Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Salam.

1. Saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat menyambut hari guru pada 16 Mei 2009 yang disambut di seluruh negara pada hari ini. Terima kasih juga kepada kerajaan pusat yang memberi kepercayaan kepada negeri Terengganu menjadi tuan rumah bagi sambutan majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu. Sambutan tersebut amat meriah disamping lanskap taman tamadun islam yang menjadi kebangaan seluruh rakyat negeri Terengganu.

2. Umum mengetahui bahawa, guru banyak berjaya kepada nusa dan bangsa. Tanpa guru, tidak akan lahir manusia yang berilmu & berpengetahuan tinggi. Saya tertarik dengan sajak yang ditulis oleh Allayarham Usman Awang salah satu rangkap didalam sajaknya, Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.(1979)

3. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dibangku sekolah rendah sehingga ke menara gading. Tanpa guru, saya tidak berada seperti sekarang. sewaktu dizaman persekolah saya, guru ibaratkan sebagai ibu & bapa yang kedua. Tidak pernah jemu mengajar & mendidik agar apa yang diajar difahami. Guru bukan sahaja mengajar tentang ilmu fardu kifayah seperti ilmu hisab, geografi, sejarah dsbnya akan tetapi sentiasa menekan aspek2 keislaman & akhlak yang mulia.

4. Tapi di zaman sekarang, profesian perguruan telah disalah tafsir oleh segelintir mereka2 yang berkehendakan jawatan & wang ringgit. Profesian perguruan bukan lahir daripada minat & sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa sepertimana guru2 di zaman awal 60 an - 80 an. Ada yang memilih bidang perguruan disebabkan desakan keluarga, payah untuk mendapatkan kerja, kurang sesuai dengan bidang yang diceburi dan sebagainya. Maka , akan lahirlah guru yang tidak faham akan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan. Apabila kita mengimbas kembali perjuangan pemimpin terdahulu, ramai pejuang-pejuang yang lahir daripada seorang guru. Saya berharap, kepada guru-guru yang muda jangan jadikan gaji sebagai asas untuk berada didalam perguruan. Tanamkan semangat & azam untuk mendidik anak bangsa & sanggup berkorban apa sahaja seperti pepatah melayu " Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan malam".

5. Akhir, saya juga mengucap tahniah kepada Y.Bhg Dato' Abd Rahim Tahir ( bekas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu ) yang merupakan salah seorang tokoh yang dipilih menerima anugerah guru pada tahun 2009.

5.