.
    Tolong nasihat kawan2 dalam umno jangan sanggup jual maklumat parti dengan wang ringgit tapi tak sanggup tunai janji dengan saya...akhirnya mereka sanggup jual maklumat parti kepada saya lalu saya dedahkan di
    http://bnkterengganu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. UMNO releven atau tidak ahli2 UMNO sendiri yang akan tentukan...


    UMNO releven jika kembali ke perjuangan asal...

    Jika itu berlaku... Mungkin PKR akan jadi seperti S46...



    Tapi jika sebaliknya.... Jawapan sudah ada :-)






























    Jangan Potong Q :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Sindrom Mat Salleh Celup
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Suara generasi Baru
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com

    assalamulaikum ustaz...
    selamat bersua dan selamat berkenalan...

    ustaz- ulaskan perkembangan semasa di terengganu dan setempak ..dan perkembangan semasa negara

    ReplyDelete
  4. Salam ustaz,

    Tahniah atas kejayaan membina blog sendiri,ini akan memberi lebih ruang untuk ustaz berkomunikasi dgn rakyat dan menjelaskan isu semasa sekali gus menjawab segala tohmahan dan angan2 PR. Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  5. pas memang terkenal sbg parti yang lalang ar senang cite..masalah UMNO dengan pimpinannya yang nyata tak tetap pendirian...insyaAllah, akan menjadi lebih baik setelah orang tu kuar...

    ReplyDelete
  6. Salam YB,
    Memang betul PAS menang majority cuma 2000, tapi PAS menang dengan sokongan kuat pengundi muda, walaupun pengundi cina masih lagi bersama BN tapi org2 muda telah memberi kemenangan kepada PAS berbanding P/R mac 2008. Masa depan PAS cukup cerah utk menawan T’ganu. Cuba lihat statistic ini:
    1. Tambahan 2 juta org pengundi baru (golongan muda) layak utk mengundi dlm P/R ke 13, dan ramai lagi dijangka mendaftar - kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
    2. 95% pengundi muda mengundi Pakatan Rakyat dalam PRK Permatang Pauh.
    I think you will be on the wrong side of history jika sesuatu tidak dilakukan menjelang PR 13 nanti. Sepatutnya seorg ustaz macam YB berada dalam PAS bukan UMNO... apa yg diharapkan drp sebuah parti yg corrupt dan dipenuhi oleh manusia2 yg berkepentingan diri melebihi pejuangan membela rakyat. Memang betul PAS mempunyai sejarah tersendiri yg kurang elok dan kelemahan dan kesilapan dimasa lalu ... tapi sekarang hanya PAS parti org melayu Islam yg berjuang atas dasar Islam... kebanyakan NGO2 dan gerakan2 Islam didlm dan diluar negara menyokong perjuangan ini ... mengapa mereka tidak menyokong UMNO? Ustaz fikirlah dgn dada yg lapang sebagai seorg yg memahami erti perjuangan Islam yg sebenar.... waAllaahu A’lam

    Zaki - Bukan ahli PAS or PKR

    ReplyDelete