Tuesday, August 31, 2010

Salam Ramadhan & Salam Kemerdekaan

Assalamualaikum wrt wbt

Pertama-tama sekali, saya ingin mengucap selamat menempuh di bulan Ramadhan 1431 Hijrah yang mulia ini. Walaupun, sudah hampir penghujung bulan ramadhan rasanya tidak terlewat lagi bagi saya untuk mengucap selamat berpuasa dan meningkatkan amal ibadah sepanjang kehadiran bulan ramadhan ini. Sama-samalah kita memanfaatkan kedatangan tetamu Allah ini dengan semaxsimun yang mulia. Kita belum tahu, Ramadhan yang akan datang kita dapat berjumpa lagi.

Sykurlah Alhamdulillah, hari ini kita sekali lagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang kita cintai dan sayangi kali ke 53 tahun. Tahun ini, kita menyambut ulangtahun kemerdekaan dibulan Ramadhan yang mulia. Ini adalah pertanda, bahawa ulangtahun kemerdekaan kita jatuh pada bulan yang mulia. Walaupun, tiada perarakan seperti sebelum-sebelum ini, namun kita tetap menyambutnya.

Setiap tahun, apabila tiba tarikh keramat 31 Ogos. Seluruh rakyat Malaysia baik di dalam atau di luar negara akan mengimbas kembali bahawa. Negara diistiharkan bebas daripada penjajah dan merdeka. Justeru itu, sejauh manakah generasi hari ini dapat rasa syukur oleh kerana Malaysia sudah merdeka dan bebas dari kongkongan penjajah. Kita sedar bahawa, dikalangan generasi hari ini tidak merasakan kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh Alhamarhum Datuk & Nenek kita sebelum negara mencapai tarikh keramat 31 Ogos. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ekonomi negara tidak berkembang dan kita perlu akur akan tuntutan penjajah terhadap kita. Orang melayu hanya mewarisi pekerjaan mengikut hireaki kekeluargaan. Kiranya ayah dan ibu sebagai petani, maka anak-anak akan mewarisi sebagai petani. walaupun potensi anak lebih daripada itu. Prasarana tidak mencukupi.

Saya sendiri lahir selepas negera sudah mencapai kemerdekaan. Walaupun, saya tidak melalui detik-detik kepayahan dan keperitan sperti ayah dan ibu serta nenek moyang. Namun, saya juga datang dari keluarga yang sederhana jika dibandingkan dengan anak-anak pada hari. Jika diimbas, tahun 1970 an, negeri Terengganu masih lagi berada ditahap negeri miskin. Berkat kesungguhan dan kepimpinan yang terdahulu, Malaysia telah jauh berbeza sepertimana tahun 1970an. Maklumat dihujung jari dan prasana lengkap sehingga didepan rumah. Alangkah bertuahnya mereka yang dilahirkan terutama zaman millineum ini.

Akhir kalam, saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama bersykur diatas rahmat ulantahun kemerdekaan kali ke-53 ini. Doakan agar Malaysia sentiasa aman sentoasa dibawah kepimpinan negara terutama YAB Dato Seri Perdana Menteri. Insya-Allah.