Thursday, August 27, 2009

Lompat PKR- YA ?

1. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

2. The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa sebilangan ahli dewan undangan negeri Terengganu yang mewakili UMNO akan melompat atau menyeberang kepada PKR.Adakah Ya atau tidak?

3. Saya ingin menafikan sekeras-keras khabar angin yang bertiup kencang itu. Saya dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah berbincang, bertemu atau bersua muka untuk melompat parti terutama kepada parti PKR. Ini merupakan fitnah yang cukup besar bagi melemahkan semangat kami dari parti UMNO & satu tektik untuk menjatuhkan reputasi UMNO Terengganu.

4. Makluman semua, tiada sebab musabah untuk kami menyeberang kepada PKR. Saya akan bersama dengan UMNO selagi mana perjuangan kepada agama,bangsa & negara terus diperjuangkan. Oleh yang demikian, rakyat Terengganu tidak harus mendengar khabar angin tersebut. Itu adalah satu khabar angin.

5. Saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang yang ingin tahu status kemelut kepincangan UMNO Terengganu & kelesuan persidangan yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2009. Cuma, apa yang boleh saya perkatakan bahawa, kemelut tersebut masih berlaku & mungkin ada usaha pemulihan dilakukan.

6. Kemelut kepimpinan ini bukan mudah diselesaikan kiranya satu pihak sahaja. Ianya perlu hadir daripada kedua-dua belah pihak. Memang perjumpaan lepas berlaku diantara kami dengan YB serta ketua-ketua Bahagian. Namun, pertemuan tersebut sekadar boleh dikatakan melepaskan batuk ditangga. Pada pertemuan tersebut, kita sudah menyuarakan segala kepincangan yang berlaku, namun setakat ini dipihak kepimpinan atasan tidak nampak usaha atau mengkaji pertemuan yang dibuat sebelum-sebelum ini. Saya berpendapat, terutama kepimpinan tertinggi harus melihat & meneliti luahan serta komen yang telah disuarakan oleh kami terhadap kemelut tersebut.

7. Pada persidangan yang berlangsung dua hari lepas, saya sendiri tidak mengambil bahagian untuk sesi perbahasan. Ini kerana, tiada apa yang maklumat atau persoalan yang ingin saya bahaskan. Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan atau berpendirian kerajaan negeri dalam dewan sedangkan kita pun tiada maklumat.

8. Saya berharap, kepimpinan Atasan terutama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengkaji semula berkaitan dengan kemelut yang berlaku.

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Sudah Dijangka-jangka-Permatang Pasir

1. Salam Ramadhan buat sekalian umat islam.

2. Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir sudah dijangka-jangka. PAS akan memenangi pilihanraya tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut ketika Anwar Ibrahim berada di dalam BN, adalah kubu kuat BN. Tetapi, setelah Anwar dipecat daripada UMNO. Penduduk di kawasan tersebut terikut-ikut angin perubahan yang dibuat oleh Anwar menyokong pembangkang sehingga ke hari ini.

3. Walaubagaimanapun, saya mengucap syabas kerana calon BN Rohaizat bertungkus lumus dan berkerja kuat untuk meraih sokongan penduduk. Insya-allah, ada hikmat disebalik kekalahan tersebut.

4. Kita masih ingat, Tun Dr Mahathir pernah menanggis kerana mengenangkan bangsa Melayu yang sentiasa lupa & mudah lupa. Kawasan Permatang Pasir merupakan majoriti orang melayu. Saya bukan nak berbicara hal keburukan kepada bangsa saya sendiri, hakikatnya Melayu Mudah Lupa.

5. Cuba pengundi Permatang Pasir imbas kembali,berkaitan dengan isu kampung buah Pala. Penduduk di kg Buah Pala terpaksa menyelesaikan masalah sendiri tanpa dibantu oleh wakil rakyat PKR,DAP & PAS. Sedangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat seharusnya turun padang membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Bukannya membiarkan rakyat menanggis, merayu, membantah seorang diri tanpa pembelaan daripada kerajaan yang memerintah yang selama ini mendakwa Pakatan Rakyat mesra rakyat. Saya merasakan orang melayu selesa dengan kerajaan Pulau Pinang sekarang. Tepuk dada, tanya iman.

6. Walaupun, saya agak kecewa dengan kekalahan di Permatang Pasir. Namun menerima dengan hati terbuka & menghormati undi yang diberikan oleh rakyat. Saya juga berpendapat, rakyat di Permatang Pasir tidak mahu perubahan dan selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Saya merasakan bahawa, kerajaan pusat tidak perlu menyalurkan pembangunan atau apa-apa pembangunan di Permatang Pasir dan sekitarnya.

7. Saya juga merayu kepada ahli UMNO/BN, janganlah prejudis masa depan anak bangsa kita. Tersilap langkah, kita yang membinasakan masa depan generasi akan datang. Selain daripada itu, janganlah cepat melatah & membuat keputusan terburu-buru dengan melompat parti lain sedangkan parti yang dilompat tidak memberi apa-apa faedah kepada nya. Oleh kerana marah pada seseorang individu, kita sanggup melompat parti.

8. Saya berharap juga, kepimpinan UMNO/BN peringkat atasan agar lebih mesra dengan rakyat & cuba menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa membiarkan ianya menjadi tertangguh-tangguh. Dengarlah rintihan rakyat, keluhan rakyat disamping cuba menyegerakan masalah. Kepada ahli YB, jangan merasakan selesa berada di kerusi YB, setiap 5 tahun sekali rakyat akan memberi penilaian. Apa yang diharapkan, bilamana penilaian yang diberikan oleh rakyat, rakyat menilaian dengan baik tanpa prejudis. Selepas pilihanraya, bukan masa YB tidur & mengejar harta kekayaan & kroni2. Tetapi, masa yang harus bekerja keras untuk rakyat.

9. Ambillah pengajaran daripada pilihanraya kecil yang lepas-lepas, bilamana berlaku pilihanraya kecil. Kerajaan mula berjanji untuk menjadikan anak emas bila menang, dijanjikan dengan projek dan sebagainya. Masa tersebut bukan sesuai lagi. Sepatutnya, kerajaan sepatutnya mengkaji & meneliti seblm daripada itu. Limpahan pembangunan harus disamaratakan antara kawasan.

Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

1. Saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ramadhan merupakan bulan yang mulia disisi Allah swt. Di dalamnya mempunyai satu malam, yakni Malam Lailatul-Qadar. Marilah sama-sama kita rebut peluang bonus yang diberikan oleh Allah swt kepada umat Nabi Muhammad SAW.

2. Saya juga mengucap terima kasih diatas maklumbalas berkaitan dengan artikel yang lepas berkaitan dengan "Konsep 1Malaysia". Ada maklumbalas yang diterima secara positif dan ada juga berbentuk negatif. Namun, saya sebagai manusia biasa menerima dengan hati terbuka segala pandangan, kritikan serta komen. Apa yang diperkatakan, adalah terbaik untuk kita semua.-Insya-allah. Saya berharap, pihak-pihak tertentu jangan mengambil kesempatan diatas tajuk tersebut.

3. Saya terkejut & terkilan dengan pengumuman Adun Lunas, YB Muhd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada masa yang sesuai untuk lapisan masyarakat menilai sendiri apa hala tuju, misi & visi perjuangan PKR. Alasan yang diberikan oleh YB Lunas, PKR menyimpang dari perjuangan asalnya. Memang itu yang selalu diperkatakan oleh UMNO / BN. PKR bukan berjuangan diatas kepentingan rakyat, tetapi berjuang diatas individu tertentu. Sudah ramai kepimpinan PKR keluar parti oleh kerana tidak tahan dengan penipuan & helah yang berlaku dikalangan anggota PKR.

4. Sejak penubuhan PKR semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum. PKR ditubuh setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Presiden UMNO. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri ketika itu, Ybhg Tun Mahathir Mohammad. Kalangan orang kuat Anwar Ibrahim berjuang dengan membuat reformasi jalanan & menubuh satu parti baru iaitu Keadilan Rakyat. Ketika itu, ramai rakyat tertipu & simpati dengan Anwar yang mendakwa Tun Mahathir zalim dsbnya. Pelbagai kejian, hinaan, makian dibuat terhadap Tun. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun, rakyat sudah boleh menerima tindakan Tun Mahathir.

5. Selain daripada itu, Saudara Ezam Mohd Noor juga bertindak keluar daripada PKR & seterusnya kembali kepada pangkuan UMNO. Selama ini, PKR menuduh kalangan UMNO mementingan kroni & puak2 tertentu. Sekarang, PKR sendiri mengamalkan amalan kroni dsbnya. Saya berharap, rakyat Malaysia buka lah mata seluas-luas dengan isu tersebut. Saya doakan agar rakyat Malaysia tidak sekali lagi tertipu dengan helah yang dimainkan oleh parti pembangkang.

6. Sudah sampai masa, UMNO melihat kepincangan dalam pakatan rakyat untuk dijadikan iktibar & mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan rakyat, mesra dengan rakyat dan mengambil tahu hal rakyat. Diharapkan kepimpinan atasan UMNO sentiasa mendengar keluahan, rintihan, suara serta pandangan rakyat. Tiada tempat lagi rakyat untuk mengadu. Nak mengharapkan kepada PR, jauh sekali. Kepada UMNO lah tempat yang diharapkan walaupun cemuhan, kejian & hinaan.

7. Saya berharap didalam UMNO tiada lagi konsep KRONI dan sewaktunya. Berilah layan sama rata dikalangan masyarakat samada rakyat diperingkat bawahan, sederhana ataupun golongan profesional. Janganlah pilih yang sebulu atau kroni2 sahaja untuk diberi pertolongan atau sebagainya. UMNO/BN adalah parti rakyat. Bukan golongan tertentu sahaja. Insya-allah, sekiranya konsep MESRA RAKYAT, YB & Kepimpinan sentiasa turun padang mendengar luahan rakyat, PRU 13. Saya yakin BN boleh mencapai kejayaan yang membanggakan. Semua negeri dibawah PR boleh kembali kepada BN. Percayalah...rakyat sebenarnya masih sayang kepada BN, tetapi berkecil hati dengan segelintir pemimpin yang kurang mesra dengan rakyat. Oleh kerana itu, PRU 12 meraka merajuk dengan memakah PR. Insya-allah, PRU akan datang mereka akan kembali kepada pangkuan UMNO/BN.

"Salam Ramadhan 1430'
Ust Muhammad Ramli Nuh
-Adun Tepuh-

Wednesday, August 19, 2009

Konsep 1Malaysia Perlu Jelas

1. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Nahkoda Malaysia masih kabur & kurang jelas. Masih ada dipihak akar umbi masih tertanya-tanya, apa itu konsep yang sebenar konsep 1Malaysia. Adakah ianya sekadar slogan? atau pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru.

2. Kita masih ingat, Tun Abdullah mempunyai slogan yang tersendiri semasa mengambil alih kuasa daripada Tun Mahathir. "Cemerlang,Gemilang & Terbilang". Selain daripada itu, konsep "Islam Hadari" juga diperkenalkan walaupun ianya dilabel sebagai islam sesat oleh sesetengah pihak yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan. Namun, konsep tersebut sedikit sebanyak memberi kefahaman apa hala tuju Islam Hadari. Walaupun, dipihak kerajaan BN memberi penerangan berkaitan konsep tersebut, akan tetapi pihak pembangkang masih menuduh islam hadari sebagai islam rekaan & sesat. Inilah, sifat & sikap semulajadi pihak pembangkang.

3. Berbalik kepada konsep 1Malaysia, saya sendiri kurang jelas apa hala tuju sebenar konsep tersebut. Saya berharap, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan tidak mengadai hak keistimewaan bangsa melayu & Bumiputera sabah & Sarawak. Saya melihat, konsep 1Malaysia belum sampai ke tahap yang diharapkan. Sebagai contoh berkaitan PPSMI yang dimansuhkan baru-baru ini. Sepatutnya, kerajaan mengambil inisiatif baru untuk memperkenalkan semula pengajaran & pembelajaan matematik & sains di dalam Bahasa Melayu. Bukannya berbalik kepada asal, bangsa cina mengajar dalam bahasa cina & bangsa india belaja dalam bahasa india. Ini sudah lari daripada konsep 1Malaysia. Kita cuba lihat, di Negara Indonesia, rakyat indonesia hidup dalam berbilang bangsa & agama. Akan tetapi, bahasa pertuturannya adalah bahasa Indonesia. Tiada bahasa selain daripada bahasa indonesia. Di Malaysia, saya merasakan ianya tidak sampai lagi ke tahap 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

4. Selain daripada itu, hak bangsa melayu tidak harus dipertikaikan. Bangsa-bangsa lain harus menghormati apa yang terkandung didalam perlembangaan Malaysia. Hari ini, dalam kalangan bangsa kita sendiri masih yg kabur dengan hala tuju 1Malaysia. Ada yang risau bilamana konsep 1Malaysia diperkenalkan, maka segala keistimewaan bangsa malayu dihapuskan & diberi layanan kesamarataan dengan bangsa-bangsa yang lain. Saya pernah ditanya oleh rakyat & kenalan berkaitan dengan konsep 1Malaysia, tetapi saya cuba menjawab diatas kapasiti sebagai wakil rakyat & melihat contoh konsep negara indonesia. Saya tidak tahu, objektif & visi yang sebanar konsep 1Malaysia yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri.

Tuesday, August 18, 2009

Kepimpinan UMNO Perlu Berubah

Assalamualaikum wrt wbt & Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu, saya memohon banyak-banyak kemaafan oleh kerana hampir sebulan setengah tidak mengemaskini blog ini. Ini kerana, kesibukan tugas untuk mengambil masa menulis coretan dalam blog ini. Semoga tulisan kali ini, dapat membuka balik inspirasi baru untuk saya menulis & kalian semua dapat membaca serta memberi cadangan sekiranya ada.

2. Cuma, kali ini saya ingin membawa isu mungkin yang agak penting berkaitan dengan kepimpinan dalam UMNO sama ada diperingkat akar umbi mahu pun tertinggi perlu berubah. Umum ketahui bahawa, perjuangan UMNO masih suci, bersih & masih releven. Namun, didalam suci terselit kekotoran & kesilapan yang dicipta oleh mereka-mereka yang berjuangan diatas dasar kepentingan peribadi.

3. Sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa ada dikalangan orang kuat UMNO sendiri merasa kecewa dengan perjuangan asal. Mungkin, tiada ruang untuk mereka bersuara atau tidak mendapat habuan daripada perjuangan di dalam UMNO. Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

4. Apa kekecewaan yang tersemat dalam hati saya kali ini adalah berhubung dengan kepimpinan UMNO. Kepimpinan UMNO masih menggunakan pendekatan cara yang lama & tidak menghiraukan isyarat atau dengan kata lain "singal" yang telah diberikan oleh akar umbi mahu pun golongan diatas pagar. Sebagai contoh, keluhan demi keluhan berhubung dengan 'conflict' dalam parti atau teguran ahli cerdik pandai. Bagi saya, kepimpinan atasan perlu duduk dengar apa perkara yang sebenarnya2 berlaku & cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bukan menyelesaikan sekadar melepaskan batuk ditangga.

5. Saya minta maaf, kiranya kepimpinan atasan melihat pandangan ini adalah teguran yang boleh memberi kesan kepada UMNO. Tapi, hakikatnya ianya terbaik untuk UMNO kembali menawan balik hati rakyat yang terguris terutama PRU 12 yang lalu. Ayuh, cubalah kepimpinan atasan mencari jalan yang terbaik untuk menghapuskan conflict dalam parti dengan cara berhemat & mendatangkan hasil yang terbaik demi kebaikan semua agama, bangsa & negara.

6. Saya memang tidak layak untuk bercakap berhubung dengan ini oleh kerana saya sendiri Ahli YB biasa. Namun, saya bercakap diatas dasar sayangkan perjuangan UMNO sejak penubuhan sehinggalah sekarang.

Sekian..