Thursday, September 3, 2009

Salam Kemerdekaan 52, BN / UMNO masih releven?

1. Salam al-Mubarak 13 Ramadhan 1430 Hijrah.

2. Kita sekarang berada di fasa kedua bulan ramadhan al-mubarak. Tahun ini, negara cukup bertuah kerana menyambut ulang tahun kemerdekaan pada bulan ramadhan al-mubarak yang penuh dengan keberkatan. Semoga, ALlah swt limpahkan rahmat keamaan yang berkekalan kepada rakyat Malaysia.

3. Negara mencapai 52 tahun. Mungkin, dari segi usia kemerdekaan. Ianya berada setengah abad @ suku abad pertama. Bermakna, UMNO/BN telah membawa kemajuan kepada rakyat selama 52 tahun. Insya-allah, kalau dipanjangkan umur kita akan menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 pada 2012 / 2013. Itu semua bergantung kepada keputusan YAB Perdana Menteri selaku Ketua Nahkoda negara yang berhak membubarkan dewan Parlimen.

4. Apa yang menjadi tanda tanya saya, adakah BN/UMNO masih boleh mengekalkan kerajaan yang dipimpin selama 52 tahun ? kalau dari segi pemerhatian secara kasar, UMNO/BN berada dalam keadaan tidak selesa. 50/50. Mungkin lebih rendah daripada itu. Kalau dilihat kepada pilihanraya kecil yang dijalankan, UMNO/BN tidak berjaya merampas kerusi yang dimenangi pembangkang dan kerusi yang dimenangi UMNO terlepas kepada pembangkang. Saya khuatir bahwa sekiranya diadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar UMNO/BN menjadi pembangkang di Malaysia. Tiada lagi intergriti pada UMNO.

5. Banyak sejarah kerajaan yang tumbang setelah 50 tahun memerintah. walhal, dalam tempoh 50 tahun pertama, kerajaan yang memerintah banyak membuat pembangunan dari segi ekonomi, infrastktur,modal insan dan lain-lain. Namun, jasa 50 tahun tersebut seolah-olah tidak dihargai oleh rakyatnya. Terbaru parti LDP di Jepun tumbang menyembah ke bumi setelah berkuasa selama 54 tahun. Saya takut, nasib yang akan menimpa kepada UMNO/BN. Saya doakan, agar Allah swt limpahkan rahmat kepada UMNO/BN memerintah negara Malaysia.-Insya-allah.

6. Tapi, nasib masa depan pilihanraya 13 kita tidak boleh tentukan. Cuma Allah swt sahaja yang maha mengetahui & bijaksana. PRU 12 yang lalu, negeri yang tidak pernah terlepas kepada Pembangkang seperti Selangor & Perak jatuh menyembah ke bumi. Memang tidak disangka-sangka berlaku.

7. Cuma apa yang harus dilakukan oleh UMNO/BN, bermula daripada saat ini hendaklah mencari formula yang tepat untuk mencari jalan penyelesaian untuk rakyat menyokong kembali UMNO/BN. Pilihlah pemimpin yang berkaliber, berpendidikan tinggi + agama, amanah & jujur dalam segala aspek. Insya-allah, rakyat akan mendampingi kita kembali.

8. Selain daripada itu, kepimpinan atasan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan hati sendiri. Bersatu & dengar pandangan dari semua lapisan masyarakat & kepimpinan. Pergolakan yang berlaku harus disegerakan selesai. Bukan sampai bertahun-tahun bermasalah, hampir dengan pilihanraya baru masing-masing sibuk untuk berdamai. Ibarat perpatah melayu, nasi sudah menjadi bubur.

9. Isu pergolakan kepimpinan UMNO Tganu, semoga kepimpinan atas menggunakan pendekatan yang inovatif & kreatif untuk selesaikan masalah. Saya amat bimbang & PRU 13, Tganu akan tumbang sekali lagi sepertimana pada tahun 1999 yang lalu. Pemulihan kepimpinan harus disegarakan secepat mungkin sebelum ianya menjadi kanser / barah yang sukar dipulih.

Salam kemerdekaan 52 tahun.
Ust Muhammad Ramli Hj Nuh