Friday, January 30, 2009

Terima kasih.

Terima kasih kepada kalian yang sudi melayari blog saya ini. Saya mohon maaf kerana kurang kemaskini blog ekoran sibuk dengan tugas dan ke kawasan. Pertama-pertama saya bersyukur kerana kalian sudi menjadikan blog ini salah satu altenatif kepada maklumat yang ingin saya sampaikan.

Saya juga mengalu-alukan, rakyat di kawasan yang saya wakili, Dun tepuh untuk mendapat informasi yang tepat, memberi cadangan dan komen yang membina. Sesungguhnya, saya berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Pertama, saya ingin ucap tahniah di atas kemenangan YB En Abd Wahid Endut di atas kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang mewakili PAS. Sesungguhnya amanah yang besar perlu dijalankan. Juga, kepada sahabat saya , Ybhg Dato'Wan Farid Wan Salleh. Jangan kecewa, Insya-allah, akan datang kita akan rampas kembali kerusi P36.

Kedua , saya ingin memberi komen berkaitan dengan Adun Bota, Perak yang keluar dari UMNO. Sesungguhnya, boleh dikatakan sepanjang berada di dalam UMNO serta telah menikmati segala nikmat. Saya tidak bersetuju, beliau menggunakan tiket bertanding sebagai YB di kawasan Dun Bota, bila mana menang dan merasakan UMNO mengalami krisis beliau memberi pelbagai alasan keluar dan menyertai PKR. Amat tidak adil bagi rakyat yang mengundi BN bilamana beliau keluar. Saya beranggapan perlu meletak jawatan agar diadakan pilihanraya kecil.


1 comment:

  1. orang yang kalah tu n ternyata d tolak tu tak payahlah bawa masuk balik...nasihatkan sahabat ustaz supaya muhasabah diri apa yang dia buat kepada arwah..arwah orang yang baik..sanggup dia buat arwah sebegitu rupa...sampai pengundi pun meluat dengan dia..saya lagi jahat orangnya tapi tak menjatuhkan orang yang baik sedemikian rupa...berharap perkara ini tidak terjadi lagi pada masa akan datang demi alif ba ta...

    ReplyDelete