Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum & 1Malaysia.

16 Mei setiap tahun, kita rakyat Malaysia tidak pernah lupa akan tarikh keramat tersebut. Merupakan hari yang diistiharkan sebagai "sambutan hari guru". Dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru pada tahun 2011. Makluman semua, saya kini berada di Moroco bagi menyiapkan satu lagi siri program Syahadah yang akan disiarkan di tv1 pada bulan ramadhan yang bakal tiba nanti. Kelapangan waktu rehat ini, saya penuhi dengan menulis serba sedikit blog saya yang sudah lama ditinggalkan.

Kerjaya sebagai guru bukanlah kerjaya yang mudah. Memang kita melihat bahawa, tugas sebagai guru hanya separuh hari sahaja. Tetapi, description tugasnya adalah sangat berat. Tugas seorang guru bukan hanya mengajar sahaja, tetapi ianya meliputi soal pembentukan sahsiah seseorang pelajar dan sebagai ibubapa nombor 2 kepada pelajar. Memang tidak dinafikan bahawa, kerjaya guru di masa sekarang adalah terhad bukan seperti di zaman 1970an dahulu. Kerjaya tersebut sukar diminati dan payah untuk mencari individu yang layak menjadi guru.

Selain daripada itu juga, kerjaya guru di zaman 1970an berbeza dengan sekarang. Begitu juga dengan pelajar dan ibubapa. Dahulu, ibubapa menyerah 100% kuasa kepada guru untuk membentuk sahsiah anak-anak. Rotan dan hukuman menjadi perkara biasa di dalam pengajaran dahulu. Guru tidak akan memukul murid-murid sesuka hati sekiranya murid-murid tidak melakukan kesalahan. Begitu juga sebaliknya. Murid-murid takut ingin mengadu kepada ibubapa dengan hukuman yang dikenakan oleh guru kepadanya. Dikhuatiri ibubapa akan menambah lagi kepada anak-anak. Selain itu juga, pelajar-pelajar dahulu sangat menghormati guru dan sanjung. Tetapi, berbeza sekarang. Lihatlah kebelakangan ini, ada segelintir pelajar menumbuk guru, mengugut guru, memukul guru dan sebagainya. Dimana lagi sikap dan budi bahasa pelajar sekarang.

Ingatlah bahawa, tanpa guru. Kita tidak mengenal huruf dan pandai membaca. Janganlah kita sombong dengan kejayaan yang dicapai. Ini kerana, kejayaan tersebut bermula daripada seorang guru. Saya berbangga dengan kerjaya seorang guru lebih-lebih lagi mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga demi mendidik anak-anak bangsa. Guru diibarat sebagai satu batang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Insya-Allah, balasan yang hebat kepada guru yang ikhlas, jujur, amanah demi kejayaan orang lan.

Akhir kata, sekali lagi. Saya mengucapkan selamat hari guru khsusnya kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih cikgu.

-M Ramli Nuh-

Sunday, May 15, 2011

Ulangtahun UMNO 65

Assalamualaikum wrt wbt

Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada para sahabat bloggers sekalian oleh kerana saya tidak dapat mengemaskini laman blog saya ini sudah hampir 8 bulan. Ini adalah kesibukan dan kesuntukan masa berada di kawasan dan di luar kawasan.

Dikesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke-65 tahun. Kalau diikutkan bahawa, usia UMNO sudah lebih separuh abab kematangan umur seseorang manusia.

Syukur, Alhamdulillah kita berada di bumi bertuah ini Malaysia yang aman damai dan hidup dalam rukun dan damai menikmati segala kenikmatan yang Allah swt kurniakan melalui pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan tunjangnya adalah UMNO. UMNO merupakan parti yang ditubuhkan oleh orang melayu bagi mewakili bangsa melayu di tanah melayu.

Ironinya, ramai diantara tidak sedar bahawa. Segala kenikmatan yang kita kecapi hari ini adalah usaha keras pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu.Saya akui bahawa, saya juga dilahirkan bukan di dalam zaman darurat dan bukan dizaman penjajahan Jepun. Saya dilahirkan semasa ekonomi tanah melayu hampir berkembang. Alhamdulillah, berkat usaha tersebut, UMNO banyak berjasa kepada saya dengan memberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, saya masih lagi tertanya-tanya, macam mana untuk saya membalas jasa yang UMNO berikan kepada saya dan generasi saya?

Namun, diatas kesedaran tersebut. Saya akan cuba membalas balik segala UMNO berikan kepada saya semampu yang boleh. Marilah para sahabat sekalian, muhasabah kepada diri sendiri, apa jasa kita kepada UMNO? jangan kita tanya apa jasa UMNO pada kita. Memang tidak dinafikan bahawa, dengan kudrat yang kita ada ini, kita tidak mampu untuk membalas apa yang UMNO lakukan kepada kita semua. Malah, kewujudan PAS,PKR,DAP dan lain-lain parti politik adalah daripada usaha yang UMNO lakukan.

Kalau membaca kepada sejarah, bukan mudah penubuhan UMNO. Segala rintangan,halangan, dugaan dan kepayahan UMNO lalui. Oleh itu, kita sebagai generasi yang dilahirkan selepas penubuhan UMNO haruslah berterima kasih atas segala jasa-jasa yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tanpa UMNO, saya tidak tahu agaknya macam mana.

Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun UMNO ke 65.

Hidup UMNO!

Salam Takzim,
-Muhammad Ramli Nuh-