Monday, January 19, 2009

Selamat Datang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang.

Saya dengan rendah diri selaku YB Kawasan Tepuh ingin mengucap selamat melayari blog saya ini. Blog ini sedikit sebanyak adalah untuk memberi peluang kepada rakyat bukan sahaja di kawasan yang saya wakili tetapi seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Saya akui, saya adalah "hamba kepada rakyat" dan mempunyai tanggungjawab menjaga kawasan tetapi saya cuba melakukan dengan terbaik dan berdoa kepada Allah swt agar diberi hidayah serta pertunjukkan yang berpanjangan darinya.

Hampir 2 penggal saya mewakili dun Tepuh, pelbagai isu dan permasalah rakyat telah saya utarakan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Dato'Ahmad Said dan pernah dibawah Mantan Menteri Besar YB Dato'Seri Idris Jusoh.Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat di kawasan dun Tepuh kerana memberi kepercayaan kepada saya selaku YB untuk mewakili seluruhnya. Saya akan pikul dengan penuh tanggungjawab dan bantuan daripada jawatankuasa di setiap kampung dan cawangan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berganding bahu dan tenaga demi membangunkan modal insan bukan sahaja dikalangan rakyat tempatan tetapi seluruh rakyat Malaysia. Saya berharap, dengan arus teknologi maklumat ini, saya dapat salurkan maklumat dengan betul dan tepat. Saya juga berharap, rakyat di kawasan yang saya wakili usah mendengar tomahan, khianat serta fitnah yang bukan-bukan terhadap kepimpinan Negeri serta saya sendiri. Oleh itu, selidikilah maklumat agar kita tidak terjerumus dalam kebinasaan serta merugikan.

Akhir kata, saya dengan penuh takzimnya mengucap selamat melayari dan berkongsi pandangan , cadangan serta komen yang membina agar yang kurang dapat ditambah dan yang elok sama-sama kita nikmati. Sekian.


YB Ust Hj Muhammad Ramli B Hj Nuh
Ahli Dewangan Undangan Negeri
Kawasan Dun Tepuh.
Feb 2004- Mac 2008
Mac 2008 - Sekarang

1 comment:

  1. guana YB 12 hari doh ning dok kang dok update,
    org buat blog kita buat blog...tapi malas update.....komang ah gining, munasabah YB dato' Deris kata "CAP AYAM"

    ReplyDelete